Sunday, June 20, 2010

~~..sLOT pENgUcAPAN aWAM..~~

Memang induksi ini satu penyeksaan bagi aku. Aku dengan anak-anak aku tak pernah berpisah dari sebegini lama. Paling lama pun 2 hari. Tapi ini memang menyeksakan. Tapi disebalik semua itu. Kadang Tenggelam dengan kemeriahan kursus ini. Lagi-lagi bila bersama dengan pakcik dan makcik yang agak sporting. Rasa terubat ckit. Budak ofis plak tak yah cakap. Perangai diorang yang memang aku dah masak. Tak payah nak eloborate lagi. Dalam induksi ini ada satu slot penhgucapan awam. Masa aku post artikel ini aku dah pun selesai pengucapan awam. Tak seperti yang aku harapkan. Tapi boleh la.. Naik pucat satu badan. Sampai tangan aku tak bersarah masa itu. Nervous tak yah cakap. Aku pun tidak mengagak sebegitu rupa. Azrul plak menambah petrol dalam api. Dah la aku nervous. Makin tak berdarah la aku..
Peserta diberi masa 5 minit.

Paling yang tak akan ku lupakan ialah ketukan gelas.. Jadi bila dah tamat ramai yang akan ketuk gelas. Aku pun kena gak.. Yerla bila dah ada kat depan terbawa-bawa pulak.. Pn linda(ketua unit aku) paling kelakar.. Yerla dia berucap lebih dari lima minit. Lepas tuh orang dah ketuk gelas dan tepuk tangan.. Dia sambung lagi ucapannya... Mana tak jadi bahan.. semua orang gelak.. Ada juga yang ketuk gelas main lagu hindustan.


Assignment group mengingatkan aku zaman belajar di UiTM dulu. Buku Rujukan bersepah-sepah dan semua sibuk buat preparation untuk presentation. Kalau masa blajar esok nak hantar hari ini baru terhegeh-hegeh nak hantar. Tapi kat sini diorg dah siapkan awal-awal.
Yang tak menariknya tempat ni takda tempat nak bersukan. Itupun kalo dah rajin bolehla pergi berlari dekat taman perumahan kat blakang ni. Indoor arena ada tapi tak feella. JAdi akhirnya aku buat keputusan untuk memerap jer.
Apapun walau aku menghadapi jiwa kaco pada ketika dan saat ni. Aku terpaksa menghadapinya dengan tabah ala.. 5 6 hari jer lagi.


Muka Comot Hana.. muahahahahaha
Share:

Wednesday, June 16, 2010

..KurSus IndukSi UmuM, Hotel Katerina Batu PaHat..





Hummm... Kalo tak pasal nak confirm malas aku nak gi kursus ni .. Dah la lama sampai 12 hari.. Sian kat anak-anak aku.. ni diorg kat rumah mak mentua aku.. Demam maybe rindu kat aku.. Aku rindu sangat-sangat kat mereka ni.. Aku kol.. hubby tanak kasi cakap dengan diorg, takut diorg makin rindu.. huhu Sedih aku.. Kat sini plak aku kena penyakit.. Bawaan hanataufek hashim.. hahhaha.. Takda la.. Masa aku gi klinik Doktor kata aku dah tahap kritikal.. maknanya dah lama aku menghidap.. Cuma tak sedar jer.. Tapi seksa juga bila kita sakit masa kursus.. Kerja banyak.. Tak dapat nak konsentrate kat assignment penceramah bagi.. Dahla suma ada markah..

Assignment satu pun aku start lagi.. Walaupun lambat lagi nak hantar dan aku dah ada beberapa bahan tapi tak sempat nak tgk.. Tak sempat nak buat rangka.. Yerla nanti ada yang tertinggal kurang markah beta.. Pengucapan awam pun aku tak buat lagi.. Aku dah siapkan tapi tak kena present lagi.. Aku tak tau nak linean jer ke atau nak buat kelainan. Aku kalo benda yang agak formal ni.. Boleh blank sekejap..

Takperla.. tapi aku rindu sangat kat anak-anak aku.. Nak dengar sangat suara mereka.. Bila fikir-fikir memang sedih.. Tapia pa boleh buat.. Bertuah aku ada hubby macam En Kamaruzzaman. Walaupun dia tu banyak songeh tapi dia tersangatla baik.. Disaat aku begini hanya dia yang aku ingini di sisi. Tapi apakan daya.. B rindu sangat kat awak dan anak-anak..



Share:

Friday, June 11, 2010

~~~ Hari TeRakhir di Pusat BanDar DAmanSara..~~


Hummpphhh.. sekejap jer dah Hari Jumaat. Aku rasa baru semalam hari Isnin.. dan dah tiba masanya kami pindah dari Pusat Bandar Damansara ke The Mall. Walaupun baru setahun aku kerja dan bertapa di Pusat Bandar Damansara ni tapi aku suka keadaan disini.. Lebih tenang walaupun ramai pendatang asing yang ada kat sini (sebab dengan imegresen).. Lebih selessa walaupun susah parking.. Lebih mudah sebab semua benda ada kat sini..

Ramai yang bagi pendapat.. Bestnyer ofis kat The Mall. Boleh shopping.. Tapi diorg tau tak betapa sesasknya The Mall tuh.. Memangla kat situ semuanya ada tapi agak tidak menyernangkan.. Sapalah agaknya yang ‘pandai sangat’ pilih tempat macam tuh… Dah la sesak.. Lif plak, stengah jam baru boleh naik.. Bak kata pengarah aku ‘diorang ni tak survey dulu ker sebelum buat keputusan..??’

Mula-mula aku tak komen apa-apa pun.. yang penting aku boleh buat kerja.. Tapi bila Pengarah ajak buat ‘site visit’. Astarghfirullah-hal-azim.. peeerrrgghhh. Betulla apa Pengarah aku cakap.. Lif memg angin jer tunggu.. Sampai jer penuh.. sampai jer penuh… Silap-silap aku sesat.. Lif ikut tingkat dan lif turun tak sama dengan lif naik..Parking dapat parking kat atas.. Sampai kat atas.. Jangan cam ketamla.. pening.. Kalo korang tak caya cubala.. tapi aku rasa ada yang tau.. nak parking bawah tak leh plak.. penuh..

Tak taula macammana nanti kerja kat situ.. Ada gak yang sesat tak jumpa ofis.. kalo sesat aku balik umah jer terus malas nak cari dah.. Sekarang ni pun tempat kitorang tak siap lagi.. tarikh nak pindah dekat dah,… Taktau la camna..nasibla.. Pengarah dah pening pal.. Lagi-lagi kitorang dah nak gi kursus esok selama 12hari… emmm.. camano tuh..

Cakap pasal kursus plak sian kat puteri aku dorang tuh.. My hubby baru jer berlepas ke Perak kejap tadi gi kursus.. Esok aku plak.. minta-minta diorang tak meragam tinggal dengan nenek dan atuk. Lagipun mak ngah, achik n acu ada kat sana.. jadi ok kot… Aku jer berat hati sebab 2 minggu lama tuh nak tinggalkan dorang. Si kakak plak jenis mencari dan merindu.. Sian dia.. Ibu gi kerja yer sayang jangan nakal.. Hai.. dugaan betul..




Share:

Wednesday, June 09, 2010

Kini dan Suatu MaSa DaHulu..~~♥♥

Salam....

Peeeerrrrghhh sekejap jer 2010 dah sampai tengah tahun.. Semalam baru aku update blog ni kerana aku kurang kerja, bukan tak ada keje yer.. Dalam tahun ni dari Januari sampai la ni.. Jun.. Macam-macam jadi.. Aku berjumpa semula dengan semua rakan-rakan lamaku semasa belajar dahulu. Tak kesah la zaman sekolah atau UiTM. Sempat juga kami mengadakan reunion Alumni JPA3 di Taman Botani Bukit Cahaya Sri Alam. Aku amat menghargai detik-detik tersebut kerana sepanjang aku meninggalkan alam belajar aku, aku agak slow ckit dengan kengkawan kerana aku sibuk dengan keluarga. Biasalah orang dah kahwin..

Hari ni baru aku sedar batapa mahalnya zaman aku bersama rakan-rakan dahulu. Yerla walaupun kitorang ni bermacam-macam perangai tetapi itulah kengkawan yang kita makan sepinggan tidur sebantal.. Tetapi sekarang semua tuh tinggal kenangan. Kalo nak diingatkan maybe pada masa tu macam-macam rasa ada dengan kawan kita tu.. Rasa nak telan pun ada, tetapi pusing punya pusing itulah kawan yang meneman kita bila kita tak berteman…

Salam....

Peeeerrrrghhh sekejap jer 2010 dah sampai tengah tahun.. Semalam baru aku update blog ni kerana aku kurang kerja, bukan tak ada keje yer.. Dalam tahun ni dari Januari sampai la ni.. Jun.. Macam-macam jadi.. Aku berjumpa semula dengan semua rakan-rakan lamaku semasa belajar dahulu. Tak kesah la zaman sekolah atau UiTM. Sempat juga kami mengadakan reunion Alumni JPA3 di Taman Botani Bukit Cahaya Sri Alam. Aku amat menghargai detik-detik tersebut kerana sepanjang aku meninggalkan alam belajar aku, aku agak slow ckit dengan kengkawan kerana aku sibuk dengan keluarga. Biasalah orang dah kahwin..

Hari ni baru aku sedar batapa mahalnya zaman aku bersama rakan-rakan dahulu. Yerla walaupun kitorang ni bermacam-macam perangai tetapi itulah kengkawan yang kita makan sepinggan tidur sebantal.. Tetapi sekarang semua tuh tinggal kenangan. Kalo nak diingatkan maybe pada masa tu macam-macam rasa ada dengan kawan kita tu.. Rasa nak telan pun ada, tetapi pusing punya pusing itulah kawan yang meneman kita bila kita tak berteman…



Aku bukannya apa aku rindukan diorang untuk sama-sama idur sebantal dan bercerita.. bila tengokk gambar kat bawah ni tak sangaka yang dulu kami hanya remaja yang mempunyai impian masing-masing.. tengok orang pakai keta besar macam nak terkeluar biji mata.. Sekarang Suma dah Kawin.. Ada keluarga masing-masing.. Haritu aku gi kahwin pn Suhana Ishak.. Bila tengok gambar-gambar dia aku tak sangka yang dia kini milik orang.. Takleh nak huha-huhi macam dulu-dulu lagi.. tak lama lagi bakal ibu pulak.. Teringat masa kami berkhemah di Taman Negara Pahang bawah kelolaan JPA3 unit UiTM. Kecooh sabun hilang dan aku masih ingat lagu yang kami mainkan masa tuh.. “sabun di bilik ayor..”



T-shee n Boya

Kak Milah n Jamal

Niena Ishak

eliyanie Hanim n Abdul Wahid

Salmie Kamal

To all my friends I wish you all for very happy good life ahead.. May Allah Bless all of Us.. May our memories remain..

Kepada yang tertinggal.. Sorila tak dapat nak trace gambar korang..

Share:

Tuesday, June 08, 2010

: : UpDate Dalam KeMalasan : :

Memang dah lama aku tak tengok blog aku yang memang tak da paper ni.. Aku malas nak menaip.. Dan lebih senang meng ‘update’ semua aktiviti aku di facebook.. Jadi kalo korang tengok ia tak bergerak.. memang aku tak da hati untuk menulis

.. Oleh kerana Jeles tengok diorang mengemaskini blog yang sentiasa terkni so aku pun buat keputusan untuk memulakan sesi menaip dan update Status…

Terkini.. errmmm.. Paling gempak pun SKM sedang nak berpindah ke tempat yang baru. Bangunan Putra Palace di The Mall KL.. Kat Damansara ni dah la sesak . Parking pun susah.. Putra Palace tu.. Lagi satu hal.. Koramg pun dapat agak camana. Baru berangan-angan nak bawa kereta. Terpaksa benam angan-angan masuk lombong..

Share: