Tuesday, November 30, 2010

Display tarikh '1\1\1900' @ '1\1\1800' kepada Blank field dalam Grid View

Salam...

Aku perasan yang bila tarikh tidak diisi dalam form dan disimpan dalam DB. DB column plak di declarekan sebagai datetime. DB akan secara automatik akan mengisi ruangan tersebur dengan tarikh dan wak seperti berikut
1/1/1800 00:00:00 atau
1/1/1900 00:00:00

Kalo guna textbox atau label. Data boleh diformat menjadi blank field tetapi bagaima pula dengan gridview. Jadi aku pun mula mencari dan akhirnya aku terjumpa dengan satu forum yang mengeluarkan satu penyelesaian yang bernas seperti berikut..


Minta maaf kalu tak berapa clear.. Korang boleh tengok thread forum tuh dengan klik pada link di bawah


Share:

Monday, November 29, 2010

Buat TeM@n

BUAT TEMAN

Siulan angin seirama rentak bayu,
Hembusan rindu berbaur kenangan lalu,
Di sinilah aku menanti,
Menunggu kehadiranmu yang belum pasti,

Teman…

Aku insan terpinggir Cuma,
Melayari lautan berapi,
Mengharungi onak dan duri,
Termaktub kata-kata,
Berbirai duka berhamparan permata,
Layakkah aku?
Menagih kasihmu yang padu,
Menagih cintamu yang satu,

Kini mengertilah aku wahai teman,
Hatimu sudah tiada tempat untukku lagi,
Akanku melangkah pergi jua,
Meninggalkan memori untaian kasih kita,

Maafkanlah aku teman,
Walau kutahu dihatimu itu,
Tersimpan hati yang terluka,
Dan tersimpan dendam yang membara.

~ Dewan Siswa


hummpphh.. pagi-pagi buta dah melayan perasan.. Itu lah kerja pagi-pagi isni yang amat 'sibuk' ni.. Aku bukan aper.. tetiba plak cakap pasal teman dan kawan. Cuma kadang-kadang aku terasa dengan perangai kengkawan.. Dalam puisi ni terlupa sesuatu ni

bila aku senang kau datang
Share:

Thursday, November 25, 2010

Thursday, November 18, 2010

: : bLoG mAInTenAnCE : :



Assalamualaikum wbt..

Macam tajuk kat atas.. aku nak minta ribuan kemaafan kepada sesiapa yang rajin datang ke blog aku ni menghadapi masalah di sana sini.. Aku sedang menaik taraf blog ini dengan menukar pada theme yang ni supaya aku senang nak tukar background dia.. Tak sangka plak abis berterabur blog aku jadinya.. So mana yang korang dah taip sana sini kalo tak muncul.. minta mahap la yer.. maybe aku terdelete.. yang obvious dekat shout out sana..
Share:

Wednesday, November 17, 2010

bAtu kIKir neGEri seMbiLan part 2::

Salam..

Masa aku tulis post ni aku telah pun selamat sampai di teratak sewa aku di Damansara Damai.. Aku kalo nak tahu bukan rajin sgt menaip tapi oleh kerana tak puas hati dengan post yang lepas so aku pun post another article here. Ok la ada juga yang aku tertinggal masa describe post yang tadi. Rumah opah tu takda peti ais dan Cuma ada 'aircond' semula jadi yang berfungsi pada malam hari.. Seeeejjjuukk sangat bila malam hari.. Kalo rasa ada asthma kena la sedia ubat awal-awal.. Kalo dulu kami hanya gun adapur kayu... Aku masih ingat rasa air pada masa itu. Rasa arang pasir semua ada. Yerla masak guna arang kayu.. Nak mandi.. Aku tak pernah mandi sebelum subuh.. mau biru bibir.. Sekatang jer tahan ckit..

Seronoknya balik sana adalah tengok perangai laki aku. Dia tak biasa balik kampung dan tak biasa keadaan kampung. Macam orang demam pun ada sian tengok dia.. Yerla rumah lamna tinggal suma cukup.. Dua bulan mak aku tak balik rumput dah paras betis belum habuk dah semua serangga dan sepupu sepapat dia yang menumpang kat rumah tuh.. Memang pengalaman indah kalo korang tak pernah duduk kampung.

Share:

Tuesday, November 16, 2010

bAtu kIKir neGEri seMbiLan


Memang aku tak sangka aku akan kembali lagi ke sini. Bersyukur pada tuhan. Kalo tak kerana pak ngah meninggal pagi semalm aku mungkin sukar utk menjejakkan kaki ke sini.

Bukan aku minta pakngah meninggal tapi itu ketentuan. Kita merancang tuhan yang menentukan.
Rumah opah tak banyak beza cuma bezanya agak sunyi dari biasa. Kadang2 aku bagai terdengar2 suara org tua tu kat telinga ni. Kalo mak jadi tggl sini. Maybe aku akan slalu blk sini. Di sini x da apa yg kurang cuma xda tv. Masih lagi kampung tak macam kampung pandan. Kalo nak rasa mandi air sejuk gaban dan kena gigit nyamuk. Boleh la dtg cni. Homestay pun ad.

Hummpphh. Esok raya haji. Sunyi rasanya tak macam tahun yg lepas2 ketika opah ada. Tapi apapun aku redha. Thanks mr hubby kerana memahami. Kalo tak kerana dia juga mungkin aku xkan smpai cni... [mobile blogging :: kg keru. Bt kikir]

Share:

Monday, November 15, 2010

biLA haRi PenGHitunGaN HamPir TibA : :


Hari Kiamat adalah hari kehancuran alam semesta ini di mana semua manusia dan makhluk lainnya akan mati. Hari Kiamat adalah awal bagi manusia yang jahat, mengambil riba, suka membunuh akan mendapat balasan berupa seksa neraka dan orang-orang yang baik akan mendapat ganjaran syurga.


“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat
itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).” [Al Hajj 1]
Tidak
ada manusia yang mengetahui kapan terjadinya hari Kiamat. Tidak juga Nabi. Hanya
Allah yang mengetahuinya.
“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bila
terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah
pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya
selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan
di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.”
Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Al A’raaf 187]
Share:

Thursday, November 11, 2010

WiSh yOu wErE hErE huNNy bUnNy..



Bubbly (ColbiE CaLLiat)


I've been awake for a while now
you've got me feelin like a child now
cause every time I see your bubbly face
I get the tinglies in a silly place

It starts in my toes
and I crinkle my nose
where ever it goes I always know
that you make me smile
please stay for a while now
just take your time
where ever you go
Share:

Tuesday, November 09, 2010

PenamBahan HAri unTuk Polisi

Thanks to Daniweb

Hummpphhh... Penat kami memikir rupanya coding zaman sekaran semua dah senang.. Baru-baru ini seorang kawan beta ditugaskan untuk menambah field dalam suatu sistem untuk menentukan sesebuah koperasi tu melanggar atau tak Peraturan 39..
Sesebuah koperasi perlu melaporkan minit mesyuarat agung tahunan dan senarai ahli yang hadir 14 hari selepas mesyuarat.. Lebih kurang macam tuh la.. aku pun tak ingat. Punyala tak ingat mencari sampai tertonggeng-tonggeng kawan aku tu dan jawapan dia macam ni jer.. pandai2 le labu yer

Private Sub Text5_Lostfocus()
Dim PDate, RDate As Date
PDate = CDate(Text5.Text)
RDate = DateAdd("d", 15, PDate)
Text6.Text = RDate
End Sub
Hai....
Share:

KadangKala..


السلام عليكم

Kadang kala.. Susah nak beritahu.. Tapi kadang kala sukar untuk menyimpan lagi.. Sakit Kadang kala sukar digambarkan tetapi kadangkala senang diluahkan.. Sekali zas jer.. Pernahkah kadangkala terfikir bahawa apa yang terluah itu kadangkala menyakitkan.. Kadang kala senang kita melupakan apa yang telah kita katakan. Kadangkala yang terluah itu membuat pihak yang satu lagi terus berdendam. Bila ia menjadi hangat, kadang kala ia menjadikan kita kebudak-budakan. Kadang kala ia menjadikan kita melakukan perkara yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini..

Share:

Thursday, November 04, 2010

CuStom ShoutBox

Cabtik juga tgk custom Shoutbox floating kat blog page so tutorial harini adalah untuk create chat box supaya floating kat tepi blog page. Cam kat tepi tu.. Korang leh try step kat bawah ni

1) Bukak Dashboard - Page Element - Add Gadjet - HTML/Javascript

2) Copy semua code dekat bawah ni

<em><style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}
.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUajW9QxfF6_8kmlOU-tdxxdVqbmutbeUyB67W5j0-OyCWu3Lv6j3yJVlJ0C6FDng035d6uFS3eoJcNhoFrcFzrVLgGdQq3RiEnpB00Mg54Z8I5LC4JVpcj3TTIbBLjdYfZPL9jLzXSkD8/s320/tabs.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>
<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

COPY DAN PASTE CODE CHATBOX KORANG DEKAT SINI YER.

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close/tutup]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>
.</em>

3) Then, gi tengok balik code dekat atas ni dan copy paste code sebenar chat box korang kat tempat yang I suruh tu.

4) Tak payah tulis apa-apa title dekat gadjet ni.

5) Tekan Save. Then siap! Heeee~~

Extra!

1) Tapi kalau korang nak edit sendiri gambar chatbox korang macam chatbox I (Alaaa...yang I letak gambar adik I tuh, Chacha), korang boleh edit sendiri guna photoshop tak pun guna photoscape sudeyyy. Size pandai-pandai lah korang resize ekkk.

2) Replace link gambar baru ke link lama. (I dah bold kan dah link gambar tuh kat code atas tu ekk)

Share:

Wednesday, November 03, 2010

4 YeaRs Old UmaIRAh


Susah betul nak mengupdate… Sekarang baru ada masa. Kerja kalo nak diikutkan memang tak sudah-sudah. Kadang nak makan tengah hari pun tak sempat. Tension pun ada juga.. Tapi apa nak buat dah kerja.. Lagi-lagi bila dah akhir tahun semua tengah kejar dateline. Nak siapkan projek n nak kejar payment.. Memang sampai la ni tak cukup tangan. Tambahan Network tempat tengah ubah config jadi semua kena ubah.. kelam kabut juga la aku..

Hummphhh… hari minggu memang kami jarang ada kat rumah.. Kalo tak pergi rumah mak aku mesti pergi rumah mak mentua.. Kalo tak pergi pun mesti ada tempat yang kami tuju. Minggu lepas istimewa sikit sebab harijadi Umairah. Kami tak ada la buat aper-aper yang istimewa tapi bawa juga la dia berjalan. Pergi secret resepi beli one slice of cake dia kongsi dengan adik dia. It's normal tapi yang aku tak boleh lupa muka dia masa kami nyanyi lagu bestday pada dia.. Dia malu-malu kucing comel sangat.. Sampai hari ni aku leh senyum bila teringat muka dia..

Share:

Tuesday, November 02, 2010

pErASaaN dan ALAsan

KaDang Kala kita tak mampu mengawal keadaan. Walaupun pada dasarnya kita cuba menyuaikan diri kita cuBa Menyesuaikan diri dengan keadaan tetapi keadaan kadang-kadang tak menyebelahi kitA. Pada setengah orang menganggap benda tersebut remeh tapi ini penting sebab bukan senanG nak Buat semuA org senang hati.. tidak mencampurkan urusAn peribadi dengaN pejaBAt. Walau macam mana berat masalah di Rumah, Perlu di Lupakan sebentar supaYa tak effect Kerja kat PejaBat. Begitu Juga dengan PejaBat.. Tapi ini selalu dijadikan Alasan untuk mengelak sesetengaH perkaRA. Betul ke tindakan terSebut.. tak Pernah ker terpikir Yang tindakan yanG diBuat boleh mengEruhkan keAdaaN dan MenDinginkan SuasaNa.. Macam mana Perasaan piHak Yang SatU lagi.. Boleh ker di teRima.. Renung-rEnungkan..
Share: