Monday, January 31, 2011

Sabah Trip::--Last Week--

السلام عليكم ورحمة الله

Aku ingat aku dah tak da peluang untuk ke Negeri bawah bayu ni. Oleh disebabkan oleh kepandaian bos aku jadi aku terpaksa rela pergi ke sana. Aku tak kisah pergi sebenarnya. Tapi aku kesian tengok puteri-puteri aku. Masa tu.. Suami aku baru balik dari Sarawak.. dan aku pula nak kena pergi Sabah.. Nak tanak sebab tiket dah tempah aku terpaksa pergi juga..

tiket flight

Tapi tak sia-sia... Walaupun sedih tapi suka aku bila kitorg dapat tiket Flight MAS.. hahahaha.. merasa juga aku naik Malaysian Airlines selama ni boleh tengok jer.. sampai la ni ada jer tiket tu aku lekat kat dinding ofis.. berlagak ckit.. Luggage tag dia pun aku tak buka lagi... hehehehe berlagak giler...
Share:

Monday, January 17, 2011

Tuesday, January 11, 2011

: : Susah : :

السلام عليكم ورحمة الله
Mesti korang bertanya kenapa aku suka buat boleh dikira puisi-puisi yang satu perkataan jer.. Entah aku pun tak tahu.. terlintas jer aku taip


Susah

Kalau miskin susah
Kalau kaya pun susah
Ada duit susah sebab ada je benda nak beli
Tiada duit lagi susah, sampai makanan pun
tak boleh nak dibeli

Tiada kerja susah
susah nak hidup
susah nak bergerak
susah nak nak dapat duit makan
susah nak menunaikan tanggungjawab

Ada kerja pun susah
Susah nak jaga anak
Susah nak pergi dating
Susah nak tidur
Susah nak ponteng
Susah nak tengok wayang
Susah nak pergi karoke

Naik motor susah, sebab kena hujan
Naik kereta susah, sebab asyik traffic jammed.
Rumah kecik susah sebab sempit
susah nak beli banyak perabut
susah nak duduk ramai-ramai
Rumah besar susah sebab susah nak kemas
banyak nak kena bayar
banyak orang nak tumpang duduk

Jadi kuli susah sebab kerja berat
Jadi bos susah sebab tanggungjawab berat
Jadi alim susah sebab orang hormat sangat
Jadi jahat susah sebab orang hina sangat

Kalau semua susah.. Apa yang senang
Takda apa yang senang.
Kalau senang semua orang sanggu hidup
walau seribu tahun
Kalau aku.. susah juga tu.. Seksa batin
Sebab susah nak mati..

Copyright reserve:: IdaMan 2008::



Share:

f.A.c.E.B.o.O.k:: HUra-RuHa...Haha...

السلام عليكم ورحمة الله

Aku baru nak bersorak gembira, tapi akhirnya ia hanya satu rumors yang terbaik yang pernah aku dengar.. Memang terbaik.. Tak terkesan pun.. Ni suma gara-gara Weekly World News yang sebarkan bahawa Empunya Facebook Mark Zuckerberg nak tutup laman social tersebut pada 15 March 2011 kerana dah tak mampu nak jaga dah menatang tu sebab dah 'out of control'. Dia dah tak leh nak manage. Ada juga dua tiga web dan blog lain yang bagi tau, diorag dah tak leh nak minister lagi laman social tersebut sebab lack of resources.. Hehehhe lawak..lawak.. billionaire cam Marc tuh.. takkan la ada masalh macam tu kot.. emak betul dorang ni.. Takkan duit ia tu dia nak simpan jer dalam bank buat pekasam.. pelik la aku diorang ni....
Share:

Monday, January 10, 2011

UpdaTe..upDaTe

السلام عليكم ورحمة الله

Kalo ikutkan aku malas nak update blog ni.. sebab malas nak taip.. tapi banyak yang nak dikongsi.. Kepala ni berputar-putar mereka menyusun ayat tetapi tak sampai ke PC untuk dizahirkan. gambar plak melambak-melambak dah di ambil tapi malas nak upload.. nanti nak buat slide show jer.. tak de la semak sangat. Lagi senang korang nak tengok gambar.

Minggu lepas aku cuti.. seronok.. tapi bila anak masuk sekolah jadi letih sikit. Lagi-lagi kami dah pindah. Umairah susah sikit nak sesuaikan diri memandangkan dia masuk tadika. Aishah the "woman of steel" relax jer.. Dia tak kesah pun tapi macam biasa antibodi tersangat-sangat la lemah. Kejap jer boleh demam. Kadang-kadang aku kesian tengok. Nasib baik minggu lepas cuti jadi okla sikit. Kadang-kadang rasa macam nak berhentikerja jer duduk rumah jaga diorang tapi hutang plak banyak. Kalo tak da utang leh ler..

Hehehehe.. Marah En Somi kalo tahu.. ingat senang ker.. Terpaksa menangungla jawabnya aku.. Minggu ni aku dah naik balik kerja.. harap-harap anak-anak aku ok. Risau juga aku.. ingat Senang ker. Walaupun aku seorang ibu yang tersangat garang tapi aku sayang pd puteri-puteriku.. Takut sesuatu yang buruk jadi pada mereka. Ibu mana tak sayang anak. Kalau tanak anak tu boleh kasi kat saya ok..


Itu Minggu lepas.. Yang minggu ni.. Boleh puas hati ker ana raffali menang AJL 20 (sempat gak tuh).. Aku tak puas hati betul.. Apa dia nyanyi aku pun aku tak tau.. apa dia nak sampaikan pun aku tak tau.. Anda ada faham ker apa dia buat atas pentas.. Haiiyaaa..





Share: