Tuesday, March 29, 2011

"Belajar dari kesilapan"

السلام عليكم ورحمة الله
"Belajar dari kesilapan"
Kalo kita perasan, ungkapan itu memang dah biasa sangat kita dengar. Dah biasa sangat kita nampak.. dan setiap nasihat yang kita terima itu adalah salah satu nya yang slalu kita terima. Aku pun sama. Kadang-kala ia dah lali dan tak lalu lagi telinga ini nak mendengar ungkapan tersebut. Tapi sampaila malam tadi baru aku tahu makna sebenarnya apa yang ada disebalik huruf-huruf yang bersusunan tersebut..

Orang kata (orang kata la bukan aku kata), orang yang bodoh adalah orang yang tak pernah belajar dari apa yang telah dilaluinya. Orang tak pernah bermunasabah diri tentang apa yang telah dilakukannya. Macam mana nak bermunasabah kalau kita tak ingat aper perkara buruk yang pernah kita lakukan.. Korang mesti pernah melawan cakap mak ayah korang. Kalo tak pernah sejuk perut ibu mengandung.. Kalo pernah.. berapa kali korang buat mesti tak igt kan.. Aku pun sama.. Abih macam mana nak menyesal.. dan taubat tak buat lagi..

Aku ni bukan la baik sangat. Macam-macam benda dah aku buat. Cuma orang tak tau.. sebab aku pun tak cerita. Aku malas nak cerita hal keluarga kat orang. Kalau ada tu kira rezeki la aku cerita. Lagi2 bila byk kwngkawan yang aku kenal bukanlah pendengar setia sedangkan aku suka mendengar cerita kawan-kawan.. Kalau dia tipu pun aku tak kesah. Aku ni manusia, akan ada masalah. Orang mengadu kat aku. Aku ni tak tahu nak bgtau sapa. Jadi aku menulis. Kalau dulu aku ada sebuah buku yang selalu jadi teman.. Nak kata diary pun boley kot. Bukannya aku tak sua nak cerita dengan orang.. Tapi kalo baru nak cakap dah kena sembur baik aku menulis.. Sekurang -kurangnya buku tu sudi menerima apa pun aku conteng dalam dia.. Lain, Blog ni adalah hasilnya. Aku ceritakan apa yang aku nampak dan aku rasa.. Cuma ada certain-certain stories yang aku lebih suka simpan sendiri.. Dan aku masukkkan dalam buku tadi.

Share:

Friday, March 18, 2011

FERNO konvoi to MELAKA..

السلام عليكم ورحمة الله
Hari tu aku ada janji nak tayang gambar masa konvio ke MELAKA. SEtelah berusaha bersungguh-sungguh.. Inilah hasilnya. So kepada mereka yang terlibat, ini ada hasil kerja ikhlas yang telah dapat saya abadikan untuk kali pertama... Harap lepas ni boleh ajak lagi.. Best woooo..


Credit to: Mickymier (sebb bg guna account youtube).

Share:

Monday, March 14, 2011

Kisah kau dan dia:: Aku jadi mangsa..

السلام عليكم ورحمة الله

Gaya bak Yang Berhormat menteri. Tapi perangai bagai si Orang Muda baru mengenal dunia.. Aku hanya memerhati.. Malas untuk beriya-iya. Nanti akan yang aku mengagumi dia dalam diam mengaguminya. Bukan ada udang disebalik batu tetapi kawalan itu yang beratus kali cuba aku praktikkan, cuma aku masih gagal. Aku kagum dengan susunan kata yang dilafaz dan paling aku tak lupa barisan gigi yang memutih.. "Kau pakai ubat gigi apa labu??" Pertanyaan terus tinggal pertanyaan. Hari berlalu aku terus memerhati.. Kebanyakkan mereka yang sekumpulan muda-muda belaka. Jadi adik-adik ini masih ada segan dan silu walaupun telah berumahtangga. Aku memang seperti dulu, ada wayar yang putus dan masih menunggu jika ada kekusutan akan kucuba leraikan.. Tiga hari walaupun singkat tapi kami bagai saudara. Si dia.. Aku senang walaupun perangai macam Datuk.. Cuba terkadang gurauan melampau mengganggu emosi. Bukan sekadar diriku tetapi mereka yang disekelilingku. Aku hanya terima dengan tenang walaupun kadang-kadang aku melatah..
Share:

Anuar Zain - Sedetik Lebih



السلام عليكم ورحمة الله

Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Share:

Tuesday, March 08, 2011

BIla tangan mulai gatal

السلام عليكم ورحمة الله

emm. . Tetiba jer tn ni gatal nak mengetuk-ngetuk. Nak mezahirkan aper yang terdetik dihati. Aku bukan ada.apapun nak cerita tapi ntah tak tau kenapa mulut ni yetiba terdiam walau hati ini terus berbicara. Perasan juga mereka-mereka ni pasal kependiaman aku. Hehehhe.. Ape kes la aku guna ayat alien ni. Maybe sebab aku termakan ubat selsema malam td. Jadi aku nasoh.lg mamai kesan.ubat tersebut.

lagi dua hari kitorang dah nak balik. Tapi kalo boleh aku nak balik sekarang juga. Aku dah tak tahan. Dengan seksaan ini. Asyik igt anak ngan somi. Sampai kadang2 aku tak boleh nak jawab soalan aper yg dia tanya. Ari tu takda la sampai macam ni sekali. Lagi2 bilalaki aku bagi sumthin kat aku suruh dengar hari2. Mula-mula akumalas nak layan tetapi ntah macammana malam td aku tergerak untuk dengar lepas ku terpndang fail tu dalM laptop emm sampai lani aku tak sudah-sudah dengar lagu anuar zain.ni. Menusuk kalbu rasany kalau betulla si suami bermaksud begitu. Aku sBgat-sangat menghrgainya. Sangat-sangat terharu. Sampai terkadang ingin mengalirkan airmata bila anuar mula mengalunkan korus lagu ini. Aku try juga cari kat youtube tetapi yang ada cuma separuh daripada lagu tersebut. Lain banyak dinyanyikan semula oleh peminatnya. Kecewa la juga. . Tapi apa nak buat. Maybe produser nak buat cerita tersebut lebih eksklusif. Humm kita mana tau marketing technic dorg..

Tapi yang pasti aku dah tak sanggup nak tinggal kat sini lelama. Mskin lama makin banyak dugaan yang aku terima. Kadang-kadang aku takmampunakmelawan dan menahan. Sebagai mengawl segala keklutan dalam diriku. Aku cuma mengisi dengan sesuTu. Macam sekarang ni aku try untuk mengelak semu itu dengan menulis. Jdi tk sesiapa yang berni kaco. Paling best. Petang2 aku dengan ikin trun mandi kolam. Sambil aku beajar berenang. Dapat aku menenangkan kepala yang serabut ni. Sekarang aku dah pandai berenang walaupun tak semahir DAniel BIego.

NTahla aku taktau lamacam mana petang ni. Aku harap ia akan berjalan dengan lancar seperti hari-hari yang sebelumnya malahan lebih baik.

Share:

Monday, March 07, 2011

HaRi-HAri Terakhir

السلام عليكم ورحمة الله

Hummpphhh... hanya tinggal 4 hari jer lagi kami di Puteri Resort Ayer Keroh ni.. Tinggal tiga hari jer boleh mandi kolam. Lepas tu merempat la balik kami seperti biasa menghabiskan kerja yang bertimbun.. Kadang-kadang rasa tanak balik pun ada. Nasib baik aku ni masih ada anak dan suami yang perlu aku hiburkan.. Kalo tak aku tak tahu aper tujuan. Rindu yang baru jer lerai bila aku dapat kelepasan untuk pulang ke KL semalam, kini menjelma kembali. Tadi nak balik pun tak sampai hati. Apatajh lagi bila si kakak mula mengalirkan airmata.. Aduyai.. tak sampai hati aku nak mengingat. Makin sedih rasanya..

Esok bermulalah penilaian kertas kerja kami. Bukan aper pun. Cuma soalan yang perlu dijawab tetapi kami perlu bertindak lebih dari jangkaan memandangkan kami lebih selesa dari Siri yang sebelum ini.. Nak present lagi.. Aku malas nak fikir buat gempak.. Yang penting ko boleh tak jawab aper yang dia tanya.. Kalo ko dapat jawab maknanya ko faham la...Tapi tawakaltu ilalallah jerla besok.. Aku tak leh la nak rancang aper aku nak cakap.. Dia akan kuar dengan sendirinya.. Aku rasa ramai kawan-kawan aku yang dah besa dengan aku tahu.. Aku kan SePeRtiYaNgDuLu..Hehehehe..

Yang paling best banyak giler kenangan kat sini.. Dari hari Team Building sampai la ni.. Kalo tak ada Team Building. Sampai mati aku tak kenal dan tak rapat dengan staff2 SKM ni.. Bagus tu. Kalo dia buat 3 minggu team building pun aku tak kesah. Bila habis jer Team BUilding. Aku start balik tdo dalam dewan. Yerla bosan nak mampus.. Mana yang syok tu Syok ah..Aku minta maaf pada 'Taukeh Dangdut' sebab kutuk kaw-kaw punya. Apa nak buat len kali perangai tu elok ckit. Awk tu dah tua. Jgnnla yo yo ooo sangat.. Aku harap Allah SWT akan buka pintu hati dia untuk muhasabah diri dia. Aku tak kata aku ni baik aku pun ada buat salah. Tapi aku masih masih tau kedudukan aku sebagai seorg Ibu dan Isteri. Perangai-perangai yang xsenonoh dan rasa diri itu muda lagi yang membuatkan banyak keruntuhan berlaku dalam masyarakat hari ini.. Aik macam tokoh motivasi pulak aku ni. Ingat cikit tak hensem mana pun.. perut pun da boyot.. Tk terliur la.. Len la faizal tahir.. Gemuruh jiwa.. Semangat Membara..

Sebenarnya dah lewat dah ni.. aku dah kena naik tidur tapi aku upload ni tak abis-abis lagi.. Penat nunggu.. Nak tinggal takut hilang plak.. tinggal ckit jer agi.. Lembab betul Wifi ni.. Hai.. aku nak tidurla pi mampusla.. malas aku nak tunggu.. Salam 1 Malaysia.. babai..

Share:

Wednesday, March 02, 2011

Kursus yang lama

السلام عليكم ورحمة الله

Lama rasanya duduk di Melaka ni. Walaupun dua tiga hari lagi nak balik untuk hujung minggu tapi aku masih lagi rasa masa ni lambat jer berlalu. Kerja kumpulan pun dah dapat. Tengah kelam kabut la menyiapkan tugasan yang diberikan.. Emm tu la awal-awal tanak buat. Enjoy jer.. Mandi kolamla.. main bola jaring la.. tapi ok juga.. takdala bosan sangat duduk sini.. Lagipun bukan susah sangat nak buat tugasan tu.. Penyakit 'M' jer yang lebih.. Ini pun dalam sibuk buat tugasan kewangan. Aku sempat lagi meng 'update'

Mana taknya lama sungguh aku tak update blog.. Siang kelas.. Malam tugasan.. FAcebook.. Cityville..Farmville.. hehehe.. semualah.. Ini baru jari aku ni laju bercerita.. Aku duduk sebilik dengan cik Ashkin Wahab.. JAdi bila duk ngan dia ni.. Aku jadi tak duduk diam.. Ada jer tempat aku merayap.. Takdala semua tempat.. Tapi Setakat Banda Melaka dengan Taming Sari.. dah sampai dah..Mydin.. Kedai Dobi.. Mc Donald kat Melaka aku pun dah tahu.. Air Kolam renang tu kenyang dah aku minum.. hehehehe.. tak senonoh betul..

Dalam seronok melayan kat sini.. Aku akui yang aku sangat-sangat rindukan anak-anak dan suami. Walaupun bertengkar tu dah jadi makan asasi kami tapi tanpa dia dan anak-anak aku rasa sunyi. Rasa hidup ini tak lengkap.. Nak buat apapun cam takda sebab tak ada tujuan.. Cik Ashkin pun sama.. Rindu betul kat 'Ibu' dia.. Dah hari-hari berperang.. Sehari dua rasa aman la.. tapi lama-lama rindu dan sunyi juga. Pada 'Ibu' Nuha.. Ekin sememangnya RINDU BANGAT kat Ibu cuma dia tak mahu mengaku.. Okla rasa dah sampai masa aku kena mengundur diri dan kejap lagi kelas pun nak start.. Semoga apa yang kami hadapi nanti berjalan licin dan lancar. Semoga tuhan memberkati yang yang kami belajar disini.. Amin.. Renung-renungkan..


Share: