Thursday, June 23, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 2)

السلام عليكم ورحمة الله

“Kita Cuba.. ”  sambil dia memegang tanganku
Aku ingat lagi masa tu, aku sendiri tak menyangka yang aku akan bercinta dengan suamiku.. Dia bukanlah siapa-siapa. Aku mengenali dia melalui teman yang pernah menaruh hati pada aku. Indah sungguh waktu itu. Walaupun aku sendiri tak menyangka yang kami akan bercinta kerana dia tak masuk dalam short list lelaki idaman aku..  Tapi aku tetap menerima sekadar mencuba. Kalo tak serasi kami akan berpisah secara baik..Semua berjalan dengan baik. Kami sering bersama jika ada masa. Segalanya indah belaka. Aku amat menyenangi dia walau pun tiada lagi rasa sayang dalam hati ini. Dia tak cerewet dan senang didekati. Dia lucu dan aku tertawan dengan senyuman dan gelak tawanya.
Share:

Wednesday, June 22, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله
Mana ntah aku jumpa benda ni tapi hope you guys kan enjoy..


Ini semua berpunca dari diri sendiri. Tak kisah konon.. Tak peduli. Terpulang. Sekarang diri sendiri yang sakit hati. Memang pada mulanya aku memang tak kisah. Tetapi bila setiap kali menyeut namanya aku rasa marah.. Suamiku nampak bahagia. Tak bahagiakah dia dengan aku.
Semua ini salah aku. Memang dia banyak kali tanya. Kenapa aku tak kisah jika dia menduakan  aku, jika dia kahwin satu lagi, aku tak sayang ker dengan dia. Memang aku tak kisah sebab bila Allah SWT memberi keizinan kepada muslimin untuk berkahwin lebih daripad satu, maknanya Allah SWT ada sebabnya yang sendiri. Dia tahu umatnya mampu dan ia tidak memudaratkan sesiapa tetapi terpulang pada mereka untuk mentadbir hidup mereka agar tiada yang teraniaya. Dia juga ada mengingatkan bahawa bila seseorang lelaki itu kahwin lebih daripada satu. Sebelah kakinya telah tersedia di Neraka. Jadi pada aku, bukan aku yang cari penyakit.. Lagi-lagi kalau aku yang tolong pinangkan aku dah dapat payung emas Siti Fatimah A.R. Apa aku nak risau..
Share:

Wednesday, June 01, 2011

Motor: dua hari

Kenapa mesti dua hari.. Hehe.. Dua hari ni memang mengasyikkan. Ni
semua gara-gara kerja gila suami aku yang ajak aku naik motor honda
bapa dia. Maybe korang hairan. Aperla peliknya naik motor ni.. Memang
la tak pelik... Tapi aku yang rasa pelik sebab aku dah lama tak naik
motor bawah 150cc. Kalo laki aku pergi kedai naik motor pun, dia hanya
bawak anak-anak pergi. Rasanya lama juga aku tak naik motor kecik ni..
Adala dalam 6 bulan. Rasa macam beruk pun ada.

Share: