Sunday, July 24, 2011

BUKA?

السلام عليكم ورحمة الله
Agaknya bagaimana rasa bila diri dicintai?
Adakah ia bagaikan anak kecil dilayan oleh ibunya atau Tuan Puteri di Istana
dan dayang-dayangnya?
Aku bukan si anak kecil yang hanya gilakan gula-gula
Dan aku juga bukan anak raja yang ayahnya berharta
Aku hanya insan, manusiadan hamba.
Belaian.. bagaimana agak rupanya
Suci.. Betulkah apa yang dikatakan cinta itu suci
Jika sepasang kekasih saling membelai
sehingga hanyut dilautan tak bertepi..
Mustahil.. dikatakan si hawa masih suci
Lebih aib bila si teruna menghilangkan diri..

Salahkah aku menutup pintu hati
kerana tak sanggup lagi dilukai.
Tak sanggup menghadap 'Cinta Suci'
Tak ku pinta pujuk rayu,
Tak minta kata cinta
Tak juga ku minta wang berjuta dan belaian mesra

Cuma ku ingin iklasnya..
Bila cinta tampak ikhlasnya
Tidak payah cari kunci hatinya
Tak perlu ia diketuk bertalu
Bila tuhan izin ia terbuka
Bila betul kuncinya
Bila betul tuas pusingnya
Bila ada restu yang Esa

Tapi mengapa ada yang tak faham..
Bila diterang ia bengang
Bila dilawan ia berang
Tiada guna berkongsi hidup
Kalau tiada sefaham
Tapi indah bila tiada arang melintang

Kepadamu Kekasih
Aku tidak menyalahkan dan tak mahu dipersalahkan
Share:

Friday, July 01, 2011

Cerita: Bicara hati Seorang Isteri (Part 3)

السلام عليكم ورحمة الله

“Saya dah beritahu dia.” Dia bersuara, tunduk melindungi mukanya.
“Bagitau aper?” Aku keliru.
“Saya sms dia beritahu saya dah kahwin. Dia terus tak balas..” Dia masih menunduk..
Aku tersenyum.. Refleks. Aku pun tak sangka. Bagaikan batu yang menghempap dada diangkat sedikit tetapi masih menghempap. Aku sendiri tak tahu mengapa sepatutnya aku lega bila si gadis mula menghindar suamiku. Tetapi melihat keadaan si Suami yang seakan ‘ kalah judi’ buat aku rasa aku masih lagi tersisih. Adakah suamiku sudah jatuh saya pada si dia.. Keadaan menjadi hening, hanya kedengaran suara anak-anak dan televisyen. Aku bangkit tanpa sepatah kata.. Kaki melangkah lemah menaiki tangga untuk ke bilik mandi, tapi sampai di katil aku duduk dan termenung. Kenapa dia bersikap bergitu. Tak cukup baikkah layanan ku padanya selama ini? Apalagi yang perlu aku lakukan? Aku berbaring, tampa aku sedari aku tertidur. Alu terjaga saat ada tangan menyentuh..
“La tidurke..? baru nak ajak keluar gi beli barang?” Aku duduk. Diam.
Share: