Thursday, October 27, 2011

18 konsep motor di masa depan...

السلام عليكم ورحمة الله
Artikel ni aku dapat dari seorang hamba Allah yang menghantarnya melalui email. Agak Pelik tapi tidak mustahil..
____________________________________________________________________________
Berikut ini adalah konsep yang cemerlang untuk bikers yang telah menunggu beberapa perubahan besar dalam teknologi  motor speed saat ini..konsep ini memiliki beberapa design yang benar-benar menarik dan idea-idea yang luar biasa untuk masa akan datang didunia auotomotif dan 18 Konsep Motor futuristik yang canggih dan dengan idea - idea yang briliant.


Agorapode Concept Super Bike 

Red Bull Concept 

Share:

Monday, October 10, 2011

Saturday, October 08, 2011

Antara hati dan rasional

السلام عليكم ورحمة الله


Dunia kadang kala aku rasakan terlalu pantas berlalu.. Kadang kala terlalu lambat. Aku cuba sedaya upaya untuk memenangi hati seseorang. Bila terlalu berusaha untuk melakukannya aku kadang kala kecewa. Bila tujuan tersebut tidak tercapai. Aku lagi disalahkan atas sebab yang tidak munasabah dan akhirnya aku merajuk sendiri. Sudahlah tak ada orang nak pujuk. Aku pula terpaksa memujuk hati sendiri.  Memendam kelukaan.
Semua orang aku salahkan. Kalau jadi begini orang tu salah juga, dia buat begini. Kalau jadi begitu, orang tu pun sama kenapa dia buat begitu. Dia pun silap juga, dia pun salah juga. Takan dia tak faham kalau dah begitu dan begini. Tapi bila difikir-fikir balik, bukan dia sahaja yang salah kita salah juga. Kalau kita buat begini dan begitu mesti tak jadi masalah. Jadi bila dah begitu, rajuk hati pun hilang. Rasa nak marah hanya boleh dipendam sahaja. Kesudahannya aku hanya berdiam dan memendam. Padahal pada satu ketika dada ini bagai mahu pecah kerana marah yang teramat sangat.
Share:

Friday, October 07, 2011

Kamera Speed Trap Polis: Boleh Percaya Ker

السلام عليكم ورحمة الله


Ini adalah info yang saya dapat dari kawan-kawan saya. Polis install speed-trap camera dekat bawah jambatan@flyover.. 

PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Share:

Thursday, October 06, 2011

Kena Marah Dengan Bini

السلام عليكم ورحمة الله

Kena Marah Dengan Bini
Ini berlaku di sebuah zoo di Washington DC. Singa jantan ni naik marah bila anaknya, Lusaka gigit ekor dia. Dia nak hambat anak dia, tup-tup dia pulak yang kena marah. Tak kirala hebat macam mana pun raja rimba ni, tetap kalah jugak bila dengan bini ek.   Ikikikikikikiki..

Share:

Wednesday, October 05, 2011

Suatu hari yang cerah








السلام عليكم ورحمة الله
Edited Picture by younger brothers.. tgk gambar asal macam tak semenggah jer.. Tapi bila dia dah edit cantik plak beta tgk. Ni adalah gambar yang kami ami di sekitar Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur di hari Perkahwinan Childhood Friend's kitorang.
 
  













Dengan adik aku berlatar belakangkan si Pengantin



Share:

Jaga Diri : 7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

السلام عليكم ورحمة الله


Sumber : portal.alamhamil.com

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Share:

Monday, October 03, 2011

Hari Raya 2011

السلام عليكم ورحمة الله

Akhirnya selepas sebulan berpuasa sekarang dah tiba hari raya. Walaupun aku taklah sangat tunggu2 hari raya macam masa kecik-kecik dulu tapi persiapan raya tetap kena juga buat kerana aku telah pun berkeluarga. Nanti laki aku membebel dari pagi sampai habis raya.. Jadi oleh kerana tahun lepas kami buat ala kadar jer.. Tahun ni lebih sikit tapi takda la membazir.. dulu kuih raya ada sejenis jer taun ni aku tambah dua jenis lagi.. Hehehehe.. Kuih tunjuk..
   
Share: