Wednesday, November 30, 2011

Format Currency untuk matawang Malaysia (RM)

Sebenarnya aku dah pernah buat format ini dulu tapi aku lupa camana nak buatnya lagu aku buat searching kat internet macam mana nak format duit Malaysia supaya dia jadi camni RM 100.00. Kira ada perkataan 'Rm' kat depan tu. Ada beberapa forum dan blog yang boleh digunakan untuk format RM tapi kebanyakkan menukarkan digit-digit tersebut kepada decimal dan menetapkan titik perpuluhan kepada 2. Antaranya adalah seperti berikut

foreach (GridView row in GridView1.Rows){
     
TextBox yourBox = (TextBox)row.FindControl("TextBox1");
     
if(!stringIsNullOrEmpty(yourBox.Text)
     
{
            yourBox
.Text = yourBox.Text.Replace("$", string.Empty);
            yourBox
.Text = string.Format("{0:0.#}", decimal.Parse(yourBox.Text));
     
}
}



protected void LineItemGrid_RowDataBound(object sender, GridViewRowEventArgs e)
{
     
Label lbl3 = (Label)e.Row.FindControl("lbltotal");
     
if (lbl3 != null)
     
{
         lbl3
.Text = college.Student.Activity[e.Row.RowIndex].Mark1.ToString();
         total
+= decimal.Parse(lbl3.Text);
     
}
}
  • Dan yang paling senang dan merupakan build in function dalam asp seperti berikut
http://forums.asp.net/t/936393.aspx/1
Tetapi at last aku gunakan yang ini yang aku rasa paling mujarab sekali. Sebab yang ini korang boleh pakai kat mana-mana pun sama aje. Boleh jadi sebb dia boleh dibaca oleh sistem:
{0:$#,#.##} : same results except it has $
{0:0.00} : goes back to orig #s that have commas . Ex: 48300,00
{0:C} . With this 48,300 shows as : 48.300,0
http://www.aspmessageboard.com/showthread.php?t=223573
Ok Selamat mencuba
Share:

Tuesday, November 29, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 5)



Berminggu selepas itu hubungan kembali baik seketika. Ini kerana kami masih memikirkan kasih sayang yang  terpupuk sekian lama dan anak-anak yang amat dikasihi. Tak sanggup rasanya melihat hidup mereka sengsara oleh kerana kami pentingkan diri sendiri. Mereka buah hatiku. Mereka racun dan penawar hati ini. Biarlah aku sedikit sengsara demi kebahagiaan mereka.
Sekembali aku ke rumah suamiku dia memang melayan aku sepenuh jiwa. Kasih sayangnya bagai selautan bandingnya. Aku sangat-sangat bahagia. Tidak sedikit pun aku rasa cela isebalik segala layanannya terhadapku. Aku rasa bahagia. Mungkin itu semua kehendak Allah yang membuka hati dan perasaannya. Kami semula melayari bahtera seperti biasa malahan makin bermakna. Anak-anak nampak makin ceria dengan keintiman kami berdua
Tetapi itu semua tak lama, dia mula kembali mengulang perangai lama. Memang yang lama telah dibuang ketepi. Kini yang baru menjelma lagi. Pada mulanya aku dapat membau kecurangan diri si suami tetapi hanya berdiam diri kerana tak mahu kepercayaan itu goyah kembali. Aku hanya memerhati perlakunya sambil berdiam dan berlagak seperti biasa. Aku nampak telefon bimbitnya tak pernah lekang ditangan.  Pantang sekali aku namapak telefonnya terbiar begitu sahaja. Di apitnya kemana sahaja pergi walaupun ke tandas. Kadang kala bila telefon berbunyi, diangkatnya di luar rumah dan dri sliding door yang lutsinar aku perhatikan tingkahnya. Tersenyum, tergelak sedikit kemudian bila nampak aku memerhatikannya. Dia cepat-cepat meletakkan telefon.  Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini melihat segala perlakuannya. Hancur segalanya.
Malam itu juga aku bersemuka dengannya. Aku mahu dia berterus-terang tetapi dia mengelak. Katanya dia tak mahu membincangkannya didepan anak. Aku sabar, aku tunggu anak-anak tidur. Kemudian aku masuk ke bilik tidur. Aku lihat dia masih lagi tidak melelapkan mata. Aku mengambil  lapik tidur dan selimut dan menggerakkan badan ke lantai berdekatan. 
“Tidurlah kat atas katil…” aku memintas
“.. supaya awak boleh tidur di bawah (ruang tamu). Tak payah.”
Aku terus membaringkan kepala di lantai. Mata tak mampu dilelapkan.  Hati aku sebak , kepala tak mampu berfikir. Dia datang memeluk aku, serentak airmata mengallir. Aku meraung pada bantal, tersentak-sentak badanku dibuatnya. Aku duduk, bersemuka dengannya. Bertanya tiadakah lagi kasih sayang dia pada aku. Dia benar-benar berubah. Tiada lagi pesanan ringkas seperti yang aku terima selalu. Tiada lagi panggilan kasih sayang, pujukan cinta yang selalu dia luahkan padaku. Dia terdiam dan mengeluh. Dia swndiri kurang pasti, dia perlukan masa untuk berfikir. Bertubi-tubi soalan aku ajukan padanya.  Hanya kebisuan yang aku terima dari dirinya. Kalau adapun jawapan yang aku terima, aku tahu tiada yang ikhlas. Dia bagaikan tak mahu melihat wajah aku ni. Ada kegelisahan dan perasaan serba salah menghuni dalam setiap butir yang diperkatakan. Aku sendiri tak tahu apa kesudahannya. Dia sendiri tak pasti dengan rumahtangga kami. Dia tiada jawapan pasti untuk dipersembahkan pada aku. Dia bangun dan berlalu pergi . Aku pun tidak mahu memikirkan natijahnya nanti. Airmata hanya mengalir menemani aku malam itu..
Share: