Friday, January 27, 2012

Hujung Minggu yang Lepas.

Banyak juga yang terjadi sepanjang minggu lepas. Cuma kadang kala aku tiada masa untuk mengupdate segalanya. Yerla ingat senang ke jadi ibu dan isteri.. Sukar rasanya bila fikir nak jadi penulis. Bila ada kekangan yang macam tu, idea nak menulis hanya tinggal idea jer. Pada penulis blog yang sentiasa mengupdate blog anda. 'Wa salute sama lu la'. Kadang-kadang tengok ada jer idea diorang nak menyatakan sesuatu walaupun benda tu takda la penting sangat..
Share:

Wednesday, January 25, 2012

Betul ke? :: Tepung menggunakan peluntur

السلام عليكم ورحمة الله
Menakutkan.. Itu yang boleh dikatakan. Dah la selama ini memang kebanyakkan masakkan yang aku pernah buat semua pakai tepung tersebut. Baru-baru ni tepung ni susah nak dapat jadi aku beralih ke tepung lain yang kualiti nya agak kurang sama.. Tapi betul ke?? dah berapa banyak peluntur yang famili aku dah telan.. musykil.. Musykil..

Share:

Thursday, January 19, 2012

Rohypnol TAKTIK BARU PEROGOL

السلام عليكم ورحمة الله
Benda ini dah lama ada dekat Malaysia.. Banyak dah terjadi ini untuk remind balik jer kepada semua kaum wanita okies..
gambar hiasan

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Share:

Solemization of Safwanah Soaids


Assalammualaikum..
Sepatutnya dah lama dah updload gambar ni tapi saya tak ada masa untuk mengedit gambar tersebut agar nampak lagi menarik. Jadi post ini khas dedicated untuk my litte SIL, tahniah atas pernikahan anda. Semoga tuhan memeberi rahmat kepadamu dalam meneruskan hidup. Jadulah isteri yang taat, walau apapun yang terjadi. Semoga mahligaimu berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Tarikh  : 29 November 2011
Masa   : Lepas Zuhur 
Tempat: Masjid As-Sa'adah, Bandar Baru Sultan Sulaiman
Camera : Canon 1000D without flash..
Best picture view: Klik @ picture itself..



















Surah Al-Baqarah: ayat 128;

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Rabb kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Share:

Wednesday, January 18, 2012

Tuesday, January 17, 2012

The Paranormal Life: Saya Islam Tapi Saya Gay!

The Paranormal Life: Saya Islam Tapi Saya Gay!:
"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?
Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap.

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa.

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar?

Hampeh.


'via Blog this'
Share:

Jamuan PUSPANITA SKM 2012: 13/01/2012


Salam...

Jumaat lepasPUSPANITA ada mengadakan jamuan. Jamuan diadakan bagi meraikan ahli PUSPANITA yang akan dan telah bersara pada tahun lepas. Jadi aku datang makan jerla.. Tak buat apa pun. Tapi happening juga walaupun aku hanya jadi jurukamera majlis tu. Tema warna ungu dengan hitam, tapi ada jer yang pakai warna yang lain. Yerla nak wat camna pun. Yang paling best part bungkus makanan la. Yerla rugi tak bungkus takkan nak buang jer. Tapi yang tak bestnyer, majlis ni bagai meraikan pegawai yang 'soarng' tu jer sebab 'kawan baik' dia yang iya-iya.. Hahahahaha.. Ini bukan laman gosip yer. enjoy..











Share:

Monday, January 16, 2012

Buku Hijau: Permulaan baru.

Memang payah dirasakan bila nak mulakan semula apa yang telah hilang. Saat aku hampir berputus asa untuk membina semula istana yang hampir runtuh. Aku kalah bila lihat wajah anak-anak yang akan turut sama menderita atas sikapku yang pentingkan diri sendiri. Akhirnya aku mengalah. Aku kembali semula kepangkuan suamiku setelah semalaman aku meninggalkan dia keseorangn. Betapa agungnya seorg suami. Dia langsung tak marah aku. Lalu memujukku dengan baik. Aku bertambah beralah melihat layanan dia terhadapku.. Walaupun aku berjanji untuk tidak meninggalkan dia. Tapi hati aku sakit bila memikirkan ada insan lain disisinya sedangkan aku hanya ada dia.. Hati aku kadang kala menangis sendiri.
Dalam menghala ke arah kedamaian. Aku sekali lagi mengamuk bila dia masih melayani insan. Dalam dia sebuk dengan kerjayanya, tindakan aku membuat dia jadi jelek dan malas untuk melayan aku.. Aku sedih kerana kali ini tiada pujukkan yang aku terima, tidur kami pun berasingan. Aku menangis di kamar tidur sedangkan dia sedang kusyuk menonton bola..
Pagi esoknya aku terus mendiamkan diri.. Ternyata dia menyedari.. Dalam aku bersalam dam mencium tgnnya.. Airmata mengalir.. Aku hanya menahan sebak. Kenapala takdir aku sebegini. Dia tak mampu lagi buat pekak dan buta. Dia bertanya kenapa.. Aku meluahkan segalanya. Aku benci aku bagai patung dalam rumah. Kenapa dia mengabaikan aku sedangkan dia aku layan bagai raja.. Tiada sikit kasih sayang dia tunjukkan pd aku. Sedangkan dia aku lakukan segalanya. Airmata jatuh berjurai-jurai.. Sesiapa disekeliling aku tak dipedulikan. Alasannya hanya aku boleh merajuk, dia tak boleh.. Apa? Ini bukan berlaku hanya semalam tapi sejak kami bergaduh dulu. Aku dah minta maaf byk kali kat dia. Tapi dia hanya dingin membeku. Tetap perempuan lain dicarinya utk meluahlan segalanya.. Dan aku dibiarkan bagai org gaji tak bergaji. Aku terus menangis, teresak-esak. Berkali kali aku minta dilepaskan kalau aku dah tak diperlukan.. Tapi dia enggan berkata apa-apa. Dia menarik aku dalam kereta.. Dia meminta maaf. Malu kalau org lain dengar. Aku tgg dia sepanjang malam utk selesaikan kat rumah.. Apa yg dia buat, tgk bola tanpa sedar aku menangis keseorangan. Dia berjanji utk memperbaiki keadaan.. Dia tak mahu rumahtangga kami runtuh. Dia cuba utk membahagiakan aku sebaiknya.. Dia hanya angguk dan kami berpelukkan..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Share:

Thursday, January 12, 2012

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup ) PEKELILING 11

السلام عليكم ورحمة الله

Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disaranka n kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.. Elaun COLA ini bol......eh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. ... Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
Share:

Ini Mejaku

Salam... Ini lah keadaan aku di mejaku.. Apalah agaknya tengah aku buat tu...



Camera: NIKON D7000
F/stop: f/2
Exposer time : 1/15
ISO : 200
Focal lenght: 50 mm
aperature: 1.6
No flash

Place: BPM, Sunway Putra Hotel
Time: Kerja
Share:

Wednesday, January 11, 2012

Perjalanan ke LUMUT


Salam...

Kali ini Ini ceritaku adalah perjalanan selama lebih kurang dua jam stengah ke Teluk Batik, Lumut. Seronok juga kerana kami berkonvoi.. Walaupun 2 kereta jer.. tapi seronok juga. .. Antara pemandangan yang sempat snap masa dalam perjalanan ke sana
























Share:

Tuesday, January 10, 2012

Karenah anak

Hujung minggu lalu aku tak kemana hanya dirumah. Tambahan suami aku bekerja di kena outstation ke Melaka. So kitorg decide aku lepak kat rumah mak aku dgn anak-anak.. Lgpun aisyah suspek denggi minggu lepas. So tak leh nak kemana sangat. Aisyah walaupun sakit cam tu still aktif. Dia ok cuma demam dia start buat perangai dan mata dia cam nak tido.. Steng jer mata..
Lepas amik darah sabtu, ingat en suami nk terus balik rumah.. Rupanya tak.. Agaknya dia dah lama tak bw anak2 keluar. So dia bawa pergi taman Perbandaran Klang.. Dekat dgn istana tu.. Jadi sronok abih la minah dua ekor tuh.. Adik yg cam sakit terus sehat mehat jer aku tgk.. Hehehe..

Share: