Wednesday, February 15, 2012

Hukum menjilat Kemaluan Isteri

السلام عليكم ورحمة الله
Gambar Hiasan
Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Share:

10 Perkara Merosakkan Otak

السلام عليكم ورحمة الله
Kredit: Rindok.com [Facebook]

Ada 10 perkara yang kita ambil mudah tetapi sebenarnya merosakkan otak kita. Ia boleh menyebabkan otak kita jadi lemah, lembab dan kemungkinan besar membolehkan kita jadi gila. Kalau rasa asyik sakit kepala jer cuba tengok balik apa agaknya yang menyebabkan kita sakit kepala. Jadi apabila sudah tahu kita boleh mengubah cara hidup kita supaya kita menjadi lebih cerdas untuk masa akan datang. 10 perkara tersebut adalah seperti yang berikut:
  1. Tidak mengambil sarapan pagi - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dankeseluruhan otak akan jadi kurang aktif sepanjang hari tersebut.
  2. Terlebih makan - Tidak bermakna makan berlebihan akan menjadikan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan  darah banyak mengalir ke Usus dan perut untuk proses pencernaan, menyebabkan kekurangan darah sampai ke otak. Ini menyebabkan mengantuk malas dan hilang daya fokus.
Share:

Tuesday, February 14, 2012

Akhirnya Kini Pasti

Lama dah tunggu.. Akhirnya tiba jua.. Walaupun tak sebanyak mana.. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban hamba..
Boleh la buat hutang lagi.. Muahahahaha.. Aku bukan nak kuarkan pun duit yang ada tu.. Bukan banyak mana pun.. Hanya bulan2 tu ada duit lebih ckit.. Tapi yang pasti aku kaya..m
Share:

Thursday, February 09, 2012

Solat Sambil Mengendong Bayi

السلام عليكم ورحمة الله
Aku tak tau pun sebelum ni.. Kalau tau takda la aku biarkan anak aku terlalak terlolong kan kat bawah.. Kadang-kadang sampai tak kusyuk solat. Thanks to MilkyWay yang sharekan ilmu ni kepada semua orang..

Islam itu sangat indah. Banyak kemudahan yang ada untuk kita ikuti. Jdi jadikan apa-apapun sebagai alasan untuk kita ikuti segala yang diwajibkan pada kita.. 


Share:

Senda pagi

Salam..
Pagi-pagi sampai opis Facebook memang buka sebab semalam tak tutup. Kat rumah walaupun ada internet tapi malas nak buka PC. Jadi pagi ini aku br terbaca satu lawak kawan aku..
Begini ceritanya.. Pada satu hari..Dalam sebuah kelas seorang cikgu dan murid-muridnya menunggu waktu pulang.. Sementara menunggu masa tamat.

Cikgu tersebut memberi teka-teki..
Cikgu: Murid-murid, cikgu akan bagi soalan dan sesiapa yang dapat jawab boleh balik awal.
Cikgu tersebut berpaling ke papan hitam untuk menulis sesuatu, tiba-tiba seorang murid melontar konyokan kertas ke kepala cikgu tersebut.
Cikgu: Sapa yang baling kertas tu tadi?
Murid: Saya cikgu.. Hehe.. Ok cikgu saya boleh balik.. Ok kengakawan.. Babai.. Selamat menjawab soalan seterusnya.. (Sambil mengangkat beg sekolahnya)

Cikgu: (terpinga-pinga)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Share:

Wednesday, February 08, 2012