Thursday, June 14, 2012

Awan Pelik: Kota Kinabalu 20/06/2012

السلام عليكم ورحمة الله
Sekarang ni aku ada di Kota Kinabalu menjalankan tugas disini.. Dua hari lepas aku ada bising-bising kat tweeter yang aku sangkut kat Labuan selama lebih kurang 4 jam kerana cuaca buruk di Kota Kinabalu. Aku tak sangka plak cuaca memang betul-betul teruk masa itu sebab sebelum ini aku pernah balik petang yang cuacanya tidak juga baik.. Selepas 2 hari aku baru tau sesuatu yang yang agak ganjil berlaku di langit Kota Kinabalu. Belum dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku tetapi gambar seterusnya menceritakan apa yang berlaku pada pagi 12/06/2012..

Sumber: http://isu-semasa.blogspot.com



Gempar Kota Kinabalu telah di gemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali berlaku di Malaysia, ada yang mengatakan itu taufan, tapi apakah puncanya.Masa Awan ini terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012.
Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Bagaimanapun punca kejadian awan aneh ini telah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda Filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah.
Syukur Negara kita masih belum di timpa bencana alam seperti di Filipina.Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Jom lihat gambar yang sempat diambil.







Share: