Wednesday, October 10, 2012

Surah Al-Waqiah: Untuk Mohon Rezeki dan tidak menjadi fakir

السلام عليكم ورحمة الله


Kadangkala kalau kita hanya membaca tanpa mengetahui apa maksudnya membuatkan setiap bacaan itu tidak memberi kesan sangat pada kita. Inilah yang terjadi, aku hanya tahu Surah Al-Waqiah yang selalu disebut dan dibaca. Tiba-tiba terdetik dihati untuk mencari maksudnya bila seorang rakan memberi secebis keratan berkaitan dengan surah ini. Bila mendalami maksud dia aku hampir menangis dengan apa yang dijanjikan Allah SWT pada hari yang kemudian. Betapa tegasnya Dia menerangkan akibat kemungkaran manusia di dunia yang harus diambil berat.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

Share:

Tuesday, October 09, 2012

Monday, October 08, 2012

Sedihnya Sedih..

السلام عليكم ورحمة الله

Sedih itu perkara normal, maka orang yang normal akan merasa sedih dan berdukacita. Orang yang tak pernah sedih sepanjang hidupnya, dikhuatiri merupakan golongan yang bahagia, lalu ditempatkan di Hospital Bahagia. Tapi sedih itu ada batas, dan demikian juga baginda Rasulullah, pun pernah merasa erti kesedihan. Ketika baginda sering menjadi mangsa kekejaman kaum kafir Quraisy, Abu Talib merupakan pelindung baginda. Biarpun berlainan agama, Abu Talib sanggup membela Rasulullah, hingga menimbulkan rasa jengkel di hati pemuka-pemuka kafir Quraisy..


Share:

Bila Share Button hilang

Banyak kali juga benda ni terjadi pada aku bila bergelumang dalam dunia blog ni.. Yerla nak design blog sendiri tak pandai.. suma amikk design free yang ada kat internet.. Lepas tu satu2 benda tak ada.. Marah ada geram pun ada.. Nak revet balik lupa plak nak backup.. Ni satu cara penyelesaian nya



Pertama aktif option Share Buttons!
Untuk mengaktifkan Share buttons anda kena pergi dekat Layout>>Edit blogpost. Akan keluar satu pop-up Post page option seperti diatas. Cuma perlu tick Show Share Buttons pada page tersebut.




Kedua, Jika Share Buttons masih tak Keluar
Oleh disebabkan blogger dah disable kan blogger editor yang lama jadi ikut langkah-langkah seperti dibawah:

(a) Buka Seksyen Template.


(b) Klik pada 'Edit HTML'

(c) Satu laman baru akan terpapar . Klik pada 'Proceed' untuk terus mengedit.

(d) Check pada CheckBox Expand Widget Templates . Page akan auto-refresh.
Cari Kod seperti dibawah:

<data:post.body/>

dan gantikan dengan kod seperti berikut

    <data:post.body/>
<div class='post-share-buttons'>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
</div>

(e) Ok dah.. Klik pada  Preview button dan anda akan nampak Share button pada sebelah kanan bawah post anda.. Tapi save template anda dulu.


(2) Bagaimana nak paparkan Share button hanya pada post page
Seharusnya Share button akan terpapar pada semua laman anda. Ia agak semak dan kelam kabut dan ada sesetengah blogger hanya suka pada blog pages sahaja. Untuk melakukan seperti yang tersebut. anda perlu melakukan if else condition yang agak ringkas. Lepas menggantikan kod di bawah
 anda boleh menmbah kod seperti berikut.

<data:post.body/>

  
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div class='post-share-buttons'>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
</div>
</b:if>



Selamat Mencuba...
Share: