Friday, March 21, 2014

Padang Mahsyar

السلام عليكم ورحمة الله

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). 
 Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu. 
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). 
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. 
 ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali dalam doa kalian.. :) 
Nasihat Ustaz Azhar Idrus Utk perkongsian: 
  1. Ketika kita mengeluh:“eeeiii, aku penat sangat..." ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) 
  2. Ketika kita mengeluh:“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..." ALLAH menjawab :(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah :286) 
  3. Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..." ALLAH menjawab :( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 
  4.  Ketika kita mengeluh:“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..." ALLAH menjawab : (فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7)
  5. Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..." ALLAH menjawab:(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60) 
  6. Ketika kita mengeluh :“ Aku sedihh sangat...” ALLAH menjawab: ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40) Jgn byk mengeluh . 
  7. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa... Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^ Mohon sahabat-sahabat semua share untuk manfaat kita bersama.. 

Inilah Kasihku:: @sleppar
Share:

Tuesday, March 11, 2014

Lobak, telur dan kopi

السلام عليكم ورحمة الله


Motivasi hr ini..
Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya?

Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan?

Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada situasi positif.

Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

- Tuan Ibrahim Tuan Man
Inilah Kasihku:
Share:

Wednesday, March 05, 2014

Jika itu takdirnya

السلام عليكم ورحمة الله

# Kisah Seorang Wanita Yang Dipoligami :

"Saya Akhirnya Mengetahui.."
#Syaikh Utsman al-khamis – hafidzahullah- seorang ulama dari Kuwait bercerita:

“Saya pergi ke kampus dengan kereta lama saya, maklumlah kereta sejak mahasiswa lagi. Tapi walaupun model lama, larinya masih lagi kencang .“Biasanya sambil memandu, saya akan mendengar Radio Idza’atul Quran atau ceramah dan pelajaran dari para ulama menggunakan pemain MP3.

Waktu itu di Idza’atul Quran ada Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani –hafidzahullah- seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.

‘Apa gerangan yang terjadi?’ Rupa-rupanya dia telah dimadu. Bukan manisnya madu yang dirasa, tapi pahitnya empedu, karena pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.

Syaikh bertanya kepadanya,
‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’

‘Menikah,’ jawabnya.

‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?” ‘Iya.’

‘Apakah merupakan sebuah kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”

Sebulan kemudian, telefon berbunyi. Ternyata wanita itu menelefon lagi. ’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’

‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suaminya menikah lagi!’.“Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”:)
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Saturday, March 01, 2014

Hari terus berlalu

السلام عليكم ورحمة الله

Walaupun segalanya terus pergi begitu sahaja. Masih banyak remang-remang kesakitan terus bertakhta dihati. Banyak yang ingin ku bincangkan dengan suamiku. Perbincangan daripada hati ke hati. Tetapi dari bacaan-bacaan yang banyak kulakuan, lelaki tidak begitu gemar berbicara soal hati. Pada mereka bila wanita itu telah dikahwininya, maknanya semua soalan berkaitan hati terjawab. Tetapi tidak wanita seperti aku. Lagi-lagi bila perkara-perkara begini terjadi. Sedikit sebanyak perasanku goyah pada kesetiaan suamiku. Tambahan, perhatiannya tidak seperti dulu. Adakah kasih sayangnya juga tidak seperti dulu? Adakah tempat ku dihatinya kini turun satu anak tangga? Adakah aku ni akn tetap akan tersingkir satu hari nanti.. Tidakkah dia mahu mrnghangatkan kembali istana kami bina..? Adakah sebenarnya aku tidak layak untuknya? Dalam pertanyaan itu berlegar dalam minda. Hati ini terus mengimbas kembali saat-saat indah kami bersama. Walaupun dahulu kami tak sesenang sekarang tapi kami bahagia. Aku bahagia dia sentiasa di depan mataku. Bahagia menyambut orang baru. Bahagia apabila sentiasa bersama kerana kasih kami sentiasa menghangatkan suasana. Walaupun aku selalu amarah tapi dia tetap di sisiku. Menunggu hingga amarahku reda. Memujuk bila merajuk. Tidak pernah terfikir untuk berpisah..
Kami selalu hangat. Cinta sentiasa berada di hati kami. Bila mengingati saat-saat itu aku tersenyum sendiri. Walaupun kewangan kami suntuk tapi kami jarang terlepas makan. Anak sihat tiada masalah.. Anak pengubat hati yang selalu letih dengan beban duniadan masih lagi begitu.
Tetapi aku semakin rasa letih bila tiada tempat mengadu. Dulu memang aku sentiasa mendengar segalanya. Sekarang pun sama walaupun dia jarang bercerita. Cuma bila aku cuba untuk mengadu padanya. Dia tidak berapa suka mendengar. Buat kadang kala aku rasa agak tersisih dan sunyi. Tetapi itu fitrah lelaki memang tidak suka mendengar yang remeh-temeh. Tidak suka membesarkan isu yang tidak berkepentingan kepadanya. Itu membuatkan kesunyianku bertambah. Aku tiada tempat bercerita dan mengadu.
Akhirnya aku mengambil keputusab untuk berpaling. Berpaling pada Allah yang satu. Walaupun selama ini aku tahu dia sentiasa ada untuk menerima segala aduanku. Tetapi aku tak pernah menoleh untuk mengadu. Aku malu, aku rasa rendah diri kerana setelah semua nikmat diberi kepada ku dan keluargaku. Aku jarang bersyukur. Nafsuku terus-terusan meminta dan terus meminta. Syukur memang ada tetapi bagai setitik di lautan luas. Aku mulai memohon kepadanya keampunan kerana lalai mengingatinya. Aku bermohon semoga rumahtangga kami bahagia bagai dulu. Ku memohon agar diringankan beban tergalas dibahu dan hatiku ini. Memohon supaya suamiku terus berada di sisi walaupun kami tak sehangat dulu. Memohon supaya tuhan lembutkan hatinya supaya cinta kami mekar seperti dulu. Aku ingin terus mencipta memori indah dengannya selagi ada kesempatan. Aku ingin dipeluk dan dibelainya selagi nyawa dikandung badan. Atas segala keizinNya aku akhirnya aku memulakan langkah aku dengan bertaubat. Terlalu banyak kesalahan telah aku lakukan. Bertimbun dosa yang aku kumpul hampir 3dekad aku hidup di bumi Allah. Aku memohon keampunan, memohon kasih sayang daripadaNya. Aku insaf dengam segala kesilapan aku lakukan. Aku lupa keagunganNya dan kekuasaanNya saat aku hanyut di dunia. Bila dihitung memang berat segala apa yang telah aku lakukan. Terkadang terfikir mampukah aku memohon pada Allah untuk mengpunlan segala dosa-dosaku yang maha berat. Tetapi itulah keindahan yang paling ingin ku alami. Allah selalu berfirman sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.
Inilah Kasihku: @sleppar
Share: