Wednesday, July 21, 2010

PROGRAM PENYERAHAN KOLEKSI RAKYAT "MERDEKA 1MALAYSIA" 2010

No ideas.. Korang baca la ni.. Mr hubby bagi.. hadiah memang "kuureeenngg" lumayan.. tetapi lepas la nak bayar kereta sebulan..


KoleksiRakyat


TUJUAN

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2010, Arkib Negara Malaysia bertanggungjawab melaksanakan Program Muhibah Merdeka dan Modal Insan. Aktiviti yang dilaksanakan sempena program ini adalah bersifat muhibah yang menekankan aspek kerja amal, apresiasi, ekspresi dan pembangunan minda masyarakat dengan melibatkan penyertaan seluruh masyarakat, berteraskan konsep 1Malaysia. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan adalah

Program Penyerahan Koleksi Rakyat "MERDEKA 1MALAYSIA" berkonsepkan pertandingan.

Program Penyerahan Koleksi Rakyat "MERDEKA 1MALAYSIA" ini dilaksanakan bertujuan untuk:



1. Menarik penglibatan seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai koleksi persendirian untuk diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia.

2. Mendidik rakyat ke arah kecenderungan untuk menyimpan dan memelihara bahan-bahan berkaitan sejarah Negara.

3. Mewujudkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui penyerahan bahan-bahan sejarah Negara untuk rujukan generasi kini dan akan datang.

4. Meningkatkan koleksi bahan Arkib Negara Malaysia berkaitan cara dan gaya rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan.



Program ini melibatkan seluruh lapisan masyarakat di Negara ini yang mempunyai koleksi bahan berkaitan pelbagai aktiviti menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, untuk menyerahkan bahan kepada Arkib Negara Malaysia. Bagi tujuan pertandingan, bahan yang diterima bermula 1 Julai sehingga 20 Ogos 2010 akan dipilih dan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

2.

SYARAT PENYERTAAN

i. Terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia.

ii. Penyertaan dibahagikan kepada 3 kategori (bahan):

• Gambar

• Video

• Dokumen

iii. Bahan mestilah berkaitan Sambutan Kemerdekaan 1957-2009 dan Sambutan Hari Malaysia 1963-2009 di seluruh negara.

iv. Tiada jumlah bahan yang dihadkan bagi setiap penyertaan yang dihantar.

v. Setiap bahan yang dihantar mestilah BAHAN ASAL.

vi. Semua *bahan yang disumbang akan dinilai dan menjadi HAK MILIK Arkib Negara Malaysia untuk simpanan kekal.
(*Bahan akan didaftar atas nama penyumbang)

vii. Panel Hakim akan dilantik dan keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD. viii. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 20 OGOS 2010.

3. KRITERIA PENILAIAN

Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut: • Nilai Kandungan (Peristiwa) • Ketulenan dan Keaslian Bahan • Usia Bahan • Keunikan Bahan • Keadaan dan Fizikal Bahan


4. HADIAH

i. Hadiah Utama : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 750.00 ii. Hadiah Mengikut Kategori : Kategori Bahan Gambar
Pertama : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 500.00
Kedua : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 400.00
Ketiga : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 300.00
Saguhati : Sijil Penghargaan dan WangTunai RM 100.00 X 15 Kategori Bahan Video
Pertama : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 500.00
Kedua : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 400.00
Ketiga : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 300.00
Saguhati : Sijil Penghargaan dan WangTunai RM 100.00 X 15 Kategori Bahan Dokumen
Pertama : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 500.00
Kedua : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 400.00
Ketiga : Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM 300.00
Saguhati : Sijil Penghargaan dan WangTunai RM 100.00 X 15 *Setiap penyertaan akan diberi Sijil Penghargaan.
*Hadiah Misteri menanti 100 penyumbang bertuah.


5. PENGHANTARAN PENYERTAAN

Setiap penyertaan perlulah mempunyai maklumat berikut:


1. MAKLUMAT PENYUMBANG BAHAN

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Alamat :

No. Telefon (R) :

No. Telefon (HP) :

2. MAKLUMAT BAHAN
Kategori Bahan :

Tarikh/ Tahun :

Tempat :

Keterangan Bahan :

Penyertaan boleh dihantar terus kepada :

•Arkib Negara Malaysia

Jalan Duta

50568 Kuala Lumpur

(up: Seksyen Panducari)

• Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri

• Pejabat Penerangan Daerah (Setiap Negeri)

• Anjung Bistari (Pusat Komuniti Setiap Daerah)

• Perpustakaan Awam Negeri dan Daerah

• Perpustakaan Desa

6. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus kepada :

Arkib Negara Malaysia

Jalan Duta

50568 Kuala Lumpur

Emel : pro@arkib.gov.my

No Tel : 03-62010688 Sambungan 5859/5826/5835/5858

ANM Cawangan Kedah/Perlis
Alor Merah,
05000 Alor Setar, Kedah.
04-7204200
ANM Cawangan Pulau Pinang
Tingkat 38, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang.
04-2500202
ANM Cawangan Perak
Tingkat 9, Bangunan Sri Kinta,
Jalan Sultan Idris, 30000 Ipoh, Perak.
05-2494446
ANM Cawangan Johor/Melaka/Negeri Sembilan
Wisma Persekutuan, Tingkat 7, Blok B,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
07-2282052
ANM Cawangan Terengganu/Pahang
Tingkat 11 & 12, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
09-6223924
ANM Cawangan Sabah
KM4, Jalan Penampang, Peti Surat No 12758,
88830 Kota Kinabalu, Sabah.
088-264616
ANM Cawangan Sarawak
Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak.
082-243486
ANM Cawangan Kelantan
Tingkat 3, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Jalan Doktor, 10500 Kota Bharu, Kelantan.
09-7442899
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Jalan Parameswara,
75000 Bandar Hilir, Melaka.
06-2841232
Share: