Thursday, August 12, 2010

AkU dAn rAmaDhan



Ramadhan datang lagi.. Sekejap jer setahun.. Ingat lagi Peristiwa tahun Lepas bila anak-nak aku sakit. Start satu ramadhan plak tuh. Dan bertukar ganti hingga hospital dah macam hotel bagi aku sekeluarga.. Memang dugaan betul ramadhan tahun Lepas.. Ada yang tau cerita yang tak tau leh tengok sini :Ramadhan Penuh Dugaan

Tapi, masa telah pun berlalu semua tuh member kami pengajaran yang bermakna. Kami pun tak sangka. Allah member ujian maha hebat kepada kami supaya kami dapat mengubah dan membetulkan diri. Setahun berlalu. Anak –anak aku pun dah besar. Alhamdulillah sangat-sangat, tahun ni mereka sehat sejahtera. Kakak dah makin pandai, semua tahu menyanyi, membaca, mengira.. merajuk pun pandai. Begitu juga adik dah pandai cakap dan meminta. Kalo dulu adik teruk dengan brongkiolitis sehingga terpaksa setiap bulan ke hospital untuk temujanji nya. Tapi sekarang kalo batuk pun kerana terlalu banyak gelak dan main. Kalo dia tidur pun kita tak senang..

Banyak juga yang kami alami dalam setahun ni. Kami pun sekarang ada rumah sendiri.. Yer lupa nak bagi tahu.. Now.. we have our own house.. Cuma tak leh masuk jer lagi sebab bekas tuan rumah nak sewa rumah tu sampai akhir tahun ni. Kami pun dah senang ckit berbanding sebelum ni.. Tak lama lagi kakak nak sekolah.. Kami pun dah ada simpanan sikit. Dapat bantu tak banyak sikit ibu bapa kami. Kami nak lupakan semua yang pahit berlaku. Biarlah Ramadhan ini menjadi tapak baru bagi kami membina kehidupan yang lebih baik.

Apapun semua ni berkat restu dari Allah SWT. Tanpa keizinannya aku mungkin tak akan berada ditempat aku sekarang ni. Cuma sekarang terpulang sama ada bersyukur atau tidak. Senang kita cakap bersyukur sangat-sangat. Tetapi kadang-kadang sebut nama Allah SWT pun lupa. Nak makan baru ingat. Itupun kalo ingat. Yang penting mesti cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik. Untuk Agama, untuk bangsa, untuk Negara dan keluarga. Yang penting untuk diri sendiri…

Kepada kawan-kawan, aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, banyakkan amal di bulan puasa yang mulia ini dan tinggalkan perkara keji dan mungkar.. Semoga Allah SWT berkati segala yang kita kerjakan..

Share: