Tuesday, November 09, 2010

KadangKala..


السلام عليكم

Kadang kala.. Susah nak beritahu.. Tapi kadang kala sukar untuk menyimpan lagi.. Sakit Kadang kala sukar digambarkan tetapi kadangkala senang diluahkan.. Sekali zas jer.. Pernahkah kadangkala terfikir bahawa apa yang terluah itu kadangkala menyakitkan.. Kadang kala senang kita melupakan apa yang telah kita katakan. Kadangkala yang terluah itu membuat pihak yang satu lagi terus berdendam. Bila ia menjadi hangat, kadang kala ia menjadikan kita kebudak-budakan. Kadang kala ia menjadikan kita melakukan perkara yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini..


Sayang.. seribu kali sayang.. Bila perkara menjadi parah. Baru kita tergadah dan terfikir kadang kala bersabar adalah lebih baik dari seribu tindakan yang menyakitkan. Sabar kadang kala lebih selamat dari menjadi abu dalam permainan yang tidak berkesudahan. Benarkah kadang kala ego manusia lebih besar dari gunung tertinggi di dunia.. Sukarnya mentafsir manusia.. ada kadang kala rupa bagai malaikat hati bagai bangkai.. ada juga kadang kala rupa bagai keldai tetapi hati jernih bak permata juga bijaksana.. Kadang kala tertipu dengan paras rupa sehingga merana di dunia dan di sana.. Kadang kala jadi buntu kerana godaan dunia dan perkataan yang menyesatkan.. Kadangkala jadi bodoh kerana terlampau menunjuk bijaksana.. Sukarnya mencari jalan sehingga kadang kala terlupa bahawa jalan yang lurus dibawah arash-Nya.. Sedarkah kita wahai manusia..

Renung-renungkan..

Share: