Wednesday, December 01, 2010

TeM@n a.k.a K@w4n


Aku ambil mas sepanjang pagi untuk mengarang benda ni.. Baru sekarang kul 2:39 p.m aku baru ada idea nak menulis.. Amy selalu cakap "Kalo saya ada blog tak tau apa nak taip kat dalam". Kalau ikutkan aku pun macam tu.. Tapi aku selalu ada benda yang nak di luahkan, yang nak dikata.. Tapi aku rasa tempat ni yang terbaik.. Sapa nak baca, boleh baca.. sapa tak mau jangan sebuk.. hehehe.. Kasar betul I ni... Tapi cuma kadang-kadang mulut tak mampu nak meluahkan pada orang jadi sebagai alternatif nyer. Blog yang sederhana ini jadi 'tempat sampah' segala rasa. Jadi Kalo ada yang terasa minta mahap la yer..


Post aku yang lepas aku ada post pasal puisi buat teman.. Dalam aku blog surf aku terjumpa sesuatu ni memang menusuk kalbu.. Tajuk dia pun dah menusuk daging dan jantung inikan perkataan yang diluahkan oleh penulis.. Aku tak nafikan aku kenal penulis blog tersebut cuma aku sendiri tak faham kenapa dia buat camtu.. Apa salah aku..

"subhanallah...jahatnya hati seorang manusia nih bila dikuasai syaitan..kita semua memang bukan malaikat..nafsu, hasad dengki..semua tu adalah godaan syaitan..
kalo kamu tu saudara islam..lu pikir la sendiri..lanTak laaa..

kawan tu bia la ikhlas..jgn belakang duk ngumpat depan manis mcm gula melaka.pahang..semua negeri laaa..huhuhu
subhanallah...inikah suatu dulu kawanku...muhasabahkan la diri anda semua
"

Aduyai... benda yang dulu kita tak pernah buat. terus terbuat jadinya.. Hehehehe.. biasala perempuan.. Aku tak kisah apa orang nak kata sebab aku tak pernah kata orang. Aku sedia mengalah semua perkara demi untuk kebaikan semua orang. Aku tak cakap apa-apa tapi orang yang nampak.. Takkan aku nak nafikan.. Aku bukan malaikat.. aku bukan malaikat.. aku bukan malaikat..

Untuk Kawanku seorang
Maaf pintaku jika aku salah
Ampun pinta ku jika terlanjur bahasa

Macam aku kata sebelum ni.. Aku tak pernah ada kawan baik.. (Setakat tidur sebantal masa camping aku rasa tak aci la kan.. ) Jadi diri sendiri la kawan yang terbaik. Cuma satu jer aku nak cakap. demi untuk menjaga kewarasan akal yang baik orang lain perlu disakitkan dan aku tak kesah org sakitkan hati aku kalau itu perlu.. Aku rasa lebih baik aku luahkannya sekarang dari aku jadi pembunuh bersiri di masa hadapan.

Akhir kata (macam syarahan plak). Ribuan ampun dan maaf ku panjatkan kepada Allah SWT.. Dia pun pernah berkata, berbaik-baik sesama manusia. Jadi kalau boleh tak yah lanjutkan pergaduhan yang sebesar kuku ini.. Yang lain tu..

LU PIKIRLA SENDIRI

Share: