Monday, December 13, 2010

: : Bebanan : :

السلام عليكم ورحمة الله

Bila ingatkan apa yang telah dilakukan pada mereka disekeliling terasa diri ini amat berdosa. Tak tahu kenapa pada masa itu tidak pernah terlintas dihati bahawa apa yang dilakukan itu amat menyakiti hati orang lain.. Hati ini hati muda.. Cepat sangat mendidih.. Orang lain yang hidupkan api tapi.. Orang lain yang melecur tangan.
Kalau diikutkan niat dihati.. sebenarnya nak menjernihkan suasana tetapi bila setiap kali niat baik itu dhasut kehitaman.
Tidak akan ada pa boleh menghalang... Tak sampai hati kadang-kadang mengenang perbuatan yang sudah-sudah.. Yang telah terlanjur berlaku.. Yang tak mampu diampunkan..
Bila sesekali terlintas di ruang ingatan terasa betapa bodohnya tindakan.. Betapa melulunya perbuatan. Terkadang terfikir adakah ia akan dimaafkan. Adakah sang polan-polan ingin lagi menghulur tangan menyambut hati yang telah pun kehitaman. Aduss berta sungguh.. sehingga tak mampu ditanggung.. tak mampu dia ampu dibahu.. tak terbawa dihati.. tak terjunjung dikepala..
Ya Allah.. maafkan diri ini. Itu sekali lagi diucapakan. Tetapi bolehkah suatu hari nanti ia tidak berulang. Hati yang lain tidak lagi disakiti dan dilukai. Bolehkah berpegang pada janji bahawa semua itu di sabarkan dengan keimanan.. bolehkah ia dikekang dengan keazaman dan ia tidak akan terus diratapi kemudian..

Maafkan aku...Maafkan aku..
Aku tak mampu menanggung beban kesalahan..
Share: