Saturday, December 04, 2010

Universiti Teknologi Malaysia


Salam Satu Malaysia.
Mesti korang tertanya kenapa aku tetiba jer patriotik plak.. Saja jer.. semua orang dh pakai aku pun pakai juga la.. Emmm.. aku tergerak nak menaip bila aku lalu kat tepi Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak semlam.. Dari dalam kereta aku yang sedang bergerak semalam aku nampak tak banyak berubah dari saat aku tinggalkan suatu masa dulu.
Mesti korang ingat aku student kat sana. Boleh la seminggu. Itupun sebab aku attend kursus Windows 3.1. Itulah first time aku tau apa itu teknologi. Pada masa itulah aku start suka pada komputer. Pernah juga aku tyerdetik untuk sambung belajar kat UTM tapi tak kesampaian. For your information aku student UiTM dari start Diploma sampai Degree. Jadi mesti tertanya apsal la UTM terkesan kat budak sekor ni??
Ok begini ceritanya, masa kecil aku banyak dihabiskan di UTM. Sebabnya abah(Jamahuri Nordin) dulu penyelia asrama kat UTM. Dia agak well-known juga la kat UTM, pasal aper aku tak tahu. Tapi selalunya penyelia asrama kira merangkap warden juga la kan.. Jadi aku rasa aku dapat agak kenapa. Nak dikisahkan dulu mana ada nursery, jadi tak da org jaga anak kalo bekerja. Kalau mak tak bawa gi sekolah (dia staf sekolah tapi bukan cikgu) abah akanj bawa aku pergi tempat kerja dia. Aku masih ingat lagi bila masa aku datang sana, kawan2 abah akan suka cubit pipi dan mengusik aku. Sebab padamasa tulah kan pipi macam belon. Kalau semayang aku akan ikut abah ke Masjid ikut bersama jemaah lelaki.. Kadang-kadang bila pikir balik kelakar juga. Org tak perasan ker aku ni pompuan.. (Pada dasarnya aku selalu rambut pendek masa aku kecik sebab byk kutu)
Jadi kalau orang kenangan masa kecil banyak dengan kengkawan jadi aku banyak dihabiskan dengan mengikut makbapak. Seronok juga, dia bagai penanam semangat untuk berjaya. Yerla dulu bukan senang nak masuk U. Bila kita dapat memang bangga. Jadi start situla aku jadi bercita-cita yerla duduk dengan org pandai2. Kalau tak ikut mak gi sekolah dia akan letak aku dalam kelas sementara dia teruskan dengan kerja dia.
Emmm.. Aku paling tak suka untuk mengingati perkara-perkara yang lepas kerana lebih banyak trauma dari kebanggaan. Lebih banyak pahit dari manisnya.. Tapi sekali sekala dalam maju ke depan, kita kena juga memandang ke belakang walaupun untuk seketika. Kadangkala apa yang kita tinggalkan itu meninggalkan kesan positif pada diri kita. Pada aku itu perlu supaya ia dapat jadi teladan dan aku terus bersyukur dengan tempat di mana aku berada sekarang. Kalau tiada yang dulu mana datangnya sekarang.. Betul tak??? Renung-renungkan...

Share: