Tuesday, March 29, 2011

"Belajar dari kesilapan"

السلام عليكم ورحمة الله
"Belajar dari kesilapan"
Kalo kita perasan, ungkapan itu memang dah biasa sangat kita dengar. Dah biasa sangat kita nampak.. dan setiap nasihat yang kita terima itu adalah salah satu nya yang slalu kita terima. Aku pun sama. Kadang-kala ia dah lali dan tak lalu lagi telinga ini nak mendengar ungkapan tersebut. Tapi sampaila malam tadi baru aku tahu makna sebenarnya apa yang ada disebalik huruf-huruf yang bersusunan tersebut..

Orang kata (orang kata la bukan aku kata), orang yang bodoh adalah orang yang tak pernah belajar dari apa yang telah dilaluinya. Orang tak pernah bermunasabah diri tentang apa yang telah dilakukannya. Macam mana nak bermunasabah kalau kita tak ingat aper perkara buruk yang pernah kita lakukan.. Korang mesti pernah melawan cakap mak ayah korang. Kalo tak pernah sejuk perut ibu mengandung.. Kalo pernah.. berapa kali korang buat mesti tak igt kan.. Aku pun sama.. Abih macam mana nak menyesal.. dan taubat tak buat lagi..

Aku ni bukan la baik sangat. Macam-macam benda dah aku buat. Cuma orang tak tau.. sebab aku pun tak cerita. Aku malas nak cerita hal keluarga kat orang. Kalau ada tu kira rezeki la aku cerita. Lagi2 bila byk kwngkawan yang aku kenal bukanlah pendengar setia sedangkan aku suka mendengar cerita kawan-kawan.. Kalau dia tipu pun aku tak kesah. Aku ni manusia, akan ada masalah. Orang mengadu kat aku. Aku ni tak tahu nak bgtau sapa. Jadi aku menulis. Kalau dulu aku ada sebuah buku yang selalu jadi teman.. Nak kata diary pun boley kot. Bukannya aku tak sua nak cerita dengan orang.. Tapi kalo baru nak cakap dah kena sembur baik aku menulis.. Sekurang -kurangnya buku tu sudi menerima apa pun aku conteng dalam dia.. Lain, Blog ni adalah hasilnya. Aku ceritakan apa yang aku nampak dan aku rasa.. Cuma ada certain-certain stories yang aku lebih suka simpan sendiri.. Dan aku masukkkan dalam buku tadi.

Buku tu tak seorg pun pernah aku bg baca.. Tengok adala kot.. Sebb ia akan buat ad oranf sedey kalo baca.. Biasala banyak dosa. Tapi bagus juga.. Dari situ la baru aku tahu macammana diriku sebenar.. Perangai.. gaya.. cerita orang.. keburukkan.. dan kesayangan aku selama ini. Ada beberapa orang yang selalu aku sebut dalam buku tu. Maknanya orang tersebut banyak mempengaruhi aku selama ini.. Ada satu masa aku kurang menulis.. Dari situ aku dapat agak yang aku kurang ada masalah besar masa tu. Jadi bertuahla org yang disisiku pada masa itu kerana pandai menjaga hati ini...

Buku itu juga menginsafi aku tentang aper yang aku dah buat aku selama ini..Perkara buruk yang terlanjur aku lakukan aku benar-benar taubat untuk mengulanginya lagi.. Kerana akibat dan kesan yang kadang-kadang meninggalkan parut dihati..Buku tu buat aku selalu ingat dan bersyukur dengan siapa dan apa yang aku ada sekarang. Walau bagaimana perit rintangan yang aku lalui aku patut bertahniah dengan diri sendiri kerana berjaya merentasi nya dan sangat berterima kasih pada mereka-mereka sentiasa berada di sisi.. Bermula dari situ aku selalu redha dengan apa yang aku ada sekarang. Aku selalu cuba mengingati diri tentang asal usul dangan segala yang aku lalui supaya aku sentiasa bersyukur dan redha atas segalanya.. Inilah yg dikatakan muhasabah diri...

Hummphhh.. menulis memang keghairahan aku... Aku memang suka sangat menulis. Cuma bila kita dah banyak tanggungjawab, keghairahan itu hilang dalam kesibukan.. Tapi demi minat aku aku tetap akan cuba luangkan masa. Okla sampai ada masa... Fikir-fikirkan..



Share: