Monday, March 14, 2011

Kisah kau dan dia:: Aku jadi mangsa..

السلام عليكم ورحمة الله

Gaya bak Yang Berhormat menteri. Tapi perangai bagai si Orang Muda baru mengenal dunia.. Aku hanya memerhati.. Malas untuk beriya-iya. Nanti akan yang aku mengagumi dia dalam diam mengaguminya. Bukan ada udang disebalik batu tetapi kawalan itu yang beratus kali cuba aku praktikkan, cuma aku masih gagal. Aku kagum dengan susunan kata yang dilafaz dan paling aku tak lupa barisan gigi yang memutih.. "Kau pakai ubat gigi apa labu??" Pertanyaan terus tinggal pertanyaan. Hari berlalu aku terus memerhati.. Kebanyakkan mereka yang sekumpulan muda-muda belaka. Jadi adik-adik ini masih ada segan dan silu walaupun telah berumahtangga. Aku memang seperti dulu, ada wayar yang putus dan masih menunggu jika ada kekusutan akan kucuba leraikan.. Tiga hari walaupun singkat tapi kami bagai saudara. Si dia.. Aku senang walaupun perangai macam Datuk.. Cuba terkadang gurauan melampau mengganggu emosi. Bukan sekadar diriku tetapi mereka yang disekelilingku. Aku hanya terima dengan tenang walaupun kadang-kadang aku melatah..

Akhirnya segalanya terbongkar. Belang yang disimpan dalam peti kini berada di depan mata.. Aku terdiam, terkaku, terpaku.. Bagaimana aku terlepas yang ini. Sepatutnya aku lebih peka. Tak pernah aku saksikan aib yang sebegini hebat. Walaupun dia bukan sesiapa tetapi aku malu dengan tamparan begini. Hormatku ghaib bagaia angin berlalu pergi. Hilang segala kekagumanku. Kini dia bagaikan dibawah telapak kakiku. Walaupun begitu aku tetap kekalkan ketenanganku agar taidak begitu ketara.. Semua ku atur seperti biasa. Cuma banyak bisikan-bisikan dan "Meja Panas" kemudian muncul menaikkan seri keadaan.. Paling yang tidak boleh diterima dek akal, keadaan menjadi semakin membara bila timbulnya sketsa-sketsa berbahaya dikalangan semua.. Tidak kufikir yang mereka sanggup bertindak sampai sebegini.. Ada yang mengadu dan meminta aku terus memerhati.. Kali ini dengan lebih teliti. Keadaan bagaikan menjadi kritikal bila seterusnya cerita-cerita itu bukan lagi jadi bisikan.. Lebih kepada tuduhan tepat kepad empunya diri.. Aku lebih tertekan, kerana aku terus berada kukuh disebelahnya walau bukan kemahuanku.. Aku cuba untuk memerhati tetapi tak sanggup melihat keadaan terus merumit..
Aku mengambil jalan.. Ku depani datuk dan berbicara.. Terus-teruskan berbicara.. dan dia kusyuk mendengar.. Aku rasakan pasti akan ada tentangan dan salah tanggapan. Tetapi sekali lagi aku terkagum.. Tiada sepatah pun yang dibangkang.. Dia bagaikan pendengar yang setia.. Aku terus berbicara, terus bercerita.. Hanya sekali sekala dia bersuara.. Aku hanya menyampai amanat.. Menyampai nasihat.. Aku bukannya sempurna. Paling tepat aku cuma mahu melepaskan diri kerana aku tahu semua yang berlaku. Jika aku tak beritahu aper yang hendak ku khabarkan bila Yang Esa bertanya kelak.. Selesai.. Aku menarik lafaz lega.. Aku tahu tak semua aku katakan tidak diambil bulat-bulat.. Aku tak kesah asal segalanya telah kuluahkan. Ku lakukan kerana aku tak mahu jadi kawan tetapi sahabat dan teman..
Apa yang ku lakukan berbaloi malahan maha hebat dari jangkaan. Aku tak menyangka tetapi inilah yang akan kita dapat bila kita lakukannya dengan ikhlas.. Duetnya mula menyedari kehadiranku dan membuka cerita.. Oleh kerana kami sama jantina. Jadi aku rasa lebih mudah berbicara walaupun si Dara walaupun, temanku itu lebih matang. Perihalnya sama tetapi dengan si dara aku lebih terang lagi bersuluh agar dia faham.. Tapi apakan daya.. Siapalah aku untuk bertegas. Aku hanya memberi jalan dan biar mereka memilihya, si dara masih muda. Tak mampu menilai semuanya.. Yang teruna bagaikan muda semula bagai di cucuk colagen di mukanya. Bernyawa dan bertenaga.. Semoga semuanya dibawah lindingan Yang Esa agar tiada sesiapa yang tersesat ke jalan mati.. Orang bercinta badak lalu pun tak sedar... Lembu kentut pun bau wangi.. Rimau gigit pun rasa macam semut api..Kalau ular membelit apatah lagi.. (pengalaman sendiri hehehehehe..)
Kepada insan kutujukan coretan ini.. "Tolong la sedar Cik Timah.. tak sedar lagi ker.. Sudah Terang lagi bersulu.. Tak faham aku..". Ehem.. ehem.. Jaga diri.. Hiasi peribadi.. Jangan sampai ia memakan diri. Fikir natijah yang menani percayala apa yang aku katakan ini. Semuanya takkan sampai kemana. Sama ada dia yang meninggalkan atau dia ditinggalkan. Semuanya takan berakhir dengan aman. Buat apa dijolok sarang tebuan kalau diri sendiri sakit akhirnya.. Buat teman.. buat sahabat.. Aku sentiasa di sini.. Sentiasa memerhati..

Share: