Friday, April 29, 2011

Mesin Perentas Masa

السلام عليكم ورحمة الله
Kalau dirujuk pada tajuk memang macam nak ceritakan pada suatu mesin yang masih dalam kajian manusia tetapi apa yang aku nak ceritakan memang merentasi masa cumaa tak boleh mengubah masa lampau.. Kalau boleh aku tak mahu mengubah masa lampau kerana jika masa lampau berubah aku mungkin tidak berada dan mempunyai apa yang aku ada sekarang..

Kadangkala kita tak menyangka apa yang ada disekeliling kita berkait sangat rapat dengan kita dan mampu membawa kita jauh dari apa yang kita sangkakan. Aku juga tak pernah memikirkannya hinggalah dua hari yang lepas. Pada hari itu aku seperti kembali ke masa lampauku. Sesetengah orang tak mahu kembali kerana keperitan yang dilalui. Tapi pada aku itulah saat manis dalam hidup aku.. Dulu aku masih ingat lagi aku hanya tinngal di sebuah rumah sebilikdengan tak ada satu un kepunyaan aku kecuali anak dan suami. Kemudian kami berpindah duduk rumah yang agak selesa dan kini ada rumah sendiri yang agak mewah dari org lain. Rentasan masa ini kadang-kadang buat aku lebih bersyukur.

Itu yang pertama, pada hari tersebut aku terpaksa ke Cyberjaya untuk menghadiri mesyuarat Kementerian. Jadi aku yang dulu hanya ada lesen memandu kini ada motokaer sendiri ke stesen minyak bag meneruskan perjalanan. Sampai di stesen minyak dan setelah membayar di kaunter, aku terhenti seketika bila sampai di pam petrol. Aku tersenyum... Teringat masa pertama kali kerajaan melancarkan pengisian petrol layan diri bagi mengurangkan pekerja asing di stesen minyak. Perkara tersebut sedikit sebanyak ada kesannya walaupun masih ada pekerja asing di stesen minyak. Nak dijadikan cerita, masa kejadian berlaku aku masih lagi belajar di Universiti. Aku dengan seorang rakan masa tu ada assignment nak disiapkan untuk keesokan harinya jadi oleh kerana pada masa itu untuk menunggu bas yang disediakan oleh universiti terlalu lambat jadi kami meminjam motor seorang kawanuntuk keluar dari kawasan universiti. Masalahnya pada masa itu hanya ada satu helmet sahaja.. Jadi kami dengan selamba keluar menaiki motor dengan hanya aku yang membonceng memakai helmet.. Kalau diingatkan kembali memang lucu.. Yang tak disangka-sangka, kami terlepas dari pemeriksaan pegawai keselamatan.

Tuan empunya motor memeberi kami duit untuk mengisi minyak kerana minyak motor dah kering. Keluar dari  kawasan universiti kami terus ke stesen minya berdekatan. Oleh kerana kami sama-sama tak pernah mengisi petrol kenderaan dan tiada bantuan di stesen petrol tersebut kami termangu-mangu tersitu.. Ala hentam sajalah. Aku bayar kat kaunter duit RM5 yang diberi.. Kami pun angkat dan isi.. Tengah asyik mengisi sambil melihatangka di mesin bergerak (exited katakan) kami tak perasan yang tank motor telah penuh dan melimpah keluar.. Kelam- kabut dibuatnya. Duit minyak ada lebih lebih kurang seringgit lagi. Tapi tank dah penuh.. Oleh kerana terlampau panik, kami terus menutup tank dan bergerak keluar dari stesen tanpa mengambil duit baki dan membersihkan dulu sisa minyak.. Yerla mana tau nak kena buat camtu.. Setelah melakukan apa yang patut kami kembali semula untuk masuk ke dalam kawasan universiti nasib tak sebaik keluar. Kami ditahan kerana si pembawa motor tak pakai helmet seterusnya disaman... Hehehehe.. Bengong sungguh kami ni..

Tuan punya motor ibarat abang kepada kami. Bila kami tiba dia minta kunci dan duit baki.. Kami berpandangan dan ketawa. Kami bercerita dan dia ketawa sampai merah-merah muka.. Memang dah nasib kena ejek la lepas ni.. Dia tak mampu berkata apa-apa dan hanya ketawa. Oleh disebabkan rasa bersalah kepada kawan aku yang kena saman tu. Aku teman dan offer untuk bayar separuh daripada saman tapi dia tak mahu.. Dia kata takperlah.. Pengalaman..

Perjalanan aku dari Klang ke Cyberjaya pada hari itu berteruskan dengan mengingatkan memori indah bersama rakan-rakan walaupun hanya seketika tapi dia buat aku tersenyum ke telinga. itulah pengubat rindu dan tekanan pada masa aku bermasalah. Sedikit sebanyak mengurangkan beban dan memberi inspirasi untuk terus berusaha memajukan diri.. Aku berdoa supaya semua rakan-rakan seperjuangan sekalian berada dalam keadaan yang terbaik masa ini dan sentiasa maju dalam apa yang diperjuangkan semoga persahabatan kita menjadi satu yang manis dalam menuruskan kehidupan. Terima Kasih kawan...


Share: