السلام عليكم ورحمة الله
“Kita Cuba.. ” sambil dia memegang tanganku
Aku ingat lagi masa tu, aku sendiri tak menyangka yang aku akan bercinta dengan suamiku.. Dia bukanlah siapa-siapa. Aku mengenali dia melalui teman yang pernah menaruh hati pada aku. Indah sungguh waktu itu. Walaupun aku sendiri tak menyangka yang kami akan bercinta kerana dia tak masuk dalam short list lelaki idaman aku.. Tapi aku tetap menerima sekadar mencuba. Kalo tak serasi kami akan berpisah secara baik..Semua berjalan dengan baik. Kami sering bersama jika ada masa. Segalanya indah belaka. Aku amat menyenangi dia walau pun tiada lagi rasa sayang dalam hati ini. Dia tak cerewet dan senang didekati. Dia lucu dan aku tertawan dengan senyuman dan gelak tawanya.