Thursday, December 01, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011

Rata-rata ramai yang dah tau tentang perhimpunan agung ni yang telah disiarkan secara meluas di kaca-kaca t dan media elektronik di seluruh Malaysia. Aku.. dapat tengok life memandangkan PWTC tak jauh dari office aku. Aku bukanlah pro-UMNO atau pun mana-mana parti di Malaysia ni. Aku lebih suka bersikap neutral tapi bukan atas pagar. Aku akan ambil yang mana baik dan betul.. Kalau apa yang salah aku akan tolak.. Selagi aku bekerja dan berkhidmat utk rakyat. Pegangan amat penting supaya kita tak tersasar dari niat sebenar kita mencari rezeki..

Baiklah, kali ini aku bukannya nak membincangkan tentang politik di Malaysia. Cuma ini pertama kali aku melihat keadaan sebenar suatu perhimpunan yang diadakan setiap tahun.. Perhimpunan antara yang terbesar di Malaysia. Memang ramai.. Dalm masa cuti sekolah ini selalunya. Jalan disekitar Jalan Putra ini tidak sesak, tetapi dengan kehadiran ahli-ahli UMNO di serata pelusuk Malaysia ini menyebabkan hanya untuk keluar dari Jalan Putra sahaja mengambil masa dalam setengah jam. Terlalu ramai yang dtg.. Berbondong-bondong dengan kereta, van serta bas.. Paling tak disangka-sangka.. Kalau mereka berkereta tu.. Mereka sanggup berhimpit-himpit demi untuk menyertai perhimpunan ini.. Memang jarang aku lihat suasana begini.. Dewan Tun Razak sudah pasti penuh.. Mana taknya ruang legar PWTC sahaja tiada ruang untuk pejalan kaki lalu.. Kedai disekitarnya (eg: Ariani) penuh dengan umat Allah.. Sungguh memeranjatkan.. Hilang segala ketenangan yang selalu ada di sekitar ruang legar.. Ada satu masa aku terpaksa mengikut jalan keluar kerana Ruang legar PWTC memg sukar untuk dilalui..
Habis masa kerja bukan masa yang paling seronok.. Kalau dulu aku boleh berlari-lari dan merewang duku sebelum pulang kerumah.. Tp kini aku tak pandang kiri kanan.. Dalam otak hanya fikirkan supaya lekas keluar dari gelombang keramaian yang serabut ini.. Makcik-makcik yang xpernah menjejaki kaki ke Kuala Lumpur membanjiri ruang The Mall setelah seharian mendengar utusan dr Pengurusan Tertinggi mereka.. Semua kedai penuh dengan warna merah pelbagai corak menandakan mereka berada dimana-mana. Aku smpai tdak berani trun untuk makan tengah hari kerana takut 'mati lemas' dalam 'Lautan Merah'..
Tetapi aku sangat berbangga dengan semangat mereka yang sanggup merantau jauh demi untuk memperjuangkan pendirian dan prinsip mereka.. Salah atau Benar itu bukan kita untuk menilai tindakan yang mereka ambil. Yang penting semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Kalau ini semangat mereka tunjukkan disetiap hari jumaat utk ke masjid atau setiap maghrib untuk ke surau-surau berdekatan rumah mereka.. Itu lagi bagus.. Mungkin ada tapi tidak semua.. Tapi ini memang satu pengalaman berharga buat aku.. Walaupun aku bukan salah seorg dari mereka tapi aku turut kena tempiasnya secara tak sengaja.. Mana taknya, dua hari berturut-turut aku berpakaian serba merah jambu.. Aku tidak perasan sehingga ada seorg dari rakanku menegur pemakaian ku. Agak lucu tapi yang itu yang terjadi..
Semoga perjalanan yang telah mereka rancangkan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.. Aku terpaksa menghadiri retreat bg Sektor Pengurusan dan Kewangan selama tiga hari mulai hari ini.. Jadi segala pemerhatianku terpaksa beralih arah.. Salam sampai memerhati lagi.. (~_~^).
Sent by Sleppar from BlackBerry® Smartphone
Share: