Friday, December 02, 2011

CERITA: BICARA HATI SEORANG ISTERI (PART 7)

“Saya minta maaf kerana saya jatuh cinta dengannya.” Wajahya sugul“Awak betul sukakan dia..” Kataku perlahan. Mata aku mula berkaca.“Perasaan saya sekarang sama seperti pertama kali kita bercinta.” Dia menjawab.“Kalau macam tu awak kena belajar melepaskan..”“Lepaskan apa.. ? Lepaskan awak. Tidak, sekarang ni saya masih ada awak. Dengan dia saya masih tak pasti lagi. Bagi saya masa untuk berfikir..”  Suasana di meja makan sunyi. Aku mengumpul semangat untuk membalasnya.
“Jika awak pasti awak akan bahagia bersama dia sudah tiba masanya awak melepaskan saya. Saya tahu bila ini semua terjadi awk sudah pasti akan menyamakan dan membezakan antara saya dan dia dan saya tidak boleh menerimanya..” Aku sebak
“Saya masih ada awak awak. Saya sayangkan awak dan anak-anak.  Bg saya masa untuk buat keputusan..” Dia mendekat tanganku dipegang.
“Menunggu keputusan awak membuat saya terseksa. Saya tidak pasti sama ada saya boleh tertawa atau menangis diakhirnya. Menunggu awak bagai menunggu hari untuk ke tali gantung. .” Aku benar-benar kesedih an airmata tak mampu ditampung lagi.
“Awak berfikirlah masak-masak. Saya akan tunggu. Tapi jika dia membalas cinta awak, saya tak akan menunggu disisi awak. Saya akan pergi walaupun hakikatnya bagai membunuh diri..” Aku menyambung dalam tertahan-tahan dari tangisan. Makanan tidak lagi aku jamah. Aku rasakan bagai batu mengelonsor ke tekak. Aku bangkit mengangkat pinggan ke sinki. Di sana aku hamburkan segala kesdeihan yang tak mampu ku tampung seharian. Dadaku berombak bagaikan hendak pecah. Tangisan aku berlagu-lagu. Mujur anak-anak telah naik ke bilik jadi, kalau tidak haru biru dibuatnya.  Aku mengesat airmata dengan belakang tangan dan terus meletakkan pinggan yang telah kubasuh ke tempat pengeringan. 
Dalam tanganku menari-nari di sinki tetiba ku rasakan badanku dipeluk dari belakang. Serentak dengan itu airmata terus berjurai jatuh ke pipi. Suamiku menarik badanku ke dalam dakapannya. Dia mengusap-ngusap rambutku sambil aku masih tersenguk-senguk
“Saya masih cintakan awak seperti dulu..”
Dia mengesat airmata dipipiku. Dia cium pipi dahi ku. Mengingatkan aku masa pernikahan kami. Betapa gembiranya perasaan aku pada masa itu kerana akhirnya kami bersatu. Walaupun tiada majlis yang meriah dan kenduri-kendara diadakan tapi aku rasa sangat bersyukur dan bahagia pada masa itu. Aku masih belajar dan dia baru mula bekerja. Oleh kerana kami terlalu cinta, kami nekad untuk bernikah walaupun secara kecikl-kecilan. Ibu bapa tidak bersetuju tetapi kerana kami berkeras jadi mereka hanya menurut kerana takut perkara buruk berlaku.
Mengingatkan perkara yang aku lalui bersama-samanya, aku jadi bingung. Takkan tidak langsung terlintas difikiran bagaimana susah kami membina kehidupan ini bersama. Pada masa itu aku masih terkulat-kulat menghabiskan pengajian dan dia yang bekerja di syarikat swasta bergaji rendah. Sekadar cukup makan minum. Kami menumpang duduk di rumah orang tuaku dan kerana takdir Allah aku mendapat rezeki awal dan terpaksa menangguhkan pengajian kerana sarat. Kami bina kehidupan kami satu persatu. Dari sehari ke sehari Allah melimpah rezeki kepada kami. Lahirnya anak pertama kami, si suami dapat tawaran dari Jabatan Kerajan meringankan sikit bebanan kami sehari.  Tidak kurang dengan itu, selepas aku melahirkan anak kami kedua aku terus ditawarkan untuk menjawat jawatan di salah sebuah badan berkanun setelah tamat pengajianku. Dari situ kami berpindah keluar dari rumah orang tuaku dan membina syurga kami sendiri. Dari rumah sewa ke rumah sendiri, dari hanya sebuah kereta dan motor kini aku boleh berbangga memilikki kereta sendiri.
Semua itu memberi aku sekelumit senyuman dalam kesedihan yang ku tanggung kini. Nyawa bagai di hujung  tanduk. Kini terpulang pada suamiku untuk membuat keputusan. Aku akan  terima. Dulu aku tidak kisah kalau di madu. Kini aku sedar, berkongsi kasih bukan semudah yang disangka. Bila terbayangkan senyuman, gurauan dakapan dan kucupan si suami bukan untuk aku seorang, aku jadi kalut dan tak menentu arah. Jiwaku kusut dan fikiran bercelaru, terbayang wajah anak-anak, ibu dan ayah ku, serta para mentuaku. Bagaimana harus aku hadapi tatapan mata mereka. Maka jalan terbaik padaku adalah beralah. Jika keputusan berpihak pada wanita itu, aku akan mengundur diri bagi tidak mengeruhkan suasana. Suamiku berhak yang terbaik untuk dirinya dan keputusan itu adalah terbaik untuk aku dan anak-anak. .
Share: