Tuesday, November 13, 2012

Konvokesyen PASTI 2012

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Hikmah sebenarnya tadika yang telah anak aku hadiri selama 2 tahun sudah. Sampai masanya dia masuk darjah satu.. Jadi sudah sampai masanya juga dia meninggalkan zaman tadikanya. Dia pun faham dan aku beruntung kerana punyai anak yang suka bersekolah dan belajar, walau kadangkala bila malsnya datang kami akan brperang supaya dia pergi sekolah.. Bukan senang minah sorg ni..bila datang anginnya. Apapun disuruh takan jadi.

Salam...

Bila kenangkan dia akan melangkah ke darjah 1. Tak sangka kejapnya 7 tahun berlalu. Aku masih lagi teringat bila pertama kali aku menatap wajah dia.. Masih lagi teringat betapa dia kesayangan semua.. dan masih lgi begitu walaupun dah punyai adik. Aku bertuah mempunyai dia kerana kedewasaannya. Dia mendengar kata dan seorg penjaga yang setia.. Terkadang ada juga perangainya. Tapi anggapanku dia masih lagi kanak-kanak. Apalah yang dia tau..


Aku berdos agar tuhan kurniaksn kebahgiaan dan kesenangan pada dirinya. Memang semua ibubapa inginkan anaknya berjaya dan bahagia juga yg terbaik. Begitu juga aku, soal membalas jasa padaku itu perkara kedua. Aku ikhlas membesarkannya demi kerana Allah SWT. Aku akan terus berada disisinya walau apapun yang terjadi.. Umairah, ibu sayang kakak.. 


Sent from sleppar-kechik@Samsung tab 7.0
Share: