Tuesday, June 17, 2014

Bantulah Hambamu


Assalammualaikum..
Walaupun setelah segalanya selesai tetapi parut tetap ada.. Lama juga aku cuba untuk merawat luka ini tapi walaupun tak pulih sepenuhnya, aku masih lagi gigih menjalani perjalanan perkahwinan aku. Memang pada jangka masa awal pemulihan aku banyak kali bersedih dan kecewa. Aku pernah bangun tengah malam dan muntah sebab terlalu tertekan. Tidur malam seringkali terganggu sebab termimpi yang bukan-bukan. Aku jadi penasaran bila suami outstation atau tiada disisi. Makan tak lalu.
Kepala berserabut. Hanya atas tikar sejadah hati ini mampu untuk bertenang. Atas tikar sejadah juga air mata banyak mengalir. Mungkin ada yang akan kata aku ni over react sebab ramai lagi yang lain mengalami peristiwa yang sama. Sekurang-kurangnya suamiku tak terlanjur dengan perempuan itu. Tapi perkara ni bukan semata-mata kerana suamiku seorang. Tetapi juga diriku, aku sendiri banyak dosa dengannya. Kami masih lagi dilindungi Allah SWT kerana tidak hanyut dengan keseronokkan dunia. Aku bersama sungguh hina walaupun pelbagai benda telah aku lakukan tetapi Allah SWT masih mengasihi aku. Masih lagi memberi peringatan pada aku walaupun aku sudah lupa padanya.
Entahlah.. kadang kala aku sendiri meragui keimanan aku pada Allah. Aku sendiri tak tahu berapa banyak kasih sayang aku berikan pada Allah SWT, selama dia melindungi aku. Bila fikirkan apa yang berlaku pada aku akhir-akhir ini buat aku sendiri menangis mengenangkan semua yang telah aku lakukan selama ini. Aku mengaku aku Islam dan menyembah Allah SWT, aku juga mengaku bahawa Muhammad SAW itu pesuruhnya tetapi tidak ada satu pun yang diperintahkan Nya aku buat dan tidak ada satu pun laranganNya aku jauhi. Hari demi hari, hanya dosa demi dosa terus bertenggek dibahu kiri ku ini. Kalau dikira-kira mungkin melibihi buih-buih dilautan mungkin lebih banyak dari butiran pepasir di tepi pantai. Mampukah aku untuk menebus segala dosa yang semakin lama semakin menggunung? Aku sendiri tak tahu.


Sampai satu masa aku sendiri buntu aku sendiri tak tahu apa perlu aku buat. Bertaubat, mahukah tuhan terima taubatku? Dia sendiri mengakui akan menerima taubat selagi pintu taubat masih terbuka. Tetapi kenapa aku sendiri seakan putus asa. Aku sendiri tak tahu. Aku tahu aku memang sudah jauh daripada ALLah SWT. Aku perlu kembali kepadanya, tetapi dalam waktu ini aku sendiri. Aku tak tahu siapa yang boleh membantu aku. Tunjukkan jalan aku untuk lalui supaya aku boleh kembali. Buat masa ini memang aku sendiri, aku masih lagi mencari mereka yang mampu membantu mencari jalan keredhaan. Semoga Allah SWT tunjukkan aku arahnya. Semoga aku tak putus asa. Ya Allah.. bantulah hambamu..
Inilah Kasihku: @sleppar
Share: