Thursday, November 02, 2000

Mulanya Disini


Terima kasih kepada orang yang menciptakan blogger. Berbanding  dengan facebook, blogger lebih penting untuk aku kerana membolehkan aku mengatakan sesuatu dengan jelas. Bidang penulisan memang aku minati pada zaman sekolah dulu tetapi aku banyak didedahkan dengan sains dan matematik membuatkan hasil penulisanku agak lapuk dan berkarat. Tiada siapa yang menghalang untuk aku menulis cuma pada masa itu jurusan sains dan matematik lebih kompetitif berbanding penulisan jadi semua yang seangkatan denganku lebigh cenderung untuk menguasai bidang tersebut.
Pada masa kini, semua bidang adalah ditaraf yang sama. Sudah ramai yang meminati penulisan dimana-mana. Hasilnya berribu-ribu blogsite telah ditubuhkan tidak kira la apa pun temanya. Ada yang hanya memaparkan gambara ada juga yang serius membincagkan isu-isu semasa.Tidak kurang juga blog yang menjadi satu tempat untuk kita mempelajari satu-satu kemahiran yang menjadikan dunia tanpa sempadan ini lebih terbuka.
Pada aku ini adalah salah satu cara untuk ,mengembangkan dunia penulisanku. tampat aku menceritakan kisah-kisah kehidupan masa ini dari kaca pandangan aku. Semoga ada peristiwa-peristiwa yang boleh di jadikan sebagai teladan dan sempadan unttuk para pembaca. Aku berharap apa yang akan ku tuliskan tidak menjadi punca perpecahan dan perbalahan. Kepada yang menyentuh hati atau menghiris kalbu. Aku disini memohon kemaafan semoga segalanya tidak disimpan dalam hati
Share: