INFLUENZA A
Penyakit ni memang mulanya aku sendiri tak amik peduli. Lagi-lagi bila mendapati keluarga aku sehat-sehat belaka. Sampaila satu masa tuh detik bersejarah 23/08/2009 anak kesayangan aku Nur Umairah.. demam panas kena tahan hospital. Dekat Seminngu juga kitorang attavh kat sana. Aku yang tak sakit ni pun jadi sakit jadinya. Mulanya hanya demam panas.. lepas dua tiga hari kemudian demam mulai surut sampai satu masa umairah tak mahu makan dan minum, muntah-muntah. Kemudian mula demam balik. Doktor yang pada mulanya nak benarkan kami pulang terpaksa menahan semula amik darah dan amik mukus hidung untuk rapid test. Keputusan test tersebut buat aku hampir putus nafas. Hilang arah kejap.. tapi penerangan doktor buat aku sedikit lega. "Memang positif Influenza A tapi kami tak pasti ia H1N1 ke tak, kena tunggu result satu lagi. Buat masa ni kita akan monitored dan treat dia macam patient H1N1 yang lain untuk langkah berjaga-jaga", macam ti lah lebih kurang. Umairah memang meragam kalau sakit. Susah sikit nak jaga. Pening aku dibuatnya. Tapi anak punya pasal suma diturutkan sampai kena beli baju baru.. Baju lalalalala... kata dia. Tapi alhamdulillah.. Sekarang dia dah sehat... Cuma dia masih merajuk kalo hantar pergi orang jaga..
Wahai anakku sayang, janganlah buat ibu susah hati. Sayang ibu tak ada bahagi. Hanya dirimu harta dunia.. harta akhirat.. Ibu sayang kamu.. wahai anak-anakku