Hummpphhh.. sekejap jer dah Hari Jumaat. Aku rasa baru semalam hari Isnin.. dan dah tiba masanya kami pindah dari Pusat Bandar Damansara ke The Mall. Walaupun baru setahun aku kerja dan bertapa di Pusat Bandar Damansara ni tapi aku suka keadaan disini.. Lebih tenang walaupun ramai pendatang asing yang ada kat sini (sebab dengan imegresen).. Lebih selessa walaupun susah parking.. Lebih mudah sebab semua benda ada kat sini..
Ramai yang bagi pendapat.. Bestnyer ofis kat The Mall. Boleh shopping.. Tapi diorg tau tak betapa sesasknya The Mall tuh.. Memangla kat situ semuanya ada tapi agak tidak menyernangkan.. Sapalah agaknya yang ‘pandai sangat’ pilih tempat macam tuh… Dah la sesak.. Lif plak, stengah jam baru boleh naik.. Bak kata pengarah aku ‘diorang ni tak survey dulu ker sebelum buat keputusan..??’
Mula-mula aku tak komen apa-apa pun.. yang penting aku boleh buat kerja.. Tapi bila Pengarah ajak buat ‘site visit’. Astarghfirullah-hal-azim.. peeerrrgghhh. Betulla apa Pengarah aku cakap.. Lif memg angin jer tunggu.. Sampai jer penuh.. sampai jer penuh… Silap-silap aku sesat.. Lif ikut tingkat dan lif turun tak sama dengan lif naik..Parking dapat parking kat atas.. Sampai kat atas.. Jangan cam ketamla.. pening.. Kalo korang tak caya cubala.. tapi aku rasa ada yang tau.. nak parking bawah tak leh plak.. penuh..
Tak taula macammana nanti kerja kat situ.. Ada gak yang sesat tak jumpa ofis.. kalo sesat aku balik umah jer terus malas nak cari dah.. Sekarang ni pun tempat kitorang tak siap lagi.. tarikh nak pindah dekat dah,… Taktau la camna..nasibla.. Pengarah dah pening pal.. Lagi-lagi kitorang dah nak gi kursus esok selama 12hari… emmm.. camano tuh..
Cakap pasal kursus plak sian kat puteri aku dorang tuh.. My hubby baru jer berlepas ke Perak kejap tadi gi kursus.. Esok aku plak.. minta-minta diorang tak meragam tinggal dengan nenek dan atuk. Lagipun mak ngah, achik n acu ada kat sana.. jadi ok kot… Aku jer berat hati sebab 2 minggu lama tuh nak tinggalkan dorang. Si kakak plak jenis mencari dan merindu.. Sian dia.. Ibu gi kerja yer sayang jangan nakal.. Hai.. dugaan betul..