Thursday, July 22, 2010

PeniPuan ❝Friends Club❞ : aKu HaMpIr TErtipu


Assalammualaikum.. Selalunya aku cilok artikel dari mailbox aku.. hari ni pun aku nak cilok artikel dari mail box aku.. hahahaha.. kawan aku kasi jadi boleh jadi panduan pada korang yang rasa nak masuk MLM. Aku pernah nak kena tapi aku bernasib baik kerana susah sikit nak percaya orang.. mana taknya dia tawar duirt berbillion-billion. Lu pikirla sendiri..


Saya telah menyertai sebuah agensi yang dipanggil Friends Club. Sebelum menceritakan masalah saya mungkin lebih elok saya memberitahu maklumat tentang Friends Club ini.
Friends Club ini mempunyai pejabat di bandar Sunway. Mereka selalu mengadakan aktiviti mereka di Sunway Pyramid, Berjaya Times Square dsb. Untuk menyertai Friends Club ini memerlukan modal sebanyak RM41k. Caranya, ahli baru mendaftar dengan membuat pinjaman sebanyak 41k dan mendepositkannya ke akaun seorang agen Friends Club yang dipanggil MARQUIS. Saya telah menyertai kelab ini kerana dijanjikan dengan pulangan yang lumayan dan percutian percuma.
Antara perjanjian/pulangan yang dijanjikan adalah:

  • Mendapat rebate RM6000.00 cash selepas menjadi ahli.
  • Sebuah handphone nokia E71 original set (zitron)
  • Mendapat satu set baju korporat berharga RM1500.00 (2 helai kemeja, 1 helai kot, 2 helai seluar)
  • Mendapat pulangan sebanyak sekurang-kurangnya RM8000.00 sekiranya membawa seorang ahli masuk dan melabur sebanyak RM41k.
  • Mendapat barangan hiasan dan wangian dari Lampberger (tidak pasti ejaan yang betul).
  • Mempunyai sistem yang terbaik yang akan memasukkan duit rebate dan komisen setiap 20 haribulan setiap bulan.
  • Sekarang saya terpaksa membayar RM812 sebulan selama sepuluh tahun kerana membuat pinjaman dengan KOWAJA yang mempunyai jumlah terkumpul sebanyak RM96, 000 apabila habis dibayar.

Masalahnya:



  1. Saya tidak diberitahu bahawa saya telah membuat pinjaman, MARQUIS itu memberitahu bahawa itu adalah cuma untuk mengesahkan bahawa tandatangan ke atas surat pinjaman itu adalah untuk pengesahan saya sebagai seorang penjawat awam.
  2. Saya tidak mendapat cash sebanyak RM6000.00 sebaliknya saya hanya mendapat RM2900.00 pada bulan pertama, dan RM2500 pada bulan berikutnya secara deposit ke akaun Maybank (jumlahnya RM5400.00) dan pada masa itu MARQUIS tersebut memberitahu bahawa saya harus membayar RM600.00 sebagai harga 4 keping tiket untuk bakal downline saya dengan rebate RM6000.00 tersebut.
  3. Saya mendapat tahu daripada salah seorang ahli bahawa dia hanya mendapat RM20k sahaja daripada 4 orang yang dicarinya yang juga telah membayar RM41K. Hal ini bermaksud pulangan untuk mendapat pulangan minimum daripada hasil membawa seorang ahli baru bukanlah sebanyak RM8000.00 seperti yang dijanjikan tetapi lebih kurang hanya RM5000.00 sahaja.
  4. Handphone yang dijanjikan bukanlah set original Nokia seperti yang dijanjikan.
  5. Saya masih belum mendapat barangan hiasan dan wangian dari Lampberger tersebut dan set baju korporat setelah 2 bulan menjadi ahli.
  6. Duit yang dimasukkan adalah duit daripada orang atas (upline) dan tidak menggunakan apa-apa sistem, cuma dimasukkan secara deposit.
  7. Cara penyampaian pelan jualan adalah sangat meragukan dan tidak telus langsung, pada awalnya peserta atau prospek baru akan dijanjikan pulangan lumayan serta percutian yang percuma.
  8. Sekarang saya terpaksa membayar RM812 sebulan selama sepuluh tahun kerana membuat pinjaman dengan KOWAJA yang mempunyai jumlah terkumpul sebanyak RM96, 000 apabila habis dibayar.
  9. Saya harap pihak Tuan/Puan dapat mengambil kes ini sebagai satu kes yang berat kerana modalnya amat besar dan saya tidak mahu ramai lagi tertipu seperti saya dan rakan-rakan saya.
  10. Saya juga berharap agar dapat mengambil kembali hak kami kerana kami betul-betul merasakan bahawa kami telah tertipu.
  11. Saya juga berharap siasatan terhadap KOWAJA dibuat kerana dokumen perjanjian pinjaman dibuat tanpa diketahui oleh saya dan mempunyai cap jari dan nama orang lain yang tidak saya ketahui.
  12. Bersama-sama ini saya sertakan dokumen-dokumen yang ada.
  13. Buat pengetahuan pihak tuan/puan juga saya telah melaporkan kes ini kepada KPDN dan SSM tetapi mendapat maklumbalas "kes ini di luar bidang kuasa mereka dan saya dinasihatkan mengambil tindakan undang-undang.
  14. Saya akan memberikan kerjasama yang menyeluruh bagi menyelesaikan kes ini. Di bawah adalah maklumat diri saya."
Source: hamba Allah
******************************
Share: