Friday, September 03, 2010

PeNgesAhan Halal: kEraGuan Ke Atas McDonaLd


Lama jugak aku Tak tengok page editor ni.. Baru sekarang aku free untuk menulis sesuatu.. Banyak yang terjadi.. Banyak plak yang aku nak ceritakan. Tapi tak tercerita kerana tiada masa terluang. Jadi aku amik masa yang singkat ini untuk menyebarkan satu risalah yang menutup segala keraguan manusia yang sukakan restoran ini..


Tolong sebar dan luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan
agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status
halal-haram restoran dan makanan :-

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

  1. McDonald
  2. A&W
  3. Secret Recipe


Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal
mematuhi syarat dan piawaian halal :

  1. Victoria Station
  2. Kam Lun Ta
  3. Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

  1. San Francisco Steakhouse
  2. Chicken Rice Shop
  3. Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM .

  1. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
    adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau
    Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali
    kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya
    disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
  2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh
    Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM
    .
  3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :>

    1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus
      bagi yang berpenyakit sahaja.
    2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
    3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
    4. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. .
    5. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut
      yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah
      halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna
      tersebut
      telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan
      tertulis
      pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian
      jenis yang
      Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya
      tidak boleh
      dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri
      tidak pernah
      mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia
      dikilangkan di
      luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan
      sijil halal untuk
      produk yang diproses di Malaysia sahaja .
    6. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang
      telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan
      supplement
      dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan
      telah dipastikan
      soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi
      produk jenama
      Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah
      mendapat pengesahan
      halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul
      yang digunakan itu walau
      pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak
      diketahui sama ada lembu itu
      disembelih atau tidak. Produk yang tidak
      mendapat pengesahan halal ini adalah
      kerana itu adalah produk import, maka
      pengedar dan pengeluar bertanggungjawab
      mendapatkan pengesahan halal dari
      badan Islam di negara asal produk tersebut
      diimport.
  4. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan
    halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan
    dan
    minuman yang disediakan di restoran ini.
  5. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal
    kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak
    halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC
    menghidangkan
    makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam
    Kwan’s, Spring
    Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza,
    Kelantan Delights,
    Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s
    Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan
    , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park,
    Dome Café, Genki Sushi, Gloria
    Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San
    Francisco Steak House/Santini.
    Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di
    KLCC tidak ada yang mendapat
    pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua
    restoran yang disenaraikan itu.
  6. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama
    Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak
    pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
  7. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan
    yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat
    pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal
    yang
    digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat
    pengesahan
    halal JAKIM secara khusus.
  8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal
    JAKIM .
  9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran
    Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk
    yang dijual.
  10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball
    dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat
    pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah
    mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi
    peraturan halal JAKIM.
  11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua
    bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah
    memohon
    pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan
    atau produk
    di tempat tersebut.




Sekarang dah pasti kan..
Share: