Monday, October 03, 2011

Hari Raya 2011

السلام عليكم ورحمة الله

Akhirnya selepas sebulan berpuasa sekarang dah tiba hari raya. Walaupun aku taklah sangat tunggu2 hari raya macam masa kecik-kecik dulu tapi persiapan raya tetap kena juga buat kerana aku telah pun berkeluarga. Nanti laki aku membebel dari pagi sampai habis raya.. Jadi oleh kerana tahun lepas kami buat ala kadar jer.. Tahun ni lebih sikit tapi takda la membazir.. dulu kuih raya ada sejenis jer taun ni aku tambah dua jenis lagi.. Hehehehe.. Kuih tunjuk..
   
 



Pagi raya seperti biasa kami akan ke rumah Mak mentua pun. Bukan jauh pun sekangkang kera jer.. Dah la semua orang balik kampung jadi lengang sikit kawasan Klang ni. Kawasan perumahan aku pun sunyi sepi jer. Beginilah rasanya takda kampung, tinggal kitorang jer.. Sampai rumah mak mentua, dia masih belum balik dari Sembahyang raya. Tengok kakak ipar tengah kelam kabut sediakan anak dia dengan anak jaga mak mentua aku. So aku kata pergila siap aku jaga anak buah aku dengan baby ni. Laki aku tak da lain isi perut dulu la. Tahun ni plan lain sikit memandangkan nenek dah tak da so sebelum pergi rumah mak aku kena singgah kubur kat Cheras dulu. Sedih juga bila fikir sekurang-kurangnya En suami dan ibunya masih boleh melawat kubur nenek bila ada masa lapang, kubur opahku kat kampung tak pernah sekali aku melawat. Kat mana pun aku tak tau. Aku tak pernah gi tengok sebab ada jer kekangan. Itulah bila dah berkahwin. Orang cakap itu bukan alasan tapi bila dah ada suami ni kalau dia kata tak boleh. Sampai dia cakap boleh la baru boleh. Maybe tahun depan aku nak heret dia balik Kuala Pilah, padan muka dia.

Macam biasa bila kat kubur mestilah sedekahkan alfatihah dan doakan simati aper-aper yang patut. Tak terfikir plak masaorang tengah sebuk bersedih dan menginsafi diri ada juga orang yang tak insaf-insaf sampai sekarang. Abis cermin kereta aku diketuk orang. Retak 3ribu jadinya cermin segitiga kereta aku. Tak tau aper dia nak amik. Kalau si pencuri tu baca blog ni. Woit bangang. Dalam kereta tu seposen pun susah nak cari dalam kereta tu. Sebab orgnya terlampau kaya, semua dia bayar kad hutang.. Boleh tak jangan buat lagi. Membazir tenaga jer. Nasib baikla kereta tu ada safety tinted jadi dia tak berderai terus. Lagipun aku rasa dia tak sempat nak buat sebab ada orang nampak. Sebab dari siasatan dia ketuk sekali jer.. Takda kesan kopek plak. Yang orang tu plak tengah siang2 buta dan ramai orang tu dia sebuk nak mencuri.

 Beginilah gayanya cermin yang diketuk tersebut..

Takperla, itu dugaan syawal. Selepas balik dari kubur kami terus ke rumah mak aku. Lagi sempoi dorang ni. Baju raya beli sampai beratus-ratus tapi tak pakai, mak aku ada gak excuse tak muat. Mana taknya baju dia susah nak cari saiz. Baju siap.  Memang dah jadi kebiasaan sejak kami-kami dah besar ni, jarang nak amik kesah sangat pagi raya. Kadang selebet jer dengan baju tshirt dengan seluar. Hehehe that's my family..

Share: