Phew.. Aku sendiri kurang mengerti kenapa aku berada disini. Aku pun xtau apa fungsinya aku kat sini. Tapi yang pasti aku dah ada kat sini dari semalam lagi di De Palma Hotel Kuala Selangor ini yang berakhir esok.. Aku pun malas nak fikir kenapa. Yang pasti aku dtg sini nak enjoy je.. Pergi mampus ape nak jadi.. Duduk dengan amy aku jadi bertambah tak betul. Dah la bilik kecik, katil single.. Takda kain untuk lantai bilik air. Sabunnya mcm sabun basuh.. Syampoo cam bau dynamo. Aduh tension beta.. Sarapan memg hampeh tak sedap.. Naseb baik makan. Tengah hari memang kelas. Tengahari tadi aku makan siput sedut masak lemak, goreng pucuk paku, sambal udang dengan petai, ikan keli masak dengan cili.. Dahla duduk bersila
peeeeerrrrgggghhhh... Selera aku makan.. Sedangkan aku dah start nk try kurangkan berat badan..
Perjalanan aku kesini semalam agak biasa cuma yang menariknya kasi singgah sebentar di Bukit Malawati.. Itupun secara tidak sengaja.. Kalau tidak sepanjang hidupku tak pernah nak tergerak melawat kawasan itu. Dulu kalau mengajak keluargaku ke sana mereka pasti mengelak kerana ingin segera pulang kerumah.. Nak dijadikan cerita ini semu kerana tersesat jalan.. Signboard hotel yang ditunjukkan agak mengelirukan sehingga shikin tersesat ke atas Bukit Malawati.. Tapi tak mengecewakan kerana tak ku sangka pemandangan dari atas bukit ini amat menarik dan cantik.. Walaupun tiada apa yang menarik tapi saujana mata memandang buat aku terpegun dengan keindahan Alam ciptaan tuhan.. Padanla sejarah mengatakan bukit tersebut sebagai sebuah kubu perang.. Ini disebabkan dari jauh kita boleh melihat jika ada musuh yang mendarat di pesisiran pantai.. Sangat mengujakan.. Petang di Kuala Selangor dibasahi hujan.. Jadi tiada peluang untuk aku mandi kolam renang. Keadaan sejuk memaksa aku hanya memerap dalam bilik.. Paling tak disangka terdapat keluarga-keluarga kera dan monyet yang memenuhi kawasan sekitar hotel. Ada diantara haiwan tersebut amat jinak dan takut pada manusia.. Nasib baik shikin tak dipeluk cium oleh seekor kera. Yang ada di situ, tapi sempat juga dia bergambar dengan beberapa ekor yang tidak lari bila didekati oleh manusia..
Masih ada lagi satu hari untuk aku habiskan sebelum kami bersurai. Aku dah tak sabar untuk pulang kerana aku berasa amat bosan disini Tapi keadaan tenang di sini buat aku rasa lebih tenang dan rehat.. Paling aku tak sanggup bila melihat wajah anak-anakku di tekefon bimbit.. Memandangkan mereka kini duduk dengan ibuku sempena cuti sekolah. Jadi aku jarang bersama mereka sedangkan selama ini mereka tidur tiap-tiap malam dibawah ketiak aku ni. Semakin rindu plak aku rasa.. Cepatla habis aku dah tak sabar hendak pulang ke rumah..