Wednesday, February 15, 2012

10 Perkara Merosakkan Otak

السلام عليكم ورحمة الله
Kredit: Rindok.com [Facebook]

Ada 10 perkara yang kita ambil mudah tetapi sebenarnya merosakkan otak kita. Ia boleh menyebabkan otak kita jadi lemah, lembab dan kemungkinan besar membolehkan kita jadi gila. Kalau rasa asyik sakit kepala jer cuba tengok balik apa agaknya yang menyebabkan kita sakit kepala. Jadi apabila sudah tahu kita boleh mengubah cara hidup kita supaya kita menjadi lebih cerdas untuk masa akan datang. 10 perkara tersebut adalah seperti yang berikut:
  1. Tidak mengambil sarapan pagi - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dankeseluruhan otak akan jadi kurang aktif sepanjang hari tersebut.
  2. Terlebih makan - Tidak bermakna makan berlebihan akan menjadikan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan  darah banyak mengalir ke Usus dan perut untuk proses pencernaan, menyebabkan kekurangan darah sampai ke otak. Ini menyebabkan mengantuk malas dan hilang daya fokus.
  3. Merokok - Asap rokok sangat berbahaya kerana ia mengandungi pelbagai jenis racun dan boleh membunuh banyak sel
  4. Mengambil gula berlebihan - Gula berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat
  5. Menghidu udara yang tercemar - Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak
  6. Tidur yang berlebihan - tidur adalah baik untuk otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
  7. Tidur dengan menutup muka - Tidur sambil meniarap dengan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen 
  8. Kurang berimaginasi -  Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
  9. jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktid. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
  10. Tidak membaca Al-Quran - Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannnya daripada rosak. tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
Jadi renung-renungkan.. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik.. ( >-< )

Share: