Wednesday, December 29, 2010

mAjLiS IlMu::CeriTa NAbi NUh A.S


السلام عليكم ورحمة الله

Emmm... Aku tergerak nak tulis sesuatu disini sebab bila selak-selak diary 2010 terjumpa satu memo untuk menghadiri majlis ilmu, ceramah "Kepenggunaan dalam aspek Islam" pada hari Jumaat yang lepas anjuran KPDNKK. Dah lama dah sebenarnya aku nak kongsi dengan korang apa yang aku dapat masa pergi majlis tu tapi tak teringat plak until aku terjumpanya kembali..

Mula-mula majlis amat membosankan, bukan aper.. Ustaz yang bagi ceramah tu datang lambat so diorang buat majlis perpisahan diorang (KPDNKK) dulu. dah la ramai yang belah. terhegeh-hegeh plak bagi ucapan lah aperla.. Aku dah macam nak balik dah.Tapi nasib baik tuhan menetapkan hati aku untuk terus berada kat situ. Jadi aku pun tunggu..

Tunggu plak ustaz tu bersiap-sedia nak bagi ceramah dah satu hal. Ada jer buat aku geram.. Tapi tak per stay lagi.. Kebanyakkan yang dia ceritakan adalah biasa yang selalu aku dengar dekat majlis agama sampaila satu part dia cerita pasal Nabi Nuh A.S yang kena buat kapal untuk persediaan banjir haritu. Ada cerita yang kita tak tahu (or aku tak tahu) disebaliknya. Lebih kurang gini la ustaz tu cerita

"Nabi Nuh A.S meminta 4 orang yahudi untuk membina bahtera yang telah diwahyukan oleh Allah. Maka Nabi Nuh A.S membuat perjanjian dengano orang2 yahudi itu.
Setelah perjanjian dimeterai. Anak perempuan beliau telah keluar untuk menghidangkan minuman. Maka terpukau keempat2 yahudi itu dan meminta untuk mengahwini anak perempuan Nabi Nuh A.S. Jika tidak mereka tidak akan membina bahtera tersebut. Nabi Nuh A.S meminta pertolongan Allah SWT untuk menyelesaikan perkara tersebut. Dengan izin Allah SWT, tiga daripada haiwan Perliharaan Nabi Nuh A.S iaitu kucing, keldai dan kuda menjadi mirip-mirip seperti anaknya lalu dikahwinkan dengan orang-orang yahudi tersebut
Dipendekkan cerita 3 daripada orang-orang yahudi tersebut menghadapi masalah dengan isteri mereka dan selalu balik awal. Mereka mengadu pada Nabi Nuh A.S dan beliau menasihati menantu2nya supaya belajar melayani isteri2 mereka daripa tiga binatang tersebut iaitu kucing, keldai dan kuda. "
Cerita tu cerita biasa jer tapi sebenarnya kaum hawa pada hari ini kebanyakkannya mewarisi perangai-perangai tersebut. Ustaz tu kata cuba la tengok kalo yang manja-manja semacam lepas tuh kalo asyik nak habuan jer itu kucing la tu. Lagi-lagi kalo kena pukul mesti lari rumah.. itu kucing. Kalo keldai plak rajin sangat kerja. Tak kesah berape banyak kerja pun buat.. Tapi jangan marah. Kalo marah mesti melenting terus merajuk tanak buat aper-aper pun. Keldai la tu. Kuda plak jenis yang suka sangat berjalan. Kalo korang perati bebetul memang pun kalo kuda tak bawa berjalan atau berlari mau mati kuda tuh.. Jadi kalo hujung2 tahun kita tak bawa si Hawa ni berjalan dia sakit jer, baik ajak dia gi melancong. grenti sehat dia.. hehehehehe

Itu satu siri yang buat aku terjaga sikit dalam majlis ilmu tu yang kedua plak tentang keberkatan rezeki yang kita dapat, Gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan berkat ke tak. Tang tu memang wallah-hu- alam. Tapi ustaz tu beritahu yang rezeki yang kita dapat tu berkat bila ia boleh di bahagi kepada tiga :
  1. Kegunaan Harian (bayar hutang semualah)
  2. Bersedekah
  3. Simpanan
Humm.. nampak cam mudah tapi aku nak tanya korang pernah ker cukup untuk tiga-tiga ni.. Aku.. jangan tanya .. renung-renungkan

P/S: Aku tulis ni bukan nak aibkan sesiapa sekadar nak berkongsi benda yang baik.. Aku pun manusia juga . Credit to : Y. Bhg. Ustaz Abdullah bin Mahmud

Share: