Wednesday, March 02, 2011

Kursus yang lama

السلام عليكم ورحمة الله

Lama rasanya duduk di Melaka ni. Walaupun dua tiga hari lagi nak balik untuk hujung minggu tapi aku masih lagi rasa masa ni lambat jer berlalu. Kerja kumpulan pun dah dapat. Tengah kelam kabut la menyiapkan tugasan yang diberikan.. Emm tu la awal-awal tanak buat. Enjoy jer.. Mandi kolamla.. main bola jaring la.. tapi ok juga.. takdala bosan sangat duduk sini.. Lagipun bukan susah sangat nak buat tugasan tu.. Penyakit 'M' jer yang lebih.. Ini pun dalam sibuk buat tugasan kewangan. Aku sempat lagi meng 'update'

Mana taknya lama sungguh aku tak update blog.. Siang kelas.. Malam tugasan.. FAcebook.. Cityville..Farmville.. hehehe.. semualah.. Ini baru jari aku ni laju bercerita.. Aku duduk sebilik dengan cik Ashkin Wahab.. JAdi bila duk ngan dia ni.. Aku jadi tak duduk diam.. Ada jer tempat aku merayap.. Takdala semua tempat.. Tapi Setakat Banda Melaka dengan Taming Sari.. dah sampai dah..Mydin.. Kedai Dobi.. Mc Donald kat Melaka aku pun dah tahu.. Air Kolam renang tu kenyang dah aku minum.. hehehehe.. tak senonoh betul..

Dalam seronok melayan kat sini.. Aku akui yang aku sangat-sangat rindukan anak-anak dan suami. Walaupun bertengkar tu dah jadi makan asasi kami tapi tanpa dia dan anak-anak aku rasa sunyi. Rasa hidup ini tak lengkap.. Nak buat apapun cam takda sebab tak ada tujuan.. Cik Ashkin pun sama.. Rindu betul kat 'Ibu' dia.. Dah hari-hari berperang.. Sehari dua rasa aman la.. tapi lama-lama rindu dan sunyi juga. Pada 'Ibu' Nuha.. Ekin sememangnya RINDU BANGAT kat Ibu cuma dia tak mahu mengaku.. Okla rasa dah sampai masa aku kena mengundur diri dan kejap lagi kelas pun nak start.. Semoga apa yang kami hadapi nanti berjalan licin dan lancar. Semoga tuhan memberkati yang yang kami belajar disini.. Amin.. Renung-renungkan..


Share: