Friday, August 26, 2011

Puasa sebagai penyembuh penyakit

السلام عليكم ورحمة الله
Puasa sebagai penyembuh penyakit:: Dr Rasyad Fuad as Sayyid

 Dr Rasyad Fuad as Sayyid membicarakan tentang kenapa dan mengapa All SWT mesyariatkan manusia kepada puasa didalam buku ini. Disebalik syariat yang wajib dijalani oleh setiap umat Islam ia juga satu amalan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit di dunia.


Puasa memang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak zaman berzaman kepada umatNya yang terdahulu.. Setiap manusia tak kira agama akan berpuasa mengikut cara masing2.. Contohnya bangsa yahudi berpuasa pada setiap hari selasa rabu dan jumaat bagi menghapus dosa dengan menyiksa diri.. Begitu juga berpuasa pada asyura bg penganut agama nabi isa bg mengingati hari penyaliban baginda.. Org nasrani juga berpuasa sehingga 40 hari bagi menguji ketaatan kepada tuhan mereka dan juga supaya mereka merasa derita kesusahan bagi menghapu segala dosa.
Bukan hanya manusia binatang juga berpuasa seperti binatang yang berhibernasi pada musim sejuk.. Ular air yang berpuasa selama enam minggu selepas melahirkan anak dan lain-lain cara binatang berpuasa.
Banyak khasiat yang kita dapat dgn berpuasa. Selain merehatkan organ dalaman dari bekerja. Ia juga mengeluarkan sejenis cairan yang dikenali sebagai melatonin yang menjadikan manusia awek muda dan cantik..
Menurut kajian saintifik doktor2, berpuasa dapat menjadikan manusia lebih tahan daripada penyakit.. Jika kita lihat bahawa org yang akan mnjalankan pembedahan akan diminta utk berpuasa sebelum pembedahan..
Terdapat juga beberapa tips utk org berpuasa:

  1. Jika hari panas jangan minum air. Terlampau banyak kerana senang terhidrat.. Makan banyak buah dan glukosa
  2. Jika musim sejuk jgn n memberi tenaga dan kurangkan makan garam dan pedas
  3. Buka puasa dengan barangan yang manis dan air masak, sebaik-baiknya buah-buahan agar senang dihadam..
  4. Selepas berbuka dgn buah dan air, jalan kan solat atau berehat utk membiarkan usus besar bersedia utk mula bekerja. Kemudian baru sambung dgn makanan yang berat.
Buku ini bagus bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan berat badan mereka. Jika mereka betul-betul mengikut adap ketika berpuasa, mereka boleh mengurangkan 5kg dalam satu bulan. ini lebih baik dari menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi kesan sampingan.
Share: