Wednesday, August 24, 2011

Cerita : Bicara Hati Seorang Isteri Part 4

السلام عليكم ورحمة الله

Tangan menari2 menyemaskan meja lepas makan malam. Anak-anak sibuk menghabiskan sisa makanan. Aku ingin mengeluh tetapi hanya bersabar dgn karenah mereka.. Si suami dah sedia di depan kaca tv.. Sesekali aku mengerlingnya yg tak lekang dgn telefon bimbit di tgnnya.. Hati berbara tetapi aku masih menanti tindakan selanjutnya.. Aku ke dapur membasuh pinggan mangkuk yang dah dua hari tek terusik. Sengaja kutinggalkan utk melihat siapa yang akan menyentuhnya. Telahan aku tepat akhirnya aku sendiri terpaksa menggerakkan tangan mencuci semuanya.
Tiba-tiba aku tersentap. Dia akhir tugasku aku terpandang si suami tersengih2 smbil telefon terlekap di telinganya. Spontan kain yang mengelap meja melayang hinggap atas kepalanya.. Aku hanya merenungnya tepat. Dia meletakkan telefon..
'Dia kawan jerla.." Suara yang terkeluar dari bibir si suami bagaikan angin lalu..

Aku terus ketingkat atas.. Aku bukan jenis suka untuk mengherdik dan memekik. Panggilannya tidak ku peduli.. Aku terus mengunci pintu.. Airmata bagaikan hujan turun tidak kusedari.. Akhirnya aku menangis.. Aku lepaskan segalanya dalam tangisan aku. Aku sendiri xmengerti mengapa dia membuat aku begini. Aku tahu aku banyak kelemahan.. Tapi aku tidak cacat, tidak pula mandul. Bahkan dia juga ad kelemahan dan kadang kala menjengkelkan tapi tak pernah sihati ini terniat untuk mengkhinati dirinya. Walhal teman sekerja bertanya kerja pun sudah cukup buat dia cemburu dan curiga. Telefon aku tak pernah berbunyi di mlam hari.. Kalo ad pun mesti dari kampung.. Aku hilang akal, buntu. tak tahu aper yang perlu lakukan lagi. Pintu diketuk bertubi ku rasakan bagaikan pukulan ke hati.. Fikiran ku kusut dan berserabut. Kenapa mesti dia sakitkan hati selepas semua yang telah aku lakukan.

Pagi esoknya aku tak menunggu lama. Aku himpunkan semua pakaian kedalam beg lalu disumbatkan dalam bonet kereta. Anak-anakku ku bawa sekali. Mereka hanya akur. Aku sudah tidak nampakk apa-apa lagi selain dari tidak lagi berada disampingnya. Hati aku berasa berat tapi apakan daya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tidak pernah aku rasakan sebegitu teruk dikecewakan. Aku rasakan langit bagai runtuh menghempapku.

Perjalanan ke rumah mak amat jauh aku rasakan. Lagu dimainkan radio hanya menambah luka ke dalam hati. Aku menutup radio. Air mata tak berhenti menitis aku kesat tanpa henti. Anak-anak bagai memahami hanya duduk mendiamkan diri walaupun mereka selalunya tidak duduk diam. Sampai diselekoh masuk simpang ke rumah ibuku aku mengesat sisa-sia kesedihan diwajahku. Nanti banyak pula soalnya. Aku tidak tunggu lama di rumah ibuku hanya sekadar meninggalkan anak kemudian aku beransur membawa hati. Semua pertanyaan ibu bagai angin yang lalu. Sepatah pun aku tak jawab. Aku hanya terus pergi membawa hati yang cedera parah dilanggar suami sendiri. Beginikah berakhirnya segalanya..? Tak pernah terlintas di fikiran  ini..

Share: