Wednesday, November 16, 2011

Kapal Layar untuk dijual..

السلام عليكم ورحمة الله
Hendak beli sebuah kapal layar. . Jika anda beli kapal ini yang juga dikenali sebagai "island yacht", sila jemputlah saya untuk perlayaran sulung anda.



Tak percaya.. Sebuah pulau telah di bina di atas sebuah kapal layar. Ia telah di inovasikan oleh sebuah syarikat pereka bentuk kapal layar  (Yacht Island Designs), dengan membawakan seluruh suasana pulau ke atas sebuah kapal layar..


reka bentuk tersebut diinspirasikan oleh suasana Pulau di kawasan tropika, dengan adanya pondok-pondok istirehat yang comel, kolam renang sebagai laut, dan sebuah gunung berapi yang tidak akan meletus. Memandangkan ia sebuah Kapal Layar yang mewah ia juga dilengkapi dengan bilik istimewa untuk VIP, arked, gimnasium, tempat istirehat, spa dan tak lupa juga lapangan helikopter. Kehadiran gunung berapi di atas kapal layar itu nampak cantik, tambahan air yang mengalir menuruni gunung terus ke kolam mencantikkan lagi pemandangan dan menaikkan lagi suasana di kawasan tropika.
pandangan dari atas

kolam yang agak luas

Di belakang kkapal tersebut yang mempunyai dek pantai yang fleksible membolehkan struktur tersebut terapung di permukaan laut membolehkan penumpang berenang dan juga melakukan pelbagai aktiviti air seperti meluncur air dan bermain jetski. Konsep yang dipaparka pada kapal layar ini sangat menarik dan diharap apabila ia dibina ia akan tampak lebik menakjubkan.



Dek pantai yang boleh terapung


Suasana bagaikan dikepulaun tropika

Syurga Dunia..
Share: