Thursday, November 17, 2011

China Magic Hardisk


Perkara ini banyak disebarkan diemel dan blog. Tetapi ramai yang tak percaya perkara ini ada di Malaysia. Pengguna diminta untuk berhati-hati takut menyesal nanti

Terjadi kepada seorang pengguna di Russia ini. Dia baru sahaja membeli HDD bersaiz 500GB dengan harga yang begitu murah di China. Namun apabila menyimpan sebuah filem dan bila dimainkan hanya 5 minit sahaja filem itu boleh dimainkan. Lalu dia menghantar ke kedai berhampiran rumahnya untuk ditengok-tengokkan.




Pekedai tersebut juga rasa binggung kerana jumlah HDD tersebut masih kosong tetapi setiap kali dia memasukkan data hanya sebahagian sahaja boleh di capai. Pekedai itu berkeputusan itu membuka penutup HDD tersebut dan hasilnya adalah seperti di bawah:



Ianya hanyalah sebuah Pen drive bersaiz 128MB. Saiz yang terpapar dikomputer sebanyak 500GB adalah dummy kepada komputer yang dihasilkan oleh controller yang tertanam dalam pen drive. Begitulah HDD buatan China yang murah ini berakhir walaupun harganya murah. Berhati-hatilah.

Share: