Thursday, December 15, 2011

TengkuSophia : Penghinaan Islam Melalui Twitter

السلام عليكم ورحمة الله
Rujukan: BerryRude


Kehadiran seorang wanita Indonesia di Twitter dengan nama TengkuSophia, agak menggemparkan bumi Malaysia dan terus menjadi Trending Topic kepada rakyat Malaysia dan mendapat tempat ke 5. Perbalahan antara wanita tersebut dengan rakyat disekelilingnya (Singapore, Brunei dan Malaysia) menjadi hangat apabila topik yang berasal dari menuduh rakyat Malaysia pencuri. Berakhir dengan kecabulan mulut wanita itu menghina agama Ilam dengan mencaci dan memaki Allah SWT dan Nabi Muhammad SWT. Ini membangkitkan lagi kemarahan warga twitter bukan sahaja orang Islam juga bukan Islam. Daripada kajiselidik yang dibuat, TengkuSophia tidak menggunakan nama sebenar dan gambar yang digunakan merupakan gambar samaran. Semua gambar yang berkaitan dengan dirinya telah di alihkan atau dihapuskan untuk menjaga keselamatannya. Keluarga kahwin campur, Ibunya seorang kristian dan ayahnuya seorang islam dan sangat membenci Malaysia, Brunei dan Singapore. Ramai rakyat Malaysia berperang tweet dengannya kerana lancang mengutuk dan mencaci perkara yang berkaitan dengan agama islam. Berikut adalah captcha yang saya ambil dari blog berryRude:

Mula


tengah
lagi

dan lagi


Disini aku bukan untuk menaikan kemarahan sapa-sapa. Aku pun rasa sebal dan geram bila ada yang mempermainkan dan memaki agama Islam tetapi kita masih lagi Islam. Dengan melawan kata-kata dengan orang Islam, membalas kutukan semata-mata. Perlu ada hikmah di sebalik kata-kata yang dikeluarkan. Kalau kita membalas dengan cacian semata-mata ia tidak akan menyelesaikan masalah malahan ini menunjukkan lagi keburukkan akidah Umat Islam. Daripada pemerhatian aku wanita ini hanya melakukannya untuk suka-suka dan takut untuk menyatakan yang benar. Jika tidak kenapa mesti menggunkan samaran dan menyorokkan dirinya yang sebanar. Dia juga takut di baling batu jika kelaur rumah jika warga twitter yang mengenalinya. Jadi pedulikan sahaja apa yang hendak dikatakan oleh nya. Nanti lama-lama wanita ini akan diam sendiri. Biarkan anjing menyalak bukit, takkan kemana dirinya bila dia dimurkai Allah SWT. Kita tahu akan nasibnya kita patut bersedih dan mengasihaninya kerana tiada lagi hidayah yang akan tiba untuknya. Jika si dia membaca rencana ini, minta si empunya diri minta maaf kepada masyarakat Islam dan insaf. mungkin dirimu sukar menerima Islam tetapi hormati orang disekeliling kamu kerana merekalah maka kamu masih lagi ada di muka bumi Allah SWT ini..


Share: