Tuesday, May 03, 2011

Sengketa Antara Kita

السلام عليكم ورحمة الله
Perlukah si anak mengikut sama jika ibubapa bergaduh anak beranak. Itu pun bukan perkara yang besar dan penting. Dan semua cerita adalah sama, isu yang sama kalau tidak kerana harta yang tak seberapa.. Yang paling tidak boleh digunapakai apabila mereka yang langsung tidak ada kena mengena yang terlebih-lebih mempertikaikan harta tersebut..  Penat rasanya mendengar, mengambil tahu. Tapi kalau tidak dilayan ada pula yang merajuk hati.
Pada mulanya, si anak memang tak mahu mengambil tahu. Tak mahu berbalah kerana isu yang langsung tak berkait dengannya tetapi oleh kerana yang sebelah sana satu keturunan memusuhinya, secara tak langsung dia juga terlibat sama.. Bukan itu sahaja, apa sahaja yang berkaitan dengan harta-benda  ini pasti menjadi isu besar antara saudara. Hingga si anak terasa dan bersalah.. Si anak bukannya kesah.. Harta dunia tak kemana. Tak mampu nak menipu kalau bendanya ada. Kalau tak ada.. Tak ada la jawabnya. Kesah dihati ini nak ikut kata hati atau kata ibu.  Kadang-kadang,kata ibunya betul.. Pedulikan saja mereka tu.. Kalau kita nak pinjam barang dia.. Bagai pencuri dibuatnya kita. Punyalah payah..
Punyalah susah untuk kita menyentuhnya. Tetapi kalau harta kita manisnya mulut berbicara. Meminta-minta, rasa segan silu semuanya hilang. Apa yang pernah dibuat pada kita suma tak ingat. Semua benda jadi halal. Tetapi sampai bila itu semua akan jadi adat keturunan kerana harta sekangkang kera, kerana harta setinggi busut. Darah yang sama mengalir tubuh terpisah kerana sikap dan sifat.
Kesian si anak. kelirutak tahu apa yang harus dilakukan.. Nak telan mati emak, nak luah mati bapak. Nak dimusuhi itu saudara nak dipeduli itu derhaka.. Humm.. Hanya keluhan demi keluhan.. Semuanya terus menghimpit diri.. Apa agaknya kesudahannya.. Perlukah terus hidup terhimpit begini..
                                        
Serabut dan Blur.. Selalunya aku jarang berkeadaan begitu.. tapi sejak semalam aku rasa sampai aku tengok kartun pun aku tak faham aper.. Untuk meregangkan sikit keserabutan ni aku so aku layan maharaja lawak... Ada yang kelakar.. Ada gak yang buat aku makin serabut.. seronok juga aku tak sangka melawak ni kena guna otak juga kalau tak orang tak gelak.. Sebab lawak ntah hapa-hapa.
Share: