Friday, January 27, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Karenah anak
Saturday, December 03, 2011
Retreat Sektor Pengurusan dan Kewangan : Last Day
| Sila gelak, jgn tak gelak |
السلام عليكم ورحمة الله
| Cinta dua dunia |
Tuesday, August 02, 2011
The Crowded Sunday..
Tuesday, May 03, 2011
Sengketa Antara Kita
Perlukah si anak mengikut sama jika ibubapa bergaduh anak beranak. Itu pun bukan perkara yang besar dan penting. Dan semua cerita adalah sama, isu yang sama kalau tidak kerana harta yang tak seberapa.. Yang paling tidak boleh digunapakai apabila mereka yang langsung tidak ada kena mengena yang terlebih-lebih mempertikaikan harta tersebut.. Penat rasanya mendengar, mengambil tahu. Tapi kalau tidak dilayan ada pula yang merajuk hati.Pada mulanya, si anak memang tak mahu mengambil tahu. Tak mahu berbalah kerana isu yang langsung tak berkait dengannya tetapi oleh kerana yang sebelah sana satu keturunan memusuhinya, secara tak langsung dia juga terlibat sama.. Bukan itu sahaja, apa sahaja yang berkaitan dengan harta-benda ini pasti menjadi isu besar antara saudara. Hingga si anak terasa dan bersalah.. Si anak bukannya kesah.. Harta dunia tak kemana. Tak mampu nak menipu kalau bendanya ada. Kalau tak ada.. Tak ada la jawabnya. Kesah dihati ini nak ikut kata hati atau kata ibu. Kadang-kadang,kata ibunya betul.. Pedulikan saja mereka tu.. Kalau kita nak pinjam barang dia.. Bagai pencuri dibuatnya kita. Punyalah payah..
Friday, March 18, 2011
FERNO konvoi to MELAKA..
Wednesday, November 03, 2010
4 YeaRs Old UmaIRAh

Susah betul nak mengupdate… Sekarang baru ada masa. Kerja kalo nak diikutkan memang tak sudah-sudah. Kadang nak makan tengah hari pun tak sempat. Tension pun ada juga.. Tapi apa nak buat dah kerja.. Lagi-lagi bila dah akhir tahun semua tengah kejar dateline. Nak siapkan projek n nak kejar payment.. Memang sampai la ni tak cukup tangan. Tambahan Network tempat tengah ubah config jadi semua kena ubah.. kelam kabut juga la aku..
Hummphhh… hari minggu memang kami jarang ada kat rumah.. Kalo tak pergi rumah mak aku mesti pergi rumah mak mentua.. Kalo tak pergi pun mesti ada tempat yang kami tuju. Minggu lepas istimewa sikit sebab harijadi Umairah. Kami tak ada la buat aper-aper yang istimewa tapi bawa juga la dia berjalan. Pergi secret resepi beli one slice of cake dia kongsi dengan adik dia. It's normal tapi yang aku tak boleh lupa muka dia masa kami nyanyi lagu bestday pada dia.. Dia malu-malu kucing comel sangat.. Sampai hari ni aku leh senyum bila teringat muka dia..
