Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts

Thursday, December 06, 2012

Po Chai pills , anti-heaty tea and herbal steamed eggs

Salam,
Memang dah lama Ubat  tau Pil tu ada kat pasaran.. Aku memang tak minat pil ni sebab kotak dia tak menyakinkan.. Tapi aku pernah makan sekali sebab sakit perut yang amat sangat. Jadi Aku tak da la ralat sangat. Yang musykilkan aku kenapa Kementerian Kesihatan tak pantau dan buat ujian terhadap produk ni. Takan bleh main jual jer kat pasaran hummpphh..

Hong Kong Pulls Po Chai Pills because of Health Risks, Morning Post Says
2010-03-25 01:49:27.289 GMT  By Frederik Balfour
March 25 (Bloomberg) - Hong Kong 's Department of Health has instructed traditional Chinese medicine maker Li Chung Shing Tong (Holdings) to recall Po Chai pills after they were found to contain banned substances in Singapore, the South China Morning Post said.
The pills, popular among sufferers from digestion problems, were found to contain phenolphthalein and sibutramine, substances that can lead to serious side effects, according to a department spokesman, the newspaper said.
"Po Chai"
(see images below) have been banned in Singapore . They are also being recalled in Hong Kong .
Apart from the two dangerous chemicals (phenolphthalein and sibutramine) found by the Singapore Govt., mercury is another component used in the manufacture of the pills !  
Mercury can cause serious brain damage: http://en.wikipedia.org/wiki/Minamata_disease



The following is prevalent in Malaysia and Spore.
At shop malls, do not drink the drink sold from the Chinese golden drums, those little shop with rich-looking urns selling those "anti-heaty" tea and tea & herbal-steamed eggs.

As well, by roadsides everywhere, where the guy asks if you would like to kar liew (add powder)

THAT POTENT ANTI-HEATINESS WORKS, BECAUSE IT'S LACED WITH STEROID POWDER.
 
Pass this message to friends and family.

Consume it often, and your bone marrow will go porous and weak.
My friend's wife, in Pudu, is now with one leg shorter after hip-joint reolacement. She is 40-over years, and drank jln.Pasar's "kar liew" for years  

Pls pass this info to Chinese comunities overseas esp in N. America,Europe, Australia , SE Asia (eg Indonesia ) where Po Chai pills are household over-the-counter all purpose "medicine", used to be in family medicine cabinets.  Well meaning moms, grandmothers give these to kids studying abroad.



penafian
Share:

Thursday, September 13, 2012

Janji Populis...

This is something that I found in my office email.. Betul atau tidak saya pun xtau.. Mungkin bahagian yang belah sana boleh balas balik apa yang diorg kata ni...

Janji Populis PKR Untuk Kereta-Kereta Yang Lebih Murah Bukanlah Satu Penggantian Kepada Polisi-Polisi Sebenar
Aduh! Pihak Pakatan benar-benar terdesak kebelakangan ini. Ketandusan idea setelah gagal menawan pengundi muda (21-30) melalui kempen PTPTN yang memakan diri sendiri, kini Rafizi Ramli keluar dengan modal baru – tapi seperti biasa modal beliau lebih kurang sama dengan janji-janji Buku Jingga. Sedap didengar, dipakai jangan.
Strategi terbaru PKR dalam usaha memenangi undi pengundi-pengundi atas muda dan pagar pada PU13 adalah dengan menawarkan harga kereta yang lebih murah.
Jika seseorang berlawak seperti itu beberapa bulan lepas, kami mungkin menggaru kepala dan sekadar tergelak sahaja, namun Rafizi Ramli dan rakan-rakan nampaknya serius dalam hal ini.
Share:

Thursday, January 12, 2012

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup ) PEKELILING 11

السلام عليكم ورحمة الله

Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disaranka n kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.. Elaun COLA ini bol......eh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. ... Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
Share:

Tuesday, December 13, 2011

Fenomena: Jalan Tun Razak Banjir

السلام عليكم ورحمة الله


Sumber gambar : Syahriman Nordin

Semua ini memang tak disangka. Aku dapat berita ini pun dari en suami yang masih lagi di Ofisnya di Perpustakaan Negara Malaysia. Bila dah duduk dalam bangunan dan sedang buntu dengan jalan penyelesaian masalh di ofis ni, aku kadang-kadang kurang mengambil tahu apa yang di luar sana. Seperti hari ini. memang aku tahu hari agak suram dan dingin. Yang dapat dipastikan, suasana hujan diluar. Tapi tak tahu pula selebat mana yang turun. Sehingga fenomena ini terjadi. Mula-mula aku agak tidak percaya. Mungkin banjir biasa yang akan surut tak lama lagi. Tapi bila tersebarnya gambar berikut di facebook dan kiriman gambar dari atas bangunan Perpustakaan (opejabat en suami), barulah aku sedar ini bukan fenomena biasa. Dengan adanya teknologi torowong SMART mustahil perkara ini boleh terjadi tapi apakan daya itu semua kuasa tuhan. Semasa aku menulis rencana ini. Aku masih lagi di pejabat menunggu kedatangan suami yang tidak tahu bila akan tiba dengan kehadiran ujian Allah tersebut.

Dari menara TH Selbron
Share:

Monday, December 05, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini

السلام عليكم ورحمة الله
Source : BeritaSemasa
Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1. Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy" 
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Share:

Saturday, December 03, 2011

Retreat Sektor Pengurusan dan Kewangan : Last Day

Sila gelak, jgn tak gelak

السلام عليكم ورحمة الله
Tiada apa yang nak diceritakan disini. Lagipun hari ini hari terakhir kami disini dan semua bahagian dibawah Sektor Pengurusan dan Kewangan akan mempersembahkan petunjuk-petunjuk prestasi dan perancangan kerja tahunan yang telah kami bincangan semalam. Aku akan tunjukkan beberapa gambar suasana kami di sini sepanjang tiga hari dua malam di sini. 
Cinta dua dunia
Share:

Thursday, December 01, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011

Rata-rata ramai yang dah tau tentang perhimpunan agung ni yang telah disiarkan secara meluas di kaca-kaca t dan media elektronik di seluruh Malaysia. Aku.. dapat tengok life memandangkan PWTC tak jauh dari office aku. Aku bukanlah pro-UMNO atau pun mana-mana parti di Malaysia ni. Aku lebih suka bersikap neutral tapi bukan atas pagar. Aku akan ambil yang mana baik dan betul.. Kalau apa yang salah aku akan tolak.. Selagi aku bekerja dan berkhidmat utk rakyat. Pegangan amat penting supaya kita tak tersasar dari niat sebenar kita mencari rezeki..
Share:

Monday, October 10, 2011

Friday, October 07, 2011

Kamera Speed Trap Polis: Boleh Percaya Ker

السلام عليكم ورحمة الله


Ini adalah info yang saya dapat dari kawan-kawan saya. Polis install speed-trap camera dekat bawah jambatan@flyover.. 

PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Share:

Friday, August 12, 2011

Background Jalur Gemilang..

السلام عليكم ورحمة الله

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan ini. Kita disahut oleh kerajaan untuk menyebar jalu gemilang.
Korang dah start buat ker.. Aku buat sepanjang tahun.. tapi kat opis jerla.. Blakang aku i tak tau aper nak taruk so aku tampal la jalur gemilang sebesar-besarnya..
Jadi yang seterusnya untuk sebulan aku akan tukar background blog aku ni pada jalur gemilang plak.. Baru patrioik sikit.. Jomlah ramai-ramai kita buat.. Dari kita terus menghentam dan mengherdik org dan kerajaan benda yang bukan2 baik kita tanamkan sikap cintakan negara demi keselesaan hidup kita. Persetankan mereka yang buat huru-hara. Pada mereka yang jadi pemimpin biar diorang yang rasa bila di akhirat nanti. Kita ni punyala menyokong dan melantik mereka menjadi pemimpin. Kalo dia khianati amanah yang kita beri, itu salah diorg. Diorang yang tanggung dosa. Kita dah buat yang terbaik dengan memprotes.. So sendiri mau ingatla. Dari beli Cincin USD24juta. Baik bagi kitorang ni bonus dua tiga  bulan.

Share:

Wednesday, March 02, 2011

Kursus yang lama

السلام عليكم ورحمة الله

Lama rasanya duduk di Melaka ni. Walaupun dua tiga hari lagi nak balik untuk hujung minggu tapi aku masih lagi rasa masa ni lambat jer berlalu. Kerja kumpulan pun dah dapat. Tengah kelam kabut la menyiapkan tugasan yang diberikan.. Emm tu la awal-awal tanak buat. Enjoy jer.. Mandi kolamla.. main bola jaring la.. tapi ok juga.. takdala bosan sangat duduk sini.. Lagipun bukan susah sangat nak buat tugasan tu.. Penyakit 'M' jer yang lebih.. Ini pun dalam sibuk buat tugasan kewangan. Aku sempat lagi meng 'update'

Mana taknya lama sungguh aku tak update blog.. Siang kelas.. Malam tugasan.. FAcebook.. Cityville..Farmville.. hehehe.. semualah.. Ini baru jari aku ni laju bercerita.. Aku duduk sebilik dengan cik Ashkin Wahab.. JAdi bila duk ngan dia ni.. Aku jadi tak duduk diam.. Ada jer tempat aku merayap.. Takdala semua tempat.. Tapi Setakat Banda Melaka dengan Taming Sari.. dah sampai dah..Mydin.. Kedai Dobi.. Mc Donald kat Melaka aku pun dah tahu.. Air Kolam renang tu kenyang dah aku minum.. hehehehe.. tak senonoh betul..

Dalam seronok melayan kat sini.. Aku akui yang aku sangat-sangat rindukan anak-anak dan suami. Walaupun bertengkar tu dah jadi makan asasi kami tapi tanpa dia dan anak-anak aku rasa sunyi. Rasa hidup ini tak lengkap.. Nak buat apapun cam takda sebab tak ada tujuan.. Cik Ashkin pun sama.. Rindu betul kat 'Ibu' dia.. Dah hari-hari berperang.. Sehari dua rasa aman la.. tapi lama-lama rindu dan sunyi juga. Pada 'Ibu' Nuha.. Ekin sememangnya RINDU BANGAT kat Ibu cuma dia tak mahu mengaku.. Okla rasa dah sampai masa aku kena mengundur diri dan kejap lagi kelas pun nak start.. Semoga apa yang kami hadapi nanti berjalan licin dan lancar. Semoga tuhan memberkati yang yang kami belajar disini.. Amin.. Renung-renungkan..


Share:

Monday, January 31, 2011

Sabah Trip::--Last Week--

السلام عليكم ورحمة الله

Aku ingat aku dah tak da peluang untuk ke Negeri bawah bayu ni. Oleh disebabkan oleh kepandaian bos aku jadi aku terpaksa rela pergi ke sana. Aku tak kisah pergi sebenarnya. Tapi aku kesian tengok puteri-puteri aku. Masa tu.. Suami aku baru balik dari Sarawak.. dan aku pula nak kena pergi Sabah.. Nak tanak sebab tiket dah tempah aku terpaksa pergi juga..

tiket flight

Tapi tak sia-sia... Walaupun sedih tapi suka aku bila kitorg dapat tiket Flight MAS.. hahahaha.. merasa juga aku naik Malaysian Airlines selama ni boleh tengok jer.. sampai la ni ada jer tiket tu aku lekat kat dinding ofis.. berlagak ckit.. Luggage tag dia pun aku tak buka lagi... hehehehe berlagak giler...
Share:

Tuesday, October 19, 2010

Hari Seperti Biasa




Lama jugak aku tak post aper-aper.. Dari bulan posa dan abis raya pun aku tak wat paper.. Aku tak sempat. Lepas jer raya hari tu aku kena pergi Sabah untuk mengajar Ms Powerpoint kat budak Sekolah.. Memang letih juga la, tapi sambil tuh dapat juga aku tengok negeri orang. Lagipun ajar budak sekolah bukan susah sangat diorang dah pandai.. Lepas tuh baru minggu lepas aku kena pergi Nilai.. Aku pulak kena kursus. Nasib baik ada bilik extra dapat aku bawa keluarga kau sekali.


Mr hubby plak dah ada 'bni' baru.. Kemain lagi. Tiap-tiap minggu mandikan.. Kekadang sampai kitorang yang kat rumah ni lupa.. Kadang-kadang bengang juga aku.. Rasa cam nak tolak masuk sungai jer. Nanti jadi ikan kaloi plak.. Takper boleh aku gorang ker buat gulai ker..Hehehehe.. Mengarut jer aku ni.. Baru-baru ni Mr. Hubby dapat pegawai.. senang ckit la rasanya. Tapi hari-hari asyik mengeluh banyak kerja.. Kalo nak duit banyak.. Kerja pun banyakla. Kadang-kadang angin plak aku. Aku pun banyak kerja gak kat ofis tapi tak payah la bawa balik umah.. Laki aku ni dah lama tak kena pukul ni..


Sampai ketika ini.. Kerja aku seperti biasa, semalam umairah demam lagi jadi aku cuti ari bni baru nak start buat kerja. Dah la datang lambat, Kepala ada sedikit fenin.. Hati ada sedikit sakit.. Dah tak leh nak fikir dah.. Gambar pun ntah hapa-hapa ntah.. Until Next time babai..

Share:

Tuesday, August 17, 2010

McDonaLd HAraM: Nak PerCAya KEr..

Memang susah nak percaya.. Lagi-lagi bila artikel ini disebarkan dilaman web sosial yang teekenal di serata dunia. Yang Upload kawan aku juga.. Dia kata dia dapat dari email dia.. Lagi susah nak percaya sebab email ni banyak sangat SCAM.. So aku pun nak tak tahu aper pendapat korang.. Perlu ker kita percaya semua ni padahal kita tak tahu sapa empunya story authornya.. Bukan aku nak sebelahkan McDonalds. Lagi-lagi bila Restoran ni dah di cap sebagai penyumbang utama kewangan Yahudi.. Aku pun serba salah juga sebab adik ipar aku salah sorg store manager restoran yahudi ni..Aku pun kadang-kadang makan disana.. Tapi aku terpikir juga akhirnya dalam banyak2 orang Islam kat dunia.. Orang Yahudi juga yang bagi ahli keluarga aku sumber untuk hidup.. Jadi fikir-fikirkanlah..
Sila klik untuk lihat penyataannya
Share:

Monday, August 09, 2010

..~~HujUng MiGGu Ku di MElaKa**

Salamm... Isnin.. dua hari lagi nak puasa.. Sekejap jer.. Aku rasa macam baru semalam aku bekerja kat SKM ni.. Umairah dan Aisyah pun dah besar.. Dah macam-macam perangai.. kadang2 baran jugak aku.. Tapi apapun diorg yang permata hati aku.....

Hujung mInggu lepas aku ngan hubby pegi melaka.. Tak bawa kids sebb nak gi Jom Heboh.. Ramai.. Nanti diorang tak selesa plak.. Kitorang gi pun bukan gi berseronok..Hubby aku ada keje kat sana. Dia tak tau jalan dan minta aku teman. Aku pun bukan suka sangat nak pergi tempat2 camni.. Rimas.. Pergila demi suami tercinta. Best la juga. Sebab join did wat promotion. Jumpa Halim Din. Dia pergi tanya pasal puasa. Aku pun jawabla bukan tak taw. Dapatla Bihun sebungkus. Suma laki aku punya pasal. Tapi masa aku pergi tuh. Tak ramai sangat orang maybe sebab pagi lagi.

Lepas tuh kami pergi bandar hilir. Tak wat per pun. pergi makan pusing-pusing kejap lepas tuh balik sebab tak ada benda yang menarik. Suma dah pernah pergi. Ingat nak pergi Zoo tapi tak sempat. Kitorang tak leh sangat bawa keta malam. Silau.. Araound 5pm camtu kitorang balik.. Tapi bestla sebab selama ni kitorang kadang-kadang tak sempat nak tanya khabar berita walaupun satu rumah. Dalam perjalanan pergi-balik ke Krubong Melaka. Banyak yang kami kongsi cerita. Walaupun teramat-amat tapi it worth it. Thanks sayang for the time we spend together..
Share:

Thursday, July 29, 2010

sEpaNdai-PAnDai FriEnDs CluB MengAyat...


Aku rasa baru jer dua minggu lepas aku post satu cerita dari sorang mamat ni yang kena tipu dengan Skim MLM Friends Club atau Star Club 8282. Dia dah habiskan ribuan ringgit kerana skim ni. Aku pun pernah gak dikaburi dengan duit dalam bank cecah 5angka. MAna tak kelabu mata. Kerja kerajaan. Ko pulun bagai nak gila pun. gaji ko tetap takat tuh jugak. tapi bila tengok 5 angka masuk dalam bank sapa tak terjebak.. Lagi-lagi bila ada yang mampu bayar ptptn lump sum lepas tiga bulan masuk skim Meniaga Larut Malam ni.. Hummpphhh. Aku bernasib baik kerana ada kawan-kawan yang dah pasang siren awal-awal. Kalo tak, loan RM41,000.00 aku buat sia-sia belaka.
Share:

Friday, July 23, 2010

BiLa CiNA daH NAik HAntu...

Mula-mula aku ingat video ni budak-budak bboys nak menari buat shuffle ke aper.. Tapi tak sangka plak budak-budak cina ni menghina Agama Suci Allah S.W.T. Apa kes tak tahula.. tetapi memang menaikan kemarahan orang islam.. Aku jumpa video ni dekat facebook seorg saudara islamku.. Tak tau la dia dapat daripada mana. Tapi memang kurang asssaammm betul.. Dia tak nyatakan source video ini..




Share:

Wednesday, July 21, 2010

Friday, July 16, 2010