Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Janji Populis...

This is something that I found in my office email.. Betul atau tidak saya pun xtau.. Mungkin bahagian yang belah sana boleh balas balik apa yang diorg kata ni...

Janji Populis PKR Untuk Kereta-Kereta Yang Lebih Murah Bukanlah Satu Penggantian Kepada Polisi-Polisi Sebenar
Aduh! Pihak Pakatan benar-benar terdesak kebelakangan ini. Ketandusan idea setelah gagal menawan pengundi muda (21-30) melalui kempen PTPTN yang memakan diri sendiri, kini Rafizi Ramli keluar dengan modal baru – tapi seperti biasa modal beliau lebih kurang sama dengan janji-janji Buku Jingga. Sedap didengar, dipakai jangan.
Strategi terbaru PKR dalam usaha memenangi undi pengundi-pengundi atas muda dan pagar pada PU13 adalah dengan menawarkan harga kereta yang lebih murah.
Jika seseorang berlawak seperti itu beberapa bulan lepas, kami mungkin menggaru kepala dan sekadar tergelak sahaja, namun Rafizi Ramli dan rakan-rakan nampaknya serius dalam hal ini.
Share:

Innocence of Muslims and My badday

السلام عليكم ورحمة الله
Entah mengapa hari ini merupakan hari paling malang bagi diriku ini. Tadi masa minyak kereta hampir nak kering dan aku berada di stesen minyak untuk mengisi minyak dan mengisi semual touch n go, jantung aku hampir terhenti kerana aku tak jumpa dompet dan telefon bimbit aku. Takda dompet ATAU telefon bimbit boleh lagi aku nak ikhtiar mana-mana. tapi bila dua-dua  takda mau aku mati kutu.. Nasib baik jumpa rupanya aku misplaced letak kat poket belakang seat.. Itu namanya 'peleley'(istilah mak aku bagi: orang yang lalai).

Rupa-rupanya nak jadikan cerita sesampai aku ke destinasi yang di tuju. En suami kol dari Kuantan (outstation) menyatakan beg dompet dia hilang kat gambang. Dia letak atas bumbung kereta dan terlupa (laki bini sama). Nak marah, dia tengah susah hati. Jadi aku bagi dia beberapa no fon untuk dia kol matikan kad kredit dan lain-lain. Minta dia cuti esok untuk buat balik IC, Lesen dan lain-lain.. Bila fikir-fikir balik kesian plak aku kat dia. Dah la duit pun tak da. Nasib baik dia pergi dengan bos dia.

Share:

Thursday, June 14, 2012

Awan Pelik: Kota Kinabalu 20/06/2012

السلام عليكم ورحمة الله
Sekarang ni aku ada di Kota Kinabalu menjalankan tugas disini.. Dua hari lepas aku ada bising-bising kat tweeter yang aku sangkut kat Labuan selama lebih kurang 4 jam kerana cuaca buruk di Kota Kinabalu. Aku tak sangka plak cuaca memang betul-betul teruk masa itu sebab sebelum ini aku pernah balik petang yang cuacanya tidak juga baik.. Selepas 2 hari aku baru tau sesuatu yang yang agak ganjil berlaku di langit Kota Kinabalu. Belum dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku tetapi gambar seterusnya menceritakan apa yang berlaku pada pagi 12/06/2012..

Sumber: http://isu-semasa.blogspot.com



Gempar Kota Kinabalu telah di gemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali berlaku di Malaysia, ada yang mengatakan itu taufan, tapi apakah puncanya.Masa Awan ini terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012.
Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Bagaimanapun punca kejadian awan aneh ini telah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda Filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah.
Syukur Negara kita masih belum di timpa bencana alam seperti di Filipina.Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Jom lihat gambar yang sempat diambil.







Share:

Tuesday, May 29, 2012

Lautan Merah..

السلام عليكم ورحمة الله
Lama aku tak update blog ni.. macam2 nak cerita sebenarnya tapi tak sempat.. Ini antara  satu info berguna yang alku jumpa kat emel.. Syok juga kalau tau benda yang tak tahu ni..


Ketika ini, Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tiede di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran.

Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.

Share:

Tuesday, December 13, 2011

Fenomena: Jalan Tun Razak Banjir

السلام عليكم ورحمة الله


Sumber gambar : Syahriman Nordin

Semua ini memang tak disangka. Aku dapat berita ini pun dari en suami yang masih lagi di Ofisnya di Perpustakaan Negara Malaysia. Bila dah duduk dalam bangunan dan sedang buntu dengan jalan penyelesaian masalh di ofis ni, aku kadang-kadang kurang mengambil tahu apa yang di luar sana. Seperti hari ini. memang aku tahu hari agak suram dan dingin. Yang dapat dipastikan, suasana hujan diluar. Tapi tak tahu pula selebat mana yang turun. Sehingga fenomena ini terjadi. Mula-mula aku agak tidak percaya. Mungkin banjir biasa yang akan surut tak lama lagi. Tapi bila tersebarnya gambar berikut di facebook dan kiriman gambar dari atas bangunan Perpustakaan (opejabat en suami), barulah aku sedar ini bukan fenomena biasa. Dengan adanya teknologi torowong SMART mustahil perkara ini boleh terjadi tapi apakan daya itu semua kuasa tuhan. Semasa aku menulis rencana ini. Aku masih lagi di pejabat menunggu kedatangan suami yang tidak tahu bila akan tiba dengan kehadiran ujian Allah tersebut.

Dari menara TH Selbron
Share:

Wednesday, November 16, 2011

Kapal Layar untuk dijual..

السلام عليكم ورحمة الله
Hendak beli sebuah kapal layar. . Jika anda beli kapal ini yang juga dikenali sebagai "island yacht", sila jemputlah saya untuk perlayaran sulung anda.



Tak percaya.. Sebuah pulau telah di bina di atas sebuah kapal layar. Ia telah di inovasikan oleh sebuah syarikat pereka bentuk kapal layar  (Yacht Island Designs), dengan membawakan seluruh suasana pulau ke atas sebuah kapal layar..
Share:

Monday, November 14, 2011

10 lubang terdalam di dunia

السلام عليكم ورحمة الله
Orang Barat mempercayai bahawa lubang-lubang ini yang terjadi adalah atas kemurkaan tuhan dan ia merupakan laluan ke neraka. Kebanyakan mereka akan bersetuju tetapi kewujudan ia tidak dipastikan lagi tujuaanya. Lubang-lubang yang wujud pada tempat-tempat yang berlainan di dunia sama ada disebabkan oleh kerja-kerja manusia seperti perlombongan iaitu hasil perlombongan berlian yang telah lama ditinggalkan atau disebabkan kepada kemurkaan tuhan seperti yang mereka percayai melalui pancuran meteor atau sesuatu yang serupa jatuh yang dibuat dinosaur pupus. Pada hari ini, tempat-tempat tersebut menjadi satu tumpuan pelancongan dan percutian yang popular kerana mereka adalah sebuah keajaibabn yang menarik.

Sama ada ianya di Great Blue Hole Belize, Mirny Diamond Mine Siberia atau GatesMembakar Turkmenistan, semua ini menarik banyak pelancong dan pengembara setiap tahun hanya untuk melihat sepintas lalu gambaran lubang tersebut dan sebagai cenderamata m alam semula jadi. Semak gambar-gambar tersebut.


Mirny Diamond Mine of Siberia

Share:

Google Maps: keajaiban dari atas

السلام عليكم ورحمة الله

Google maps kalau pada asalnya aku selalu gunakan untuk tengok jalan. Yerla tak semua jalan kita tau kan. Tapi disebalik itu terdapat pelbagai gambar pelik dapat dirakamkan oleh goggle maps disekitar dunis. Saksikan paparan ini:

Share:

Senjata Paling Ganjil dan Jarang ditemui

السلام عليكم ورحمة الله

Sejak dulu lagi bermacam jenis senjata telah dihasilkan oleh pelbagai orang di dunia. Bagi rangkaian senjata yang aku blogkan ini ada antara terdapat dalam jenis paling ganjil didunia.. Ia kebanyakkan digunakan oleh tentera, agen rahsia dan perisik. Juga dikenali sebagai "Little Destructive" (Si Pemusnah).

Credit to: http://www.dogguie.com






























Hanya gambar sahaja yang dapat saya paparkan ini kerana laman web asal juga tidak ada penerangan lebih lanjut tentang senjata-tersebut. Jadi moga jadi satu ilmu pada pembaca semua.. (",)
Share:

Wednesday, November 09, 2011

Sunday, September 18, 2011