Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Awan Pelik: Kota Kinabalu 20/06/2012

السلام عليكم ورحمة الله
Sekarang ni aku ada di Kota Kinabalu menjalankan tugas disini.. Dua hari lepas aku ada bising-bising kat tweeter yang aku sangkut kat Labuan selama lebih kurang 4 jam kerana cuaca buruk di Kota Kinabalu. Aku tak sangka plak cuaca memang betul-betul teruk masa itu sebab sebelum ini aku pernah balik petang yang cuacanya tidak juga baik.. Selepas 2 hari aku baru tau sesuatu yang yang agak ganjil berlaku di langit Kota Kinabalu. Belum dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku tetapi gambar seterusnya menceritakan apa yang berlaku pada pagi 12/06/2012..

Sumber: http://isu-semasa.blogspot.com



Gempar Kota Kinabalu telah di gemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali berlaku di Malaysia, ada yang mengatakan itu taufan, tapi apakah puncanya.Masa Awan ini terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012.
Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Bagaimanapun punca kejadian awan aneh ini telah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda Filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah.
Syukur Negara kita masih belum di timpa bencana alam seperti di Filipina.Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Jom lihat gambar yang sempat diambil.







Share:

Monday, March 07, 2011

HaRi-HAri Terakhir

السلام عليكم ورحمة الله

Hummpphhh... hanya tinggal 4 hari jer lagi kami di Puteri Resort Ayer Keroh ni.. Tinggal tiga hari jer boleh mandi kolam. Lepas tu merempat la balik kami seperti biasa menghabiskan kerja yang bertimbun.. Kadang-kadang rasa tanak balik pun ada. Nasib baik aku ni masih ada anak dan suami yang perlu aku hiburkan.. Kalo tak aku tak tahu aper tujuan. Rindu yang baru jer lerai bila aku dapat kelepasan untuk pulang ke KL semalam, kini menjelma kembali. Tadi nak balik pun tak sampai hati. Apatajh lagi bila si kakak mula mengalirkan airmata.. Aduyai.. tak sampai hati aku nak mengingat. Makin sedih rasanya..

Esok bermulalah penilaian kertas kerja kami. Bukan aper pun. Cuma soalan yang perlu dijawab tetapi kami perlu bertindak lebih dari jangkaan memandangkan kami lebih selesa dari Siri yang sebelum ini.. Nak present lagi.. Aku malas nak fikir buat gempak.. Yang penting ko boleh tak jawab aper yang dia tanya.. Kalo ko dapat jawab maknanya ko faham la...Tapi tawakaltu ilalallah jerla besok.. Aku tak leh la nak rancang aper aku nak cakap.. Dia akan kuar dengan sendirinya.. Aku rasa ramai kawan-kawan aku yang dah besa dengan aku tahu.. Aku kan SePeRtiYaNgDuLu..Hehehehe..

Yang paling best banyak giler kenangan kat sini.. Dari hari Team Building sampai la ni.. Kalo tak ada Team Building. Sampai mati aku tak kenal dan tak rapat dengan staff2 SKM ni.. Bagus tu. Kalo dia buat 3 minggu team building pun aku tak kesah. Bila habis jer Team BUilding. Aku start balik tdo dalam dewan. Yerla bosan nak mampus.. Mana yang syok tu Syok ah..Aku minta maaf pada 'Taukeh Dangdut' sebab kutuk kaw-kaw punya. Apa nak buat len kali perangai tu elok ckit. Awk tu dah tua. Jgnnla yo yo ooo sangat.. Aku harap Allah SWT akan buka pintu hati dia untuk muhasabah diri dia. Aku tak kata aku ni baik aku pun ada buat salah. Tapi aku masih masih tau kedudukan aku sebagai seorg Ibu dan Isteri. Perangai-perangai yang xsenonoh dan rasa diri itu muda lagi yang membuatkan banyak keruntuhan berlaku dalam masyarakat hari ini.. Aik macam tokoh motivasi pulak aku ni. Ingat cikit tak hensem mana pun.. perut pun da boyot.. Tk terliur la.. Len la faizal tahir.. Gemuruh jiwa.. Semangat Membara..

Sebenarnya dah lewat dah ni.. aku dah kena naik tidur tapi aku upload ni tak abis-abis lagi.. Penat nunggu.. Nak tinggal takut hilang plak.. tinggal ckit jer agi.. Lembab betul Wifi ni.. Hai.. aku nak tidurla pi mampusla.. malas aku nak tunggu.. Salam 1 Malaysia.. babai..

Share:

Wednesday, March 02, 2011

Kursus yang lama

السلام عليكم ورحمة الله

Lama rasanya duduk di Melaka ni. Walaupun dua tiga hari lagi nak balik untuk hujung minggu tapi aku masih lagi rasa masa ni lambat jer berlalu. Kerja kumpulan pun dah dapat. Tengah kelam kabut la menyiapkan tugasan yang diberikan.. Emm tu la awal-awal tanak buat. Enjoy jer.. Mandi kolamla.. main bola jaring la.. tapi ok juga.. takdala bosan sangat duduk sini.. Lagipun bukan susah sangat nak buat tugasan tu.. Penyakit 'M' jer yang lebih.. Ini pun dalam sibuk buat tugasan kewangan. Aku sempat lagi meng 'update'

Mana taknya lama sungguh aku tak update blog.. Siang kelas.. Malam tugasan.. FAcebook.. Cityville..Farmville.. hehehe.. semualah.. Ini baru jari aku ni laju bercerita.. Aku duduk sebilik dengan cik Ashkin Wahab.. JAdi bila duk ngan dia ni.. Aku jadi tak duduk diam.. Ada jer tempat aku merayap.. Takdala semua tempat.. Tapi Setakat Banda Melaka dengan Taming Sari.. dah sampai dah..Mydin.. Kedai Dobi.. Mc Donald kat Melaka aku pun dah tahu.. Air Kolam renang tu kenyang dah aku minum.. hehehehe.. tak senonoh betul..

Dalam seronok melayan kat sini.. Aku akui yang aku sangat-sangat rindukan anak-anak dan suami. Walaupun bertengkar tu dah jadi makan asasi kami tapi tanpa dia dan anak-anak aku rasa sunyi. Rasa hidup ini tak lengkap.. Nak buat apapun cam takda sebab tak ada tujuan.. Cik Ashkin pun sama.. Rindu betul kat 'Ibu' dia.. Dah hari-hari berperang.. Sehari dua rasa aman la.. tapi lama-lama rindu dan sunyi juga. Pada 'Ibu' Nuha.. Ekin sememangnya RINDU BANGAT kat Ibu cuma dia tak mahu mengaku.. Okla rasa dah sampai masa aku kena mengundur diri dan kejap lagi kelas pun nak start.. Semoga apa yang kami hadapi nanti berjalan licin dan lancar. Semoga tuhan memberkati yang yang kami belajar disini.. Amin.. Renung-renungkan..


Share:

Thursday, February 24, 2011

Mana ni tak dok pun..

السلام عليكم ورحمة الله

MAna tak ada pun. Tipu ni. Hehehe.. Mesti korang pelik pesal aku mula blog aku gini. Bukan apa hari tu aku ada janji yang nak upload aku gi merempit naik motor gi melaka. Tapi oleh sebab aku ni ada penyakit 'Aku lupa', Aku lupa bawa harddisk yg ada gnabr tersebut. Terrer tak aku. Jadi aku dengan hampanya tak boleh la nak upload gambar tu kat sini. Minta maaf la bebanyak.. Jangan bimbang nnt kalo aku dah ada gamabr aku bgla korg tengok. Camana leh lupa, aku rasa aku slah bawa hard disk.. Yerla banyak sgt. Aku pun tak tau mana satu nak bawa.

Abih yang tu, korang pun tau tengah kursus skrang kan. Kursus ni tak da la bosan sangat. Tapi ramai yang aku tak kenal sebb sblm ni aku gi kursus tak sama ngan dorg. Jd segan la sikit. Tapi tetap ngan perangai aku la yang tak semenggah tu. Mati aku kalo laki aku tahu. Tapi xdokla tak senonoh langsung. Jangn buT SPEKULASI yer. Emm walau camana best ni pun kalo penceramah tu buka xak tau. Letih aku menahan. Tak leh nak tahan. Jd tahan jerla. Nampak sangat aku ni aku dah takleh nak smbg blajar lagi. Tak larat nak dengar org membebel.

dahla kat sini duk dalam kumpulan jadi tak tau nak borak per. Sian kat ikin dia kumpulan satu duk kat depan. Jadi best student la dia. Aku gak leka tulis blog kat belkg. Hehehehe. . Tu bila sehari takdok internet. Aku dah jadi cam biol sikit. Hai rosak..rosak.. Dah jadi mak orang pun tak sedar diri lagi. Sian kat anak2 aku. Pekaba dorg kat sana. Semalam laki aku dah mengeluh dah. Dorg nakal sangta. Adik aku tak risau sgt. Tapi kakak tu. Dia aku nak gi kerja pun susah. Ni kan tiga minggu kat sini. Minta2 dia terus bertahan sampai aku balik nanti. Aku juga perlu bertahan demi periuk nasi aku.. Hai letih..

Share:

Monday, February 21, 2011

Melaka : Kursus dan konvoi

السلام عليكم ورحمة الله

lama juga aku tak memblog ramai juga yg tanya. Aku bukannya apanya, tak cukup masa. Kat pwjabat dah start melambak kerja kadang2 nak kencing pun tak sempat. Kat rumah plak aku dah terminate.broadband celcom yg bengap tu jadi tak da network. Dua minggu lepas aku gi Sabah, itu la last aku menulis. Lepas tu aku dah tak update. Jadi aku tak da la cerita pasal aku merempit gi melaka. Hehe..


Ni pun aku kat Melaka. Ada kursus 3 minggu induksi asas. Gile SKM ni dia tak fikir ke kitorg ada anak bini. Sian anak-anak aku. Semalam aku nak gerak pun aku sediih tgk muka diorg. Arini taktau la camana. Hai aperla diorg merepek kat depan ni. Aper pun aku tak faham. Nasib baik tempat ni best. Tak da best sgt. Hai mengantuk gila aku ini
ok balik pada cerita aku merempit. Itu suma pasal laki aku la ikut kengkawan er6 dia konvoi gi melaka. Diorg ukan konvoi. Diorg lumba motor. Masuk je lebuhraya suma pulas sampai 160. Kitorg yg first time ni suma jadi beruk terus bilang tak sempt ckp pa. Bila sampai melaka baru tau yg dorg ni memang jenis kalo kat highway bw 160-200. Haih tui. Kalo camtu baik takyah konvoi. Tapi best juga la. Mana penah aku naik motor dengan laki aku dia pulas sampai abis meter. Laju giler. En somi bila nak wat lagi. Tapi penat toksah nak kira la. Lembik badan dibuatnya. Takper nanti lepas ni aku pos gambar. Sebb skang aku tgh mobile blogging guna opera mini jadi tak banyak benda leh buat. Tgg jerla yer. Aku upload jap lagi. Okla aku out dulu jap agi aku masukkan gmbar.

Share: