Tuesday, December 13, 2011

Fenomena: Jalan Tun Razak Banjir

السلام عليكم ورحمة الله


Sumber gambar : Syahriman Nordin

Semua ini memang tak disangka. Aku dapat berita ini pun dari en suami yang masih lagi di Ofisnya di Perpustakaan Negara Malaysia. Bila dah duduk dalam bangunan dan sedang buntu dengan jalan penyelesaian masalh di ofis ni, aku kadang-kadang kurang mengambil tahu apa yang di luar sana. Seperti hari ini. memang aku tahu hari agak suram dan dingin. Yang dapat dipastikan, suasana hujan diluar. Tapi tak tahu pula selebat mana yang turun. Sehingga fenomena ini terjadi. Mula-mula aku agak tidak percaya. Mungkin banjir biasa yang akan surut tak lama lagi. Tapi bila tersebarnya gambar berikut di facebook dan kiriman gambar dari atas bangunan Perpustakaan (opejabat en suami), barulah aku sedar ini bukan fenomena biasa. Dengan adanya teknologi torowong SMART mustahil perkara ini boleh terjadi tapi apakan daya itu semua kuasa tuhan. Semasa aku menulis rencana ini. Aku masih lagi di pejabat menunggu kedatangan suami yang tidak tahu bila akan tiba dengan kehadiran ujian Allah tersebut.

Dari menara TH Selbron
banjir makin teruk
Jalan di Bernama dan PNM diliputi air
Selepas kejadian di Kajang yang banjir setinggi paras bahu. Adakah kerajaan hanya akan melihat sahaja fenomena ini datang dan pergi. Takkan tidak ada sebarang penyelesaian yang mampu di lakukan. Adakah semua pembangunan sekitar Bandaraya patut dihentikan demi keselamatan rakyat. Kepada anda di luar sana berhati-hati dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini. Ingat banjir bukan hanya di pantai timur, KL pun leh banjir.. Hairan bin ajaib.
Share: