Tuesday, December 06, 2011

Buku hijau: Bermulanya disini..

Berkali-kali telah aku fikirkan agar tak memulakannya tetapi akhirnya hati ini tidak lagi berdaya untuk menahan gelojak hati yang menggunung.. Bukan senang, ini rintihan hati. Kalau boleh aku tak mahu sesiapa pun membacanya. Tetapi ini jalan terbaik supaya aku tidak tertekan dalam menempuh cabaran hidup. Tulisan ini telah lama kuwujudkan untuk tatapan aku sendiri. Tetapi disebabkan kebodohan aku juga tulisan itu telah dimamah api tidak lama dulu. Disebabkan itu juga, ombak membadai rumahtangga aku yang goyah. Bergegar sebentar dan hampir juga roboh. Walaupun keadaan semakin tenang tetapi suasananya tidak seperti dulu. Walaupun seribu ungkapan sayang diucapkan, tetapi rasanya tidak sama. Pudarnya jelas nyata, tak dapat nak kukiaskan di sini. Tetapi hati yang merasa deritanya bila kesuamannya hilang.
Hari-hari berlalu terlalu panjang kurasakan. Setiap hari hanya muncung panjang yang kulihat. Tiada senyuman manis atau pelukan mesra seperti dulu. Hampir semua aku lakukan tidak betul. Tambahan dengan kehadiran hamba Allah disisinya membuatkan segalanya bertambah buruk. Hatiku hancur berserai. Rasanya inilah perasaan yang dirasainya sebelum ini. Keadaan menjadi suram. Hanya kerutan di dahi dan berakhir dengan airmata di pipiku. Aku amat kesedihan atas segala yang aku alami kini. Kadang-kala putus asa dan kerisauan memenuhi hati. Terbayang wajah sejuk anak-anak buat aku bangkit kembali meneruskan perjalanan. Adakah ini semua hukuman tuhan terhadap keterlanjuran aku dahulu? Mungkin juga ujiannya untuk aku terus beriman kepadanya?
Di sebalik segala yang terjadi kepadaku. Memang ada hikmah disebaliknya. Aku sudah kembali setia kepada Tuhan Yang Satu. Aku cuba untuk memenuhi semua yang disyariatkanNya. Aku lebih taat dan beriman kepadaNya. Bila mengingati saat bila aku melupakanNya. Aku sedih dan menyesal. Perlakuan yang telah kulakukan atas sebb krn terlalu lupa kekuasaannya.
Daripada itu aku berserah segala-galanya kepadanya. Aku hanya memohon yang terbaik buat diriku dan juga keluargaku. Apa pun yang terjadi aku terima dengan redha. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk aku terus berdiri di atas bumi yang fana ini. Semoga ujian hati ini lekas- lekas pergi kerana aku tak mampu menangunggnya lagi. Hati yang telah hancur ini, aku cuba untuk cantumkan kembali dari serpihan-serpihan yang masih ada supaya keadaan boleh kembali seperti biasa. Hanya masa dan keadaan yang dapat merawat segalanya.
Sent by Sleppar from BlackBerry® Smartphone
Share: