Showing posts with label BukuHijau. Show all posts
Showing posts with label BukuHijau. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Gejolak kemaafan

Salam..

Kalau diikutkan waktu sekarang aku telah pun pulang. Tetapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan aku dengan terpaksa berOT lah harini. So sementara nak tunggu query habis execute aku pun mulala melarikan jemariku ini untuk melemparkan bahasa melayu yang tak berapa nak betul pada kajang maya ini..

Memaafkan
Sebenarnya itu adalah perkara yang paling mudah aku rasakan dalam dunia. Aku sebelum ini tak pernah sangat memendam rasa. Semua orang yang buat angkara pada aku, aku memang terasa hati, tapi lepas itu ia akan berlalu pergi. Aku tak pernah nak ingat apa yang terjadi. Kadang kala orang yang buat jahat pada aku tu pun aku dah lupa. Terasa memang terasa, geram memang geram tapi makin lama ia akan hilang sendiri bersama deruan angin lalu. Tapi rupanya maaf tak semudah itu bila tiba pada orang yang kita sayang. Itu yang aku hadapi sekarang. Sebenarnya bukan waktu ni jer tapi selama aku merasa hati dengan mereka yang terdekat, lagi-lagi orang yang kita sayang. Mereka ini bukan saja kita sayang tapi kita hargai dan percayai. Tetapi bila sesuatu yang dilakukannya membuat kita kecewa dan rasa dikhianati. Kemaafan itu lambat datang. Dendam itu lebih lama menduduki lubuk hati. Lebih lama merajai jiwa.

Lepaskanlah
Memang senang mengatakan yang berlalu itu biarkan berlalu. Yang sudah itu sudahlah. Tidak mahu lagi menoleh kebelakang. Memang senang jika hanya menyebut dan menyatakannya. Tapi pabila masa untuk terus kehadapan, perasaan untuk memandang kebelakang itu pasti ada. Kenangan itu sentiasa bermain-main diminda. Meminta-minta untuk dimanja, dibelai untuk menyemarakkan dendam. Masa itulah juga hasutan syaitan mula menari-nari dikepala. Perasaan meluap-luap semua yang berada didepan mata semua tak kena. Pada masa itu juga semua yang telah berlalu terungkit kembali. Semua yang telah selesai bersimpul kembali dalam keadaan mati. Diri rasa bagai dilambung ke langit dan jatuh terhempas ke bumi.

Kenapa?
Kenapa aku tulis begini. Sebab itu lah yang bergolak dalam perasaan aku ketika ini. Aku rasa semakin tak ketentuan. Semua aku rasakan berhenti seketika dan berputar kebelakang. Semua yang aku cuba lupakan bergentayangan di depan mata. Sakit yang aku rasa dah lama terhapus kini kembali terasa diseluruh rongga tubuhku. Semua itu kurasa bagai semalam ku lalui. Perasaan aku berombak dan bergelora. Semua yang dilakukan tak menentu hala. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya jiwa.

Dirinya
Terima kasih kerana masih lagi di situ. Tak pernah berganjak walau apapun terjadi. Setia menjadi apa saja yang diperlukan asalkan aku puas hati. Buatlah apapun padanya dia tidak akan berganjak. Dia akan setia di situ demi apa yang telah kami lalui. Kini aku sendiri tak pasti apa sebenarnya terjadi.
Share:

Tuesday, June 17, 2014

Bantulah Hambamu


Assalammualaikum..
Walaupun setelah segalanya selesai tetapi parut tetap ada.. Lama juga aku cuba untuk merawat luka ini tapi walaupun tak pulih sepenuhnya, aku masih lagi gigih menjalani perjalanan perkahwinan aku. Memang pada jangka masa awal pemulihan aku banyak kali bersedih dan kecewa. Aku pernah bangun tengah malam dan muntah sebab terlalu tertekan. Tidur malam seringkali terganggu sebab termimpi yang bukan-bukan. Aku jadi penasaran bila suami outstation atau tiada disisi. Makan tak lalu.
Share:

Monday, May 26, 2014

Segalanya Selesai


السلام عليكم ورحمة الله
Lama dah aku tak bercerita.. Lepas kejadian yang meremukkan jiwa aku tu. Aku terus senyap.. Bukan apa kepala aku ni sangat berserabut. Mana taknya, suami sendiri gilakan perempuan lain sampai lupa anak isteri. Memang dia kata tak abaikan tggjawab tapi macam mana dengan tanggungjawab terhadap emosi aku? Hummpphh.. Malas nak cerita panjang . Itu antara dia dan Tuhan. Antara aku dan tuhan pulak, aku amat bersyukur kejadian ni terjadi. Sekurang-kurangnya sekarang aku sedar tanggungjawab aku sebenar. Walaupun masih tak sempurna tapi aku sedaya upaya untuk menjalankan tggjawab aku. Tangunggjawab kepada Tuhan, tanggungjawab pada sumai dan tanggungjawab kepada anak-anak. Kejadia ini sedikit sebanyak sebenarnya mengganggu perhatian aku terhadap anak-anak.
Share:

Friday, March 21, 2014

Padang Mahsyar

السلام عليكم ورحمة الله

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). 
 Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu. 
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). 
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. 
 ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali dalam doa kalian.. :) 
Nasihat Ustaz Azhar Idrus Utk perkongsian: 
  1. Ketika kita mengeluh:“eeeiii, aku penat sangat..." ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) 
  2. Ketika kita mengeluh:“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..." ALLAH menjawab :(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah :286) 
  3. Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..." ALLAH menjawab :( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 
  4.  Ketika kita mengeluh:“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..." ALLAH menjawab : (فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7)
  5. Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..." ALLAH menjawab:(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60) 
  6. Ketika kita mengeluh :“ Aku sedihh sangat...” ALLAH menjawab: ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40) Jgn byk mengeluh . 
  7. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa... Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^ Mohon sahabat-sahabat semua share untuk manfaat kita bersama.. 

Inilah Kasihku:: @sleppar
Share:

Tuesday, March 11, 2014

Lobak, telur dan kopi

السلام عليكم ورحمة الله


Motivasi hr ini..
Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya?

Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan?

Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada situasi positif.

Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

- Tuan Ibrahim Tuan Man
Inilah Kasihku:
Share:

Wednesday, March 05, 2014

Jika itu takdirnya

السلام عليكم ورحمة الله

# Kisah Seorang Wanita Yang Dipoligami :

"Saya Akhirnya Mengetahui.."
#Syaikh Utsman al-khamis – hafidzahullah- seorang ulama dari Kuwait bercerita:

“Saya pergi ke kampus dengan kereta lama saya, maklumlah kereta sejak mahasiswa lagi. Tapi walaupun model lama, larinya masih lagi kencang .“Biasanya sambil memandu, saya akan mendengar Radio Idza’atul Quran atau ceramah dan pelajaran dari para ulama menggunakan pemain MP3.

Waktu itu di Idza’atul Quran ada Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani –hafidzahullah- seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.

‘Apa gerangan yang terjadi?’ Rupa-rupanya dia telah dimadu. Bukan manisnya madu yang dirasa, tapi pahitnya empedu, karena pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.

Syaikh bertanya kepadanya,
‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’

‘Menikah,’ jawabnya.

‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?” ‘Iya.’

‘Apakah merupakan sebuah kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”

Sebulan kemudian, telefon berbunyi. Ternyata wanita itu menelefon lagi. ’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’

‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suaminya menikah lagi!’.“Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”:)
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Saturday, March 01, 2014

Hari terus berlalu

السلام عليكم ورحمة الله

Walaupun segalanya terus pergi begitu sahaja. Masih banyak remang-remang kesakitan terus bertakhta dihati. Banyak yang ingin ku bincangkan dengan suamiku. Perbincangan daripada hati ke hati. Tetapi dari bacaan-bacaan yang banyak kulakuan, lelaki tidak begitu gemar berbicara soal hati. Pada mereka bila wanita itu telah dikahwininya, maknanya semua soalan berkaitan hati terjawab. Tetapi tidak wanita seperti aku. Lagi-lagi bila perkara-perkara begini terjadi. Sedikit sebanyak perasanku goyah pada kesetiaan suamiku. Tambahan, perhatiannya tidak seperti dulu. Adakah kasih sayangnya juga tidak seperti dulu? Adakah tempat ku dihatinya kini turun satu anak tangga? Adakah aku ni akn tetap akan tersingkir satu hari nanti.. Tidakkah dia mahu mrnghangatkan kembali istana kami bina..? Adakah sebenarnya aku tidak layak untuknya? Dalam pertanyaan itu berlegar dalam minda. Hati ini terus mengimbas kembali saat-saat indah kami bersama. Walaupun dahulu kami tak sesenang sekarang tapi kami bahagia. Aku bahagia dia sentiasa di depan mataku. Bahagia menyambut orang baru. Bahagia apabila sentiasa bersama kerana kasih kami sentiasa menghangatkan suasana. Walaupun aku selalu amarah tapi dia tetap di sisiku. Menunggu hingga amarahku reda. Memujuk bila merajuk. Tidak pernah terfikir untuk berpisah..
Kami selalu hangat. Cinta sentiasa berada di hati kami. Bila mengingati saat-saat itu aku tersenyum sendiri. Walaupun kewangan kami suntuk tapi kami jarang terlepas makan. Anak sihat tiada masalah.. Anak pengubat hati yang selalu letih dengan beban duniadan masih lagi begitu.
Tetapi aku semakin rasa letih bila tiada tempat mengadu. Dulu memang aku sentiasa mendengar segalanya. Sekarang pun sama walaupun dia jarang bercerita. Cuma bila aku cuba untuk mengadu padanya. Dia tidak berapa suka mendengar. Buat kadang kala aku rasa agak tersisih dan sunyi. Tetapi itu fitrah lelaki memang tidak suka mendengar yang remeh-temeh. Tidak suka membesarkan isu yang tidak berkepentingan kepadanya. Itu membuatkan kesunyianku bertambah. Aku tiada tempat bercerita dan mengadu.
Akhirnya aku mengambil keputusab untuk berpaling. Berpaling pada Allah yang satu. Walaupun selama ini aku tahu dia sentiasa ada untuk menerima segala aduanku. Tetapi aku tak pernah menoleh untuk mengadu. Aku malu, aku rasa rendah diri kerana setelah semua nikmat diberi kepada ku dan keluargaku. Aku jarang bersyukur. Nafsuku terus-terusan meminta dan terus meminta. Syukur memang ada tetapi bagai setitik di lautan luas. Aku mulai memohon kepadanya keampunan kerana lalai mengingatinya. Aku bermohon semoga rumahtangga kami bahagia bagai dulu. Ku memohon agar diringankan beban tergalas dibahu dan hatiku ini. Memohon supaya suamiku terus berada di sisi walaupun kami tak sehangat dulu. Memohon supaya tuhan lembutkan hatinya supaya cinta kami mekar seperti dulu. Aku ingin terus mencipta memori indah dengannya selagi ada kesempatan. Aku ingin dipeluk dan dibelainya selagi nyawa dikandung badan. Atas segala keizinNya aku akhirnya aku memulakan langkah aku dengan bertaubat. Terlalu banyak kesalahan telah aku lakukan. Bertimbun dosa yang aku kumpul hampir 3dekad aku hidup di bumi Allah. Aku memohon keampunan, memohon kasih sayang daripadaNya. Aku insaf dengam segala kesilapan aku lakukan. Aku lupa keagunganNya dan kekuasaanNya saat aku hanyut di dunia. Bila dihitung memang berat segala apa yang telah aku lakukan. Terkadang terfikir mampukah aku memohon pada Allah untuk mengpunlan segala dosa-dosaku yang maha berat. Tetapi itulah keindahan yang paling ingin ku alami. Allah selalu berfirman sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Wednesday, February 26, 2014

Sedih berterusan

السلام عليكم ورحمة الله

Walaupun perhubungan mereka telah berakhir. Tetapi aku masih merasa sedih. Kesedihahan ini kadangkala aku sendiri tak dapat membendungnya. Terasa macam semua susah payah aku selama ini xpernah dihargai. Aku penat berusaha membantu dia membinq keluarga. Tetapi dia dengan senang hati memcari kebahagian lain. Aku akui salah ku kerana kurang menghormatinya, tetapi kenapa dia terus bersamaku. Aku masih seperti dulu, tak berubah. Aku memang keras hati tapi kalau kena pujuknya aku bukanlah keras sangat. Aku tak suka berpura-pura. Buat apa alu nak berlakon lemah lembut sedangkan tak kena dengan diriku. Aku pun tidak paksa untuk berlembut dengan aku jika dia tak mahu.
Selama kami melayari bahtera bersama. Tak pernh sekalipun di mengajatku agama. Ajar aku mengaji. Ajak baca yassin pun kadang kala inisiatif aku. Dulu ada juga dia ajak aku berjemaah bersama. Sekarang ni, walaupun ketika itu aku telah bersedia untuk bersolat. Tak pernah pun ditegurnya untuk berjemaah. Kadang kala aku terkilan juga. Dia hanya menegur jerawat yang bersepah dimuka ku ini. Terfikir dalam hati ini, memang sudah tiadakah rasa sayangnya pada aku. Malapkah sudah api cinta yang selalu dia hangatkan padaku. Aku betul-betul sedih. Kesedihan aku menusuk jantung. Lagi-lagi dia sendiri mengaku yang dia sudah berubah. Teruk sangatkah layanan aku sehingga dia betul-betul berubah hati sedangkan dia tak pernah sepenuhnya melunaskan tanggungjawabnya.
Argghhhh... Bila difikir-fikirkan memang terasa hati ni sakit sangat sampai tak mampu nak menanggungnya. Nak menangis pun air mata tak mahu keluar. Kadangkala sampai aku tak rasa aku tak mampu nak teruskan ikatan perkahwinan ini. Aku tak mahu terus berlakon menjadi seperti orang lain dan aku tak mahu dia terus menanggung dosa aku.

Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Tuesday, February 25, 2014

Kesunyian dalam Kesibukan Dunia

السلام عليكم ورحمة الله

Itu yang aku rasakan sekarang.. Itu yang paling aku tak suka dalam hidupku.. Tetapi itu yang selalu ku hadapi hingga kini. Kadang-kadang rasa mahu lari sejauh yang boleh, bersendirian dan hanya aku seorang
Walaupun ramai disekelilingku dan merasakan kehadiran mereka tetapi aku rasakan kehadiranku tidak memberi apa-apa erti pada mereka. Ada atau tidak, sama bagi mereka. Walau sebanyak mana aku lakukan untuk menarik perhatian, semuanya tak berguna. Mungkin semua salah aku. Mungkin swbab pembawaan diriku dikalangan mereka membuat mereka pinggirkan aku.
Walaupun segalanya dah berakhir, dia yang mengganggu rumah tanggaku pun telah beralah tetapi keadaan di rumahku tetap sama. Aku tetap bersendirian. Si suami sudah tidak mesra seperti dulu. Memang daripada dulu dia tidak pernah mahu mendengar rintihan aku. Tambahan, aku juga tidak boleh dan tidak mahu bercerita pada sesiapa. Kalau boleh aku mahu dia mendengar rintihan aku. Tetapi aku tahu sehingga aku mati perkara tersebut takan terjadi. Si suami masih menganggap semua ni salah aku sepenuhnya. Aku tidak menghormatinya, sering sahaja menghina dan mengherdiknya. Sering memperkecil-kecilkan dia. Aku akui kadang-kadang melampau dalam sesuatu perkara. Tetapi bukankah tanggungjawab menegur dan mengajar aku itu, atas bahunya. Dia tak melakukannya dan menyoalnya. Kenapa semua ini hanya salah aku seorang. Aku akui perkara berlaku dua kali dan aku tidak belajar apa-apa dari yang pertama. Tetapi kali ini aku sendiri terpaksesa belajar sendiri. Sedangkan dia hanya menunggu aku membuat kesilapan. Kadangkala aku yang rasa sedih. Tapi sakit hati dah kesedihan aku tiada apa-apa kesan kepada sang suami. Aku jer yg tak boleh buat dia terasa. Setiap perkataan keluar dari mulutku hanya kata-kata kesat dihatinya. Sedangkan dia boleh lakukan apa saja untuk membuat ku rasa terpinggir dalam duniaku sendiri. Sedih, sunyi dan tak dihargai..
Aku berharap tuhan memberikan aku lebih sabar. Hati yang lebih kuat menerima segala tindakannya. Aku bersyukur dia masih lagi di sini. Masih lagi menjadi suamiku. Aku bersyukur sslama kami berkahwin, tiada sekali pun dia memukul aku. Tengking pun jarang.Walaupun segala tindakannya selepas ini akan menyakitkan batinku. Aku akan cuba bersama dan merendahkan diri. Akan aku cuba untuk mengawal emosiku. Akan ku tapis segala percakapan ku dan perkataan yang keluar daripada mulutku. Ya Allah sesungguhnya aku inginkan perhatiannya, belaian mesranya, kata-kata cinta yang ikhlas dari hatinya. Aku ingin dia menjadi raja dalam hidupku. Seandainya tiada lagi kasih dan cintanya padaku, hadiahkanlah dia seseorang yang mampu dicintainya. Gerakkanlah hatinya melepaskan aku. Tak sanggup rasanya menanggung derita cinta tidak berbalas. Tidak sanggup rasanya membeban dirinya dengan dosaku yang berat. Jika masih ada cinta dihatinya, marakkanlah cintanya padaku. Aku ingin merasa hangatnya asmara kami seperti dahulu. Akan ku buang segala lagak dan egoku demi istana yang telah lama dibina. Aku ingin mahligai ini terus teguh berdiri walaupun badai melanda.. Demi-Mu Ya Allah aku berdoa agar cintaku pada-Mu dan dia tetap teguh dalam hati.. " Jika jodohku dan dia tiada, pertemukanlah aku dengannya di alam sana. Izinkanlah kami menjadi suami isteri. Aku tidak akan sesekali berputus asa. Selagi ada lidah dan hati aku akan terus berdoa dan terus mengharap dengan kasihmu. Ya Allah tiada yang mustahil.."
Inilah Kasihku:
Share:

Tuesday, February 18, 2014

Pasrah dan Redha

السلام عليكم ورحمة الله

Aku tak tahu la.. Tapi walaupun aku rasa semuanya dah selesai.. Tapi aku masih rasa beban dalam dada ni. Ini semua gara2 janji yg aku buat tak lama. Kenapala masa itu pemdek sgt akal aku ni.. Aku pernah janji, yg aku berikan apa yang sang suami tak dapat semasa dia bersama aku.. Aku tahu aku kahwin dengannya xbermajlis, xbersanding. Aku pernah berjanji kalau ada perempuan yg lebih baik dari aku yang ingin kan dia. Aku akan lepaskan sang suami. Demi kebahgiaannya. Aku nakkan dia rasa apa yang dia tak dapt rasa sebelum ni.. Kenapalah aku tak ingat semua ni..?? Aku rasa bersalah sekarng ni.. Perlukah aku lepaskan dia..??
Aku sayangkan dia.. Aku sayangkan sang suami.. Tetapi dia jumpa yg lebih baik. Aku patut biarkan dia pergi. Patutkah aku bagitau si suami.. Ini janjiku.. Semua ni.. Semua ni buat aku buntu.. Aku sayangkan keluarga aku terutamanya anak-anak. Tetapi aku ingin kan suamiku bahagia.. Tak tenteram rasanya hati ini. Aku buntu. Aku tahu ini semua. Berpunca dari aku sendiri. Aku tak punya keyakinan diri. Aku terasa terancam. Itu sebab aku tak mahu jadi org ketiga.
Akhirnya aku beritahu juga pada sang suami. Aku ingin berjumpa dengannya. Aku ingin serahkan sang suami dalam jagaannya. Aku berundur. Aku ikhlas melepaskan suami padanya. Itu yg ku sampaikan kepada suami. Kerana aku meminta tanpa bersemuka. Aku tidak pasti apa reaksi sang suami. Cuma dia akan aturkan perjumpaan dgn sang pecintanya. Aku sedikit sedih tetapi lega. Aku ingin melihat apa yg akan jadi. Aku pun tak jangka apa-apa. Aku hanya ingin tahu.. Yang aku pasti, dia pasti leboh baik dari aku. Aku sebenarnya pun tanak pertahankan apa-apa. Semua beraerah pada Allah. Kemusnahan telah pun berlaku. Terpulanglah kepada pemimpinnya sama ada membina semula dengan lebih baik atau mencari kerajaan lain yg lebih baik untuk ditakluki. Aku tahu perjalananan ini akan menjadi lebih pahit dan sakit. Aku pun tak tahu, sampai mana aku boleh bertahan. Sekarang pun aku banyak habiskanasa dengan bermenung. Tidur tapi tidak lena. Makan tapi tak selera. Asal lalu kat tekak, semua rasanya sama.. Rasa pahit peria.. Aku harap sangat ada yang sudi mendengar rintihan aku ini. Pujuk diriku, tenangkan diriku, berikan aku kekuatan..
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Monday, February 17, 2014

Bila Pisang Berbuah Dua Kali

Aku ingat semua yang berlaku hanya mainan. Tapi tidak pada sang suami. Ternyata semua itu ada kenyataan. Dia lakukannya buat kali kedua. Alasannya semuanya kerana aku. Memang la aku pertahankan. Bukan aku jer yang salah di sini. Aku sedih, kecewa, patah hati. Selama minggu ni aku asyik bermenung. Mana taknya suami memohon supaya aku berkongsi kasih. Kalau dia kata begitu 5tahun lepas mungkin aku merelakan.. Tapi sekarang aku sendiri kurang pasti mengapa. Daripada pagi tadi aku berfikir. Kenapa aki tak rela padahal bukan hal berat pun.. Akal dan benakku beegaduh sesama sendiri. Dek akal kata tak mengapa, ada hikmahnya. Tapi di dalam hati bagai batu menghempap sehingga aku tidak senang bernafas.
Memang aku tak sempurna. Aku kasar dan keras. Aku tahu semua tu dan masa kami kahwin dulu, aku agak sang suami dapat menerima aku seadanya. Sekarang ternyata melaset. Kasar dan keras ku ditafsir sebagai tidak hormat dan mengherdik. Aku dikatakan keraa hati dan kepala. Aku tertanya-tanya juga kenapa baru kini aku dikatakan begitu. Selama hampir 8 tahun berkahwin aku tak pernah dengar perkataan tu keluar dari mulutnya. Sebenarnya ibuku pun berkata aku begitu.. "Engkau ni kasar.." aku masih ingat lagi kenyataan tu. Sebab itu aku tak berharap sangat orang suka pada aku. Bila sang suami mula mendekati aku. Aku ingat dia menerima aku dengan kekasaran aku. Rupanya semua itu mustahil. Lelaki mrmang suka ditatang bagai minyak penuh. Dalam hati ada taman.. Sedangkan dalam hati aku kering kontang bagai padang pasir yg kering.
Perkenalan mereka tak lama. Tak setahun pun. Nampak sangat sang gadis suka benar dengan suami aku. Sama ada terdesak atau memang betul suka aku pun kurang pasti. Tapi dari yg digambarkan memang betul terdesak. Tak jumpa yang lain. Suami orang jugak. Suami pula, katanya dia lelaki. Jika perempuan nak sebagai lelaki takan nak tolak. Itu memang lelaki. Kalau suami, mungkin dia fikir lagi walau apapun rayuan si perempuan. Aku ada isteri, anak. Aku pasti ke nak kecewakan mereka. Tapi bila suami kata dia lelaki dia tak fikirkan itu. Mulutnya hanya tahu isteri yang salah. Tapi dia masih sayangkan isteri dan anak
Kenapa susah sangat nak berkongsi..? Berkongsi bukan masalah besar. Tetapi sebenarnya sang lelaki bergelar suami adalah masalah besar. Aku tahu ego suamiku tinggi. Dia tercabar bila aku kata dia tak mampu untuk menangani masalah ini. Itu yg buat dia semakin tekad. Semua ni aku puncanya. Aku yg mulakan unggun api di hatinya. Dalam baranya masih belum terpadam aku tiupkan lagi supaya segalanya marak kembali.
Aku betul-betul hilang punca semua ini bukn main-main. Kalau aku tidak betul-betul padamkan api itu. Esok lusa mungkin aku sekali melecur hanya kerana bahangnya. Aku nak minta tolong tapi aku tak pasti dengan sapa. Aku tak pernah cerita sangat hal rumah tanggaku dengan sesiapa. Hanya sipi-sipi saja. Itu pun terkadang aku menyesal buka mulut, itu semuanya sepatutnya rahsia. Aku nak tanya pada emak, tapi emakku sukar untuk tutup mulut. Pasti ayahku akan tahu.. Kalau ayah ku tahu, berkurunl aku takan datang rumah. Malu.. Dengan adik beradik, mereka belum ada masalah ni. Aku jer yg dah kawin. Minta kawan-kawan, huh.. Takda satu pun yang benar-benar baik. Yang lain namanya blog, twitter dan instagram.. Mereka hanya mendengar.. Dan ada berpuluh ribu lagi sahabat mereka yang mereka perlu layan. Aku sayangkan anak-anak, suami dan keluarga aku. Apa yg telah aku bina selama ini. Kesenangan yg aku baru nak rasa dari kesusahan aku dulu. Dari aku tak ada apa-apa sampailah sekarang aku boleh berehat-rehat dalam ruangan peribadi aku sendiri.. Serabut.. Tunggu dan lihat.. 누가 좀 도와주세요.. 제발
Sent from my smartphone
Share:

Thursday, February 13, 2014

Peritnya seorg manusia

السلام عليكم ورحمة الله

Dua harini adalah hari yang paling perit dalam hidup aku. Walaupun aku patah hati tapi aku masih cuba untuk mengatasinya. Aku tak sangka akhirnya suami aku faham apa yang sebnarnya terjadi. Aku pun bukan nak salahkan dia dan tak mengaku salah apa yang telah terjadi tetapi perkara-perkara macam ni boleh diselesaikan. Aku kadang-kadang rasa terpinggir dengan dunia. Rasa macam hidup dalam hutan pun ada. Kebanyakkan orang ada sahabat baik yang boleh dihabiskan masa bersama. Macam aku dunia aku hanya suami dan anak-anak. Kalau diorg takda sunyilah dunia aku. Kerja tak menjamin akan cuba memahami keadaan kita hanya keluarga yang selalu prihatin terhadap kita.
Semalam, pepagi butalagi sistem dah buat hal.  Tak boleh pula nak tarik data. Bengong punya server aku bakar baru tahu.  Sampai tengahari baru ok. Itu pun lepas restart server data. Aku geram betul ngan ghafar ni. Daripada pagi aku bagi tau dia suruh restart server tu, dia tanak. Satu network digodeknya. Kalau tak awal-awal lagi dah settle masalah. Masalah juga tu sebab tak tau apa masalah sebenar server sampai jadi camtu. Sebab  bukan semua application effect. Sesetengah  yang effect. Banyak lagi yang aku kena korek. Teknologi ni bergerak terlampau laju sampai aku tak sempat nak kejar.

Pagi ni, aku datang lambat seminit. Penat aku kejar train. Kalau si suami tak ada sekarang ni aku malas bawa kereta. Baik aku naik train jer sebab ada drebar. Jadi tak payah nak fikir jammed. Tak payah nak fikir orang bawa kereta macam sial. Bila ditanya-tanya memang encik suami ada seseorg dihati (maknanya  orang lainla). Jadi aku pun tak terkejut sangat. Dulu pun macam ni juga, sampai aku maki-maki budak tu. Kesian dia. Yang kali aku tak buat camtu la. Kalau boleh, aku malas jumpa dia. Suami aku nak kawin, kawinlah. Yang penting lepaskan aku. Orang akan kata kenapa tak nak bermasu, lelaki kan boleh kawin empat. Bukan masalah bermadu atau berkongsi kasih. Pada tahap usia ni, aku dah malas nak fikir masalah yang tak sudah-sudah. Pada aku masalah ada jalan penyelesaiannya. Kalau aku terus bersama dengan suami dan madu. Aku dapat rasakan masalh yang lebih besar akan datang. Jadi aku tanak cari masalah. Biar jer diorg bahagia, dan aku bahagia dengan dunia aku. Aku pun sekarang ni pun tanak fikir langsung. Kalau takda jodoh, tak adala. Aku pun tanak tunggu dan ranapkan hidup aku. Aku nak kejar apa yang aku takda sekarang ni. Aku dah tak berharap sekarang ni. Orang tak hargai apa yang aku korbankan buat apa aku nakk peningkan kepala. Baik aku tumpu pada diri aku sendiri.. Hutang ni bila la  nak habis bayar.. huhuhuhuhu..                     
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Tuesday, February 11, 2014

Lama tak hapdet

السلام عليكم ورحمة الله

Lama juga aku tak upadate apa-apa kat blog aku ini. Tapi kalau blogger.com ada satu mekanisma yang boleh letak sarang lelabah bila blog tu dah lama tak buka. Mesti blog aku dah banyak sarang lelabah kat sini. Tapi ada rasionalnya aku tak buka blog ini. Maksudnya aku takda apa nak diadukan. Hidup aku sejahtera dan bahagia. Hehehe..
Dulu tiap-tiap ramadhan akan ada satu blogpost yang akan aku sediakan, bagi mengingati ramadhan. Ramadhan yang terdahulu aku terlepas sebab banyak sangat yang berlaku dalam hisup aku ni. Nak kata tak menentu takda juga, tapi mungkin jiwa kacau hahahaha..  Aku entahla hilang tempat untuk bercerita.  Aku memang suka dengar cerita orang tetapi bila aku sendiri hendak bercerita atau mengadu aku tak tahu dengan sapa aku nak mengadu. Dulu aku selalu cerita dengan adik aku tetapi suami tidak benarkan aku. Jadi aku berhenti. Aku cuba bercerita dengan sang suami. Tapi sang suami seakan tidak berminat. Malah aku pernah mengamuk dengan dia sebab selalu potong cakap aku semata-mata tanak dengar cerita aku. Setiap kali dia buat macam tu, aku seakan patah hati hendak meluahkan segala yang terpendam dalam hati.. Aiiiyaaark.. apa kes ni.
Memang itu yang aku rasa sekarang, dan aku pasti kerana itulah aku kembali. Kembali menulis kerana tak ada sesiapa yang sudi mendengar.  Kalau menulis ni takkan ada sesiapa yang akan membalas atau memotong kata-kata aku. Aku hanya perlu terus bercerita tanpa perlu untuk segan atau silu. Semuanya ada tercatat di sini tak da sabar boleh delete.. tak ada sapa boleh bakar. Kecuali kalau server google terbakar aku tak leh nak buat camana la kan..
Oklah lupakan pasal tu.  Aku akan cuba untuk menghapdet aku punya blog ini sekerap yang mungkin supaya aku tak ada rasa nak sedih-sedih gini lagi.. Walaupun laki aku cakap dia sebuk nak kawen lain.. Pergila la mampus.. Ada aku kesah. Kalau dia dah fikir hidup dengan aku ini tak best nak hidup dengan orang yang lagi best, dia pergila. Kalau aku larang pun buat sakit jiwa dan raga aku ajer. Aku pun bukan nak pretend aku ni baik sangat. Aku pun memang pernah buat salah ngan dia. Tapi aku cuba nak baiki. Tapi kalau dia rasa berkahwin lain itu penyelesaiannya ada aku kesah. Aku ni dia nampak yang buruk jer. Itu biasa orang, aku pun kadang-kadang buat camtu gak. Tapi aku dah tekad tanak judge orang lagi dah. Aku pun cuba untuk tak pernah fikir yang buruk-buruk tentang orang. Yang baik-baik sahaja.
Aku nak tumpukan masa depan aku. Kumpul duit beli BMW beli rumah sendiri tak yah kongsi-kongsi. Tidur dlam BMW pun takpa. Aku tak peduli. Aku nak buat master dan kerja tanpa banyak masalah. Tak ada kawan..? Kawan bukan leh bawa mati pun. Cuma yang ada aku den ALLAH  SWT yang sentiasa memerhatikan aku..
Dah la babai
Inilah Kasihku: @sleppar
Share:

Tuesday, January 15, 2013

Perlukah Menyesal bila Tertipu..



Entahlah.. Maybe tuhan dah takdirkan aku berjumpa dengan dia hari ini. Aku pulak tergerak nak tolong dia walupun sebenarnya aku sendiri perlukan pertolongan. Hehehehe.. tak sedar diri langsung. Tapi tgk muka dia yang mengelabah dan tak tahu mana nak tuju tu. Aku tak sampai hati nak biarkan dia kat situ..
Akhirnya aku rasa aku buat keputusan yang duit tu aku sedekah kat dia.. Memang banyak tapi nak buat macam mana itu rezeki dia.

Begini ceritanya..
Aku pergi makan dengan kawan-kawan aku. Lepas makan kami pun mula berjalan balik ke ofis. Tapi sorang kawan aku ni nak pergi cari kertas A4 kat kedai. Aku pulak baru teringat nak pergi ambil duit sebab makan tadi kakak N ni bayarkan dulu. So aku pun pergi ke ATM untuk keluarkan duit. Lepas jer kuarkan duit aku terus bergegas nak cari kengkawan aku tadi.

Dalam aku sibuk-sibuk nak cari kawan aku ni. Aku ternampak ada sorang mamat ni tercari-cari. Selalunya aku jumpa orang cam ni, mesti nak cari SSM (ROC). Bila dia tanya aku lain plak soalannya. Dia tanya caman nak pergi Cyberjaya naik bas. Dia nak ke MMU, aku kata paling senang naik LRT la. Dalam dia kelam kabut gitu aku baru nak suggest dia naik teksi jer. Dia buka mulut kalau boleh dia memang nak naik teksi. Tapi costly sebab dia ada Rm20.00 jer dalam poket. Telefon dia pada kawan dia kat Cyberjaya. Dia nak pergi cari kawan dia nak amik telefon, then dia terpaksa plak bergegas ke airport untuk kejar flight kul 4.30. Dia kata kerja mana entah kat Damansara (Tak concentrate sangat sebab tgh fikir camana nak tolong dia) dan dia dah book flight guna duit company. Kalau company tau dia tak naik flight mati dia. 

Gabar hiasan: Stress

Ok inilah datang masalahnya. Dalam aku tengok dia kelam kabut tu. Aku teringat aku baru amik duit sekejap tadi. Aku terfikir hanya dengan duit tu jer aku boleh tolong dia. Aku rasa was-was jugak nak bagi dia sebab aku pun tengah bulan ni bukan ada duit sangat. Lagipun sapa dia ni yang nak aku tolong dia. Tetiba jer muncul entah dari mana minta tolong. Dalam aku was-was tu.. tetiba jer laju jer tangan aku mengeluarkan dua note RM50.00 dan hulur kat dia. aku pun tak sedar kenapa aku buat gitu. Cuma dalam fikiran aku terdetik  begini takperlah.. itu rezeki dia.. aku sedekah. Aku ikhlas nak tolong dia. Bagi jerla, ni suma rezeki dia. Itu jer yang bermain difikiran aku sehingga la.. ni.. Dia amik nama dan no telefon aku dan kata dia akan jumpa aku dua hari lagi kat sini. Aku kata takperla. Aku ikhlas bagi kat dia. Dalam hati aku terdetik camtu. Aku cam dah tau lepas ni duit tu takkan kembali. Duit tu bukan rezeki aku. Aku pun tak kisah sangat. Tapi dia insist nak pulang. Lepas tu dia terus cari teksi dan blah dari situ..
Bila aku sampai balik opis, aku terfikir kenapalah aku buat camtu. Kenapalah aku tak blah jer dan cakap aku tak boleh tolong dia. Tapi bila fikir2 balik kalau aku berada dalam situasi yang sama dan tak ada orang tolong aku memang aku akan menangis tak berlagu.. Agaknya itu yang aku fikirkan masa aku bagi duit tu kat dia. Tapi itu masalah dia la. Kenapala aku sibuk sangat.
For sure ramai yang kata aku kena tipu. Jangan risau bukan korang jer.. Suami dan kawan-kawan aku suma cakap cam tu. Tapi aku sendiri tak tau camana aku boleh terlibat dengan situasi camtu. Sebelum ni tak pernah tau.. Banyak kali juga yang cuba, kali ni jer aku bagi. Entahla bengong sekejap kepala aku ni fikirkannya.Setakat ni tak ada lagi respons positif yang aku terima untuk sedapkan hati aku.. Jadi terpaksala aku pujuk diri sendiri... huhuuhu.. Moga ini jadi pengajaran bagi aku.. jangan nak tolong orang sangat selesaikan masalah diri dulu..


























Share:

Saturday, December 15, 2012

Monday, January 16, 2012

Buku Hijau: Permulaan baru.

Memang payah dirasakan bila nak mulakan semula apa yang telah hilang. Saat aku hampir berputus asa untuk membina semula istana yang hampir runtuh. Aku kalah bila lihat wajah anak-anak yang akan turut sama menderita atas sikapku yang pentingkan diri sendiri. Akhirnya aku mengalah. Aku kembali semula kepangkuan suamiku setelah semalaman aku meninggalkan dia keseorangn. Betapa agungnya seorg suami. Dia langsung tak marah aku. Lalu memujukku dengan baik. Aku bertambah beralah melihat layanan dia terhadapku.. Walaupun aku berjanji untuk tidak meninggalkan dia. Tapi hati aku sakit bila memikirkan ada insan lain disisinya sedangkan aku hanya ada dia.. Hati aku kadang kala menangis sendiri.
Dalam menghala ke arah kedamaian. Aku sekali lagi mengamuk bila dia masih melayani insan. Dalam dia sebuk dengan kerjayanya, tindakan aku membuat dia jadi jelek dan malas untuk melayan aku.. Aku sedih kerana kali ini tiada pujukkan yang aku terima, tidur kami pun berasingan. Aku menangis di kamar tidur sedangkan dia sedang kusyuk menonton bola..
Pagi esoknya aku terus mendiamkan diri.. Ternyata dia menyedari.. Dalam aku bersalam dam mencium tgnnya.. Airmata mengalir.. Aku hanya menahan sebak. Kenapala takdir aku sebegini. Dia tak mampu lagi buat pekak dan buta. Dia bertanya kenapa.. Aku meluahkan segalanya. Aku benci aku bagai patung dalam rumah. Kenapa dia mengabaikan aku sedangkan dia aku layan bagai raja.. Tiada sikit kasih sayang dia tunjukkan pd aku. Sedangkan dia aku lakukan segalanya. Airmata jatuh berjurai-jurai.. Sesiapa disekeliling aku tak dipedulikan. Alasannya hanya aku boleh merajuk, dia tak boleh.. Apa? Ini bukan berlaku hanya semalam tapi sejak kami bergaduh dulu. Aku dah minta maaf byk kali kat dia. Tapi dia hanya dingin membeku. Tetap perempuan lain dicarinya utk meluahlan segalanya.. Dan aku dibiarkan bagai org gaji tak bergaji. Aku terus menangis, teresak-esak. Berkali kali aku minta dilepaskan kalau aku dah tak diperlukan.. Tapi dia enggan berkata apa-apa. Dia menarik aku dalam kereta.. Dia meminta maaf. Malu kalau org lain dengar. Aku tgg dia sepanjang malam utk selesaikan kat rumah.. Apa yg dia buat, tgk bola tanpa sedar aku menangis keseorangan. Dia berjanji utk memperbaiki keadaan.. Dia tak mahu rumahtangga kami runtuh. Dia cuba utk membahagiakan aku sebaiknya.. Dia hanya angguk dan kami berpelukkan..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Share:

Thursday, January 12, 2012

Ini Mejaku

Salam... Ini lah keadaan aku di mejaku.. Apalah agaknya tengah aku buat tu...



Camera: NIKON D7000
F/stop: f/2
Exposer time : 1/15
ISO : 200
Focal lenght: 50 mm
aperature: 1.6
No flash

Place: BPM, Sunway Putra Hotel
Time: Kerja
Share:

Friday, December 23, 2011

Buku Hijau: Kabus hati

Salam..

Akhir2 ni aku banyak berfikir.. Aku sendiri tak pasti bagaimana agaknya masa depan aku dan suamiku. Aku memang lega bila semua masalah kami. Kami selesaikan dgn baik tapi masih lagi ada keraguan antara kami. Terus terang aku katakan aku masih belum bersedia untuk meneruskan hubungan ni. Aku hampir meninggalkan rumah kami kerana aku putus asa dalam menghangatkan kembali cinta kami. Hubungan kami nmpak saja elok tp sebenarnya suram dan dingin. Suami aku kadang kala melayan aku amat baik sekali tapi ada masa dia bagai tidak sedar pun aku wujud disisinya. Tindakannya buat aku tersinggung dan kecewa..
Aku menangis hampir setiap hari. Setiap kali sang suami bersikap dingin dgn aku. Aku akan rasa kecewa, aku akan teringat balik segala kesalahan dan kelalaian aku. Aku akan rasa sedih sangat2 sampai kadang kala aku meraung seorang diri. Aku siksa menangung dosa yang menggunung. Tapi aku tak pernah tunjukkan kekecewaan aku sehingga mlam itu bila aku hampir keluar dr rumah ku sendiri kerana aku tak mampu lagi menahan segala perit dan pedih derita dosaku. Tapi aku tak mampu. Bila lihat wajah suamiku, pujuk rayu dia buat aku lemah.. Buat aku tak mampu lagi melangkah. Aku sayang sgt padanya tp aku xsggp menanggung derita tnpa hangat cinta darinya..
Aku selalu cemburu dengan kawan-kawan ofis. Hampir setiap masa mereka berhubungan dgn suami mereka.. Sedgkan aku, nak dapatkan pesanan ringkas pun amat payah, inikan pula panggilan drpd suamiku. Kalau adpun hanya mungkin emergency. Aku merasakan diriku ni tak bermakna lagi dalam dirinya. Kalau aku sms pun dia katakan dirinya sibuk. Banyak sgtkah kerja dia sampai tak masa langsung utk aku. Aku kan isterinya. Aku masih lagi amanah yang dia perlu jaga dan belai. Aku akui tidak mudah utk menyemai kembali hangat cinta kami setelah apa yang terjadi. Tapi aku xsggp terus terseksa dgn perlakuan dingin dia padaku.. Bila aku minta dilepaskan dia tak mahu. Alasannya hanya anak-anak tapi bukan kerana cinta yang kami bina dengan susah payah.. Aku kecewa.. Sangat-sangat kecewa. Terasa aku ni susah tidak lagi penting dalam hidupnya. Aku hanyalah watak smpingan yang dia perlukan utk dia terus dapat meneruskan layar hidupnya..
Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan keadaan ini. Hidup hanya mencintai tanpa dicintai. Lafaz sayang hanya keluar dibibir. Tidak pasti lahirnya dari hati. Aku cuba untuk berhenti berharap walaupun dia selalu berjanji untuk menghangatkan kembali rumah tangga kami. Aku tak mahu terus berharap bahawa semua akan kembali seperti biasa.. Aku takut kecewa.. Aku takut terluka. Aku takut aku tak mampu bangun bila aku terjatuh. Aku takut aku tak mampu hidup jika dia pergi meninggalkan aku. Aku takut jika hati ini berkecai lagi. Aku takut jika aku hilang separuh dari diriku. Aku takut aku jadi gila. Aku takut aku hilang imanku. Aku takut aku jd beban kepada insan lain.. Ya Allah berikan aku kekuatan utk terus berdiri. Berikan aku kekuatan utk melalui dugaan ini.. Aku terlalu takut Ya Allah. Aku takut aku tak mampu melalui ujianmu.. Astarghfirullahalazim...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Share:

Thursday, December 22, 2011

Buku hijau: Berderainya hati yang br sembuh

Salam..

Semalam aku mengamuk kat dia sebb dia letak gambar perempuan yang dia jatuh cinta tu kat handfon dia. Hati yang hancur kembali setelah aku cuba utk mencantumkannya kembali. Aku kesedihan. Aku tak dapat berfikir dgn betul. Pd masa tu aku rasa nak terjun daripada kereta. Hanya ucapan maaf yang lahir dari mulut.. Keadaan menjadi diam. Hati aku berombak hanya perasaan marah meluap2.. Akhirnya airmata mengalir tanpa henti.. Dia hanya mendiamkan diri.. Aku rasa mcm nak belasah jer dia pada ms itu tp aku berada dalam keadaan yang amat lemah.
Mulut tak berhenti-henti bertanya. Kenapa dia mesti mengejar benda yang xpasti sedangkan aku masih disisinya sebagai isteri. Kenapa mesti nak sakitkan hati aku. Berhambur tangisan dengan pertanyaan tapi dia hanya mendiamkan diri.. Buat aku bertambah sakit hati.. Tahu tak dia yang aku selalu. Membina harapan untuk membina semula kebahgiaan kami. Setiap hari aku berdoa supaya kami dapat kekalkan kerukunan rumah tangga kami. Agar aku dapat memilikki semula hatinya. Nampaknya usaha aku sia-sia. Tiada apa yang berubah.. Aku benci kecewa. Kalau dulu aku kecewa aku akan buang terus segalanya. Aku akan lupan si penyebab kecewa dan mulakan hari baru. Tp dia suamiku.. Bagaimana harus aku tinggalkannya. Dugaan hati ini sangat pedih buatku. Aku tak mampu menahan dugaan tuhan ini. Lagi yang aku tak sanggup si perempuan siap bgtau dah sampai rumah lagi. Kerana geram aku balas dengan kata-kata yang agak kasar. Puas hati aku.. Kemudian handfon tersebut berbunyi. Aku tau mesti perempuan itu. Tapi dia terus mematikan telefon..
Sampai dirumah ibuku aku terus kaku. Lemah rasa lutut ini untuk melangkah. Dia turun dan mengambil barang utk dibawa masuk. Aku hanya terus duduk di seat kereta.. Dia memujuk aku masuk sambil mengambil semua barang2 tadi.. Aku bergerak masuk dan terus bertemu dgn anakku. Mukanya tidak sedikit pun aku pandg.. Aku memeluk anakku terus ku heret ke tingkat atas.. Sedang aku melayan mereka, suamiku memanggil dr muka pintu bilik. Kalau ikutkan malas aku nak layan.. Tapi oleh kerana abgku ada di situ aku ikutinya ke bilik sebelah. Turut sama anak kecilku. Dia menutup dan kunci pintu. Aku hanya menunduk sambil melayan anakku. Tanpa disedari air mata ini mengalir laju.. Aku hanya sedar bila anakku mengesat airmata dipipiku.. Aku menunggu aper yang mahu diperkatakan..
"Abg tau abg salah.. Abg minta maaf. Abg pilih sayang..Abg tanak dia.. Abg tanak istana kita hancur.."
Hanya airmata yang menjadi saksi..
Sent by Sleppar from BlackBerry® Smartphone
Share:

Tuesday, December 06, 2011

Buku hijau: Bermulanya disini..

Berkali-kali telah aku fikirkan agar tak memulakannya tetapi akhirnya hati ini tidak lagi berdaya untuk menahan gelojak hati yang menggunung.. Bukan senang, ini rintihan hati. Kalau boleh aku tak mahu sesiapa pun membacanya. Tetapi ini jalan terbaik supaya aku tidak tertekan dalam menempuh cabaran hidup. Tulisan ini telah lama kuwujudkan untuk tatapan aku sendiri. Tetapi disebabkan kebodohan aku juga tulisan itu telah dimamah api tidak lama dulu. Disebabkan itu juga, ombak membadai rumahtangga aku yang goyah. Bergegar sebentar dan hampir juga roboh. Walaupun keadaan semakin tenang tetapi suasananya tidak seperti dulu. Walaupun seribu ungkapan sayang diucapkan, tetapi rasanya tidak sama. Pudarnya jelas nyata, tak dapat nak kukiaskan di sini. Tetapi hati yang merasa deritanya bila kesuamannya hilang.
Hari-hari berlalu terlalu panjang kurasakan. Setiap hari hanya muncung panjang yang kulihat. Tiada senyuman manis atau pelukan mesra seperti dulu. Hampir semua aku lakukan tidak betul. Tambahan dengan kehadiran hamba Allah disisinya membuatkan segalanya bertambah buruk. Hatiku hancur berserai. Rasanya inilah perasaan yang dirasainya sebelum ini. Keadaan menjadi suram. Hanya kerutan di dahi dan berakhir dengan airmata di pipiku. Aku amat kesedihan atas segala yang aku alami kini. Kadang-kala putus asa dan kerisauan memenuhi hati. Terbayang wajah sejuk anak-anak buat aku bangkit kembali meneruskan perjalanan. Adakah ini semua hukuman tuhan terhadap keterlanjuran aku dahulu? Mungkin juga ujiannya untuk aku terus beriman kepadanya?
Di sebalik segala yang terjadi kepadaku. Memang ada hikmah disebaliknya. Aku sudah kembali setia kepada Tuhan Yang Satu. Aku cuba untuk memenuhi semua yang disyariatkanNya. Aku lebih taat dan beriman kepadaNya. Bila mengingati saat bila aku melupakanNya. Aku sedih dan menyesal. Perlakuan yang telah kulakukan atas sebb krn terlalu lupa kekuasaannya.
Daripada itu aku berserah segala-galanya kepadanya. Aku hanya memohon yang terbaik buat diriku dan juga keluargaku. Apa pun yang terjadi aku terima dengan redha. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk aku terus berdiri di atas bumi yang fana ini. Semoga ujian hati ini lekas- lekas pergi kerana aku tak mampu menangunggnya lagi. Hati yang telah hancur ini, aku cuba untuk cantumkan kembali dari serpihan-serpihan yang masih ada supaya keadaan boleh kembali seperti biasa. Hanya masa dan keadaan yang dapat merawat segalanya.
Sent by Sleppar from BlackBerry® Smartphone
Share: